Friday, April 4, 2014

in this difficult time



Lepas satu,satu datang
Macam menyerang
Buat kita tidak tenang



MH370
Mana pergimu
Semporna
Mana sempurnamu
Fort Hood
Mana kekebalanmu


Semoga kita diberi kekuatan
Kerana
Menyerah kalah
Amat mudah sekali

Andai kita berjaya
Menempuh segala rintangan
Bila semua meyangka kita akan rebah
Itulah kejayaan....
Itulah kegagahan sebenar...


 Perbanyakkan doa
Agar kita berjaya
Jangan putus asa
Walau ketua macam neraka......






Add caption

Thursday, April 3, 2014

Selagi nafas dihela...

Tak pernah terlintas difikiran.
Tak pernah jadi persoalan..
Susah payah jadi ibu pada anak anak walau dah besar panjang.

Ingat lepas SPM habis segala pening membesarkan
Rupanya lebih besar ranjau perjalanan
Lagi besar resah didada memikirkan
Lagi besar ongkos terpaksa dilangsaikan
Atas nama kejayaan.
Anak anak kesayangan.

Ingat lepas itu tiada lagi susah dihati
Tentang anak anak semua sudah mandiri
Punya kerja yang dapat menyara diri
Punya akal besar panjang dapat menyelesai masaalah sendiri

haha...ketawa aku
Jangan tak tahu
Selagi ibu belum nyanyuk dan jadi tak tentu
Masaalah mereka kena tanggung atas bahu..

Anak itu roboh rumahtangga
Anak ini hilang sumber pendapatannya
Anak itu sakit tak berdaya
Anak ini anak itu penuh pancaroba atas dunia

Siapa mereka tuju
Dah tentu ibu.....

Selagi nafas dihela
Selagi kudrat terdaya
Ibu tua itu siapa ya....

Teringat aku pada dia.....



Wednesday, April 2, 2014

Quality Hotel nak tutup?...sayangnya.





Baru terbaca ura ura atau ketetapan PKNS nak tutup Quality Hotel.Eh...betulke? Sayangnya...


Quality Hotel Shah Alam dekat dihati kami anak beranak.Bermula dengan anak yang belajar di UITM Shah Alam berbelas tahun lalu.Semasa anak kedua di Seri Puteri kami hanya kenal Quality Kuala Lumpur.hanya bila anak sulung mengambil TESL UKM/UITM barulah kami berkenalan dengan Quality Shah Alam.Dan menjadi penyewa setia bila ke sana...
Dengan ada diskaun untuk kakitangan kerajaan,bilik dan katil yan luas,tempat makan yang dekat,breakfast buffet yang sumptuous ,kami tidak lagi bertukar hotel. Selama 5 /6 tahun si sulung belajar disitulah hotel kegemaran kami....

Satu malam masa tengah musim bola sepak piala dunia,makcik tertidur kerana terlalu letih.Anak anak dan cikli semuanya turun kepadang seberang jalan untuk tonton wide screen.Terjaga saja dalam bilik yang kosong makcik rasa amat takut. Macam macam perasaan.Terus cabut turun ke bawah join cikli and the gang melangut wide screen.....pertama kali dalam sejarah  makcik rasa seronoknya menjerit tengok bola...

Hilang lagi satu tempat sejarah kami....
Teringat rasa peghak bila dengar lif bercakap.
Teringat buffet spread yang jadi kegemaran abangwen...mau berjam dia disitu .
Teringat itu dan ini.....

Quality Hotel Shah Alam memang dekat dihati kami....sayangnya mulai Jun dia dah tiada lagi...


Cubaan ,dugaan atau cari fasal.....entahlah dunia

read somewhere...April is the month for cubaan,dugaan,godaan and some other aaans....

Pagi ni cikson lambat sikit on Tv as any other mornings.Baju dah berlambak tak lipat so I made it into myself untuk buat dulu kerja lipat melipat simpan menyimpan baju baju itu...
And around 9++ ,I switched on channels on astro...all channels starting with 5 are my fav.beside Lifetime on channel 709.Others cikson tak berapa berkenan...
Dan breaking news on CNN,BBC buat aku menarik nafas dalam lagi.
Another one?
Ya its about that earthquake in Chile .8.3 on the Richter scale.Besar tu..Dan tsunami warning pun dikeluarkan.Di tv terlihat mereka disana berjalan,berkereta keluar dari kawasan rendah.Terlihat ada yang menyorong kereta sorong bayi.Ada yang memimpin tangan anak anak dan berlari.Tertoleh toleh kebelakang....this brings back pictures of the Aceh tsunami.Dugaan.






Its another dugaan dalam kehidupan manusia....kalau tak natural factor it maybe man made.
Seriau baca bab dua Korea pula....aduh apa lah lagi tak kena.Perang mereka bukan baru tapi dah berdekad kerana masa perang dulu tamat hanyalah gencatan senjata...katanya....Ini cari fasal namanya...

Dan misi pencarian Flt 370...well CNN didnt put it as MH....
Berdozen program  dan talk show mereka adakan untuk MH370.
Adakala marah juga bila mereka memperkecilkan kredibiliti Malaysia....tapi ada juga kebenaran bila kita ketinggalan dalam banyak hal....
Itulah cubaan....
Banyak betul cubaan dugaan dunia harini.Kadang kadang terfikir lebih aman masa dunia tak ada teknologi canggih manggih semua ni....ignorance is bliss..kata depa.Betul ke ?

Dan untuk anak anak....godaan datang dalam berbagai rupa....hati hati ya...