Wednesday, April 2, 2014

Quality Hotel nak tutup?...sayangnya.





Baru terbaca ura ura atau ketetapan PKNS nak tutup Quality Hotel.Eh...betulke? Sayangnya...


Quality Hotel Shah Alam dekat dihati kami anak beranak.Bermula dengan anak yang belajar di UITM Shah Alam berbelas tahun lalu.Semasa anak kedua di Seri Puteri kami hanya kenal Quality Kuala Lumpur.hanya bila anak sulung mengambil TESL UKM/UITM barulah kami berkenalan dengan Quality Shah Alam.Dan menjadi penyewa setia bila ke sana...
Dengan ada diskaun untuk kakitangan kerajaan,bilik dan katil yan luas,tempat makan yang dekat,breakfast buffet yang sumptuous ,kami tidak lagi bertukar hotel. Selama 5 /6 tahun si sulung belajar disitulah hotel kegemaran kami....

Satu malam masa tengah musim bola sepak piala dunia,makcik tertidur kerana terlalu letih.Anak anak dan cikli semuanya turun kepadang seberang jalan untuk tonton wide screen.Terjaga saja dalam bilik yang kosong makcik rasa amat takut. Macam macam perasaan.Terus cabut turun ke bawah join cikli and the gang melangut wide screen.....pertama kali dalam sejarah  makcik rasa seronoknya menjerit tengok bola...

Hilang lagi satu tempat sejarah kami....
Teringat rasa peghak bila dengar lif bercakap.
Teringat buffet spread yang jadi kegemaran abangwen...mau berjam dia disitu .
Teringat itu dan ini.....

Quality Hotel Shah Alam memang dekat dihati kami....sayangnya mulai Jun dia dah tiada lagi...


No comments:

Post a Comment