Friday, March 7, 2014

antara dua darjat



Berhenti ditengah jalan membeli ikan,mata terpandang buah remia diatas para penjual buah dan sayur.Ada dua longgok.Satu cantik,besar dan mulus.Dan disatu longgok yang lain buahnya ada celorong celoreng .
Add caption

Ni buah ada kurap buah remia biasa.....kata sipenjual.Sekilo 12.00.
Yang cantik ni buah kahwin campur.Harga 25.00...Makcik akur buahnya memang cantik macam miss world.Tak ada cacat cela.Gebu dan warna sekata.

Yang mana manis? Tanya makcik
Dua dua sama saja.

Hmm, bagi makcik yang tak kahwin campur tu.Berkurap pun tak apa asal rasa dia setanding.Nanti balik rumah kita basuh tentu dia pun cantik juga.

Si penjual menimbang beberapa biji yang makcik pilih sendiri.
Amboi...5.00 tak sampai 10 biji.
Add caption

Haha....itu buat makcik teringat tentang jodoh.Kita kan biasa lihat orang biasa biasa,lesiaq saja bertemu jodoh sedangkan yang manis menawan adakala berhempas pulas nak cari jodoh.

Macam buah remia tu.....yang kurang tu la habis dibeli.Yang cantik molek takut orang nak sbb harga boleh buat makan  malam sekeluarga.

Buah remia,buah kundang,buah staq....banyak nama satu rupa.
Bagaimana ya kalau dikomersilkan dan dijadikan gula gula

Add caption

Anak kesayangan abahmama



Melintasi dia sebelum subuh,elok mengerikut atas kerusi plastik depan tv.......macam ini.

ngantuk

Selepas mengerjakan solat,makcik nampak dia dalam raga seakan baldi
Beraksi begini

tak ada kerja


relax je


Meiow ....meiow dengar dia berbunyi.Berkali kali.

Eh apa maunya dia bising bising begini pagi pagi hari.
Oh.....dia memanggil cikli yang belum bangun lagi.

Diam dia bila cikli keluar pintu
Depan bilik air dia setia menunggu
Cikli sembahyang dia senyap dan sunyi bertelegu....membatu
Hingga selesai baru kedapur dia menuju
Minta cikli tuangkan friskies utk breakfast lagaknya lucu..

Bergegar pintu ditolak
Silap silap mau pintu terkopak
Itulah aksi hero ganteng kesayangan omak

Pintu dibuka
Dia terus menerpa
Eowww.....eowwww ....eowwww..dia bersuara
Bising,bingit pagi pagi buta
Ekor panjangnya cantik diudara
Haha....sapa lagi kalau bukan si squirrel kesayangan hamba...
Semalam minta nak keluar rumah jumpa makwa...

Hai squirrel..makcik menyapa
Eleheh  ..dia buat tak nampak kita

Aksi aksi isi keluarga cikli di no 7,Kangar pagi pagi hari....
Dua orang tua suami isteri serta anak anak kesayangan kami..Bye.




Thursday, March 6, 2014

Malaysia kah ini?



Hampir lebih sebulan cikson tidak kedaerah ini.Dan hari ini bila melalui jalan ini,cikson rasa macam sampai ke daerah asing.Bukan jalan Alor Setaq-Kangaq.Bukan mcm diMalayisa.Entah kenapa...
Melangut ke langit dari kaca windscreen hadapan,satu awan pun tak kelihatan.Langit biru luas terbentang.Cikson keluarkan nikon semput itu utk merakamkan keadaan itu.Sekali petik dia meragam.Membatukan diri walau puas dibelai,dan ditekan.Berkuburlah hasrat hendak merakam panorama musim panas ini.

melintasi jambatan di Temerloh Pahang,lihat kumpulan awan berterbangan


tgh hari di Kangar siang tadi...tak ada satu awan pun dapat dicari


So not much could be done ...
Kiri kanan jalan sawah padi yang hijau luas terbentang nampak kelabu ....gondol dan berdebu.
Sungai dan terusan yang airnya hening sudah cetek dan hitam .Pokok pokok gagah dikiri kanan jalan sepanjang jalan ini keguguran daun.Ada yang hanya ranting ranting saja yang tinggal.Mengingatkan  tentang alam yang cikson lihat masa autumn di Scotland dulu dulu.Disana sejuk hingga mengeletar dagu tapi disini panas membahang.
Isssh janganlah jadi macam Ozzie atau California.Minta dijauhi.Doa makcik.Bimbang .

Hari ini singgah sebentar makan tgh hari dikedai yang punya signpost
Terimakasih kerana makan sambal belacan kami.Lain kali datang lagi.
Memang terangkat sambal belacan dia.Semasa nak balik cikson sempat puji tukang masak .Tentu hari ni dia senyum ceria walau panas tak terkira...
Ke Giant kita harini ya ...cikli buat cadangan.Cikson angguk saja.
Balik dengan dua buah troli penuh yang menarik perhatian seorang makcik.
Banyaknya barang....berapa orang?
Tak ada...kami berdua tapi ni utk kedai sama...mungkin dia hairan cikli memborong berpuluh puluh minuman dalam tin sampai penat abang cashier mengimbas harga.Berkotak kotak tisu paper dan berpaket paket makanan ringan.
Semasa balik singgah sebentar memborong ikan temenung.Sekali lagi kena tegur.
Banyak membeli...bila cikson beli 3 kilo.
Makcik hanya senyum.Malas nak cakap ikan tu setengah utk sinina dan squirrel.

Tgk tu...asap berkepul kepul kelihatan dari bukit ditengah bandar Kangar.Tentu letih abang abang bomba.

Dinner at Mycafe...mixed grill for cikson and chicken chop for cikli. Matnmainahsalleh pula malam ni...

Hehe...apa kaitan cerita dgn tajuk ...tentu anda tertanya tanya.
Entah.....makcik pun terpinga pinga.Pening kambing agaknya..bye.


Amboi....eksyen!

Sesekali rumah berdentum dentam dengan bunyi barang berjatuhan.
Dua kali dua kala berdebooom bunyi kerusi,setbod ,meja dilanggar.

Makcik meninggalkan apa yang tengah dibuat dan seperti CSI memeriksa duduk perkara.

Ada pencerobohkah?....mata melilau tengok tingkap dan pintu.
Ada H2N2 ke....ingatan makcik melayang pada cerita cerita seram yang di dengar,dibaca dan juga pernah dilalui.

Hai...duduk sorang sorang ni banyak imaginasi dari aksi.

Cikli kali ni dah 3 days in a row pi mesuarat...
Biaq pi la...kot makcik bebel dan bersuara ,merajuk pula dia.Tua tua ni mmg sangat senang tersentuh emosi.Kan makcik pun baru lepas tinggalkan dia bawa diri....hehe.

Lalu melepasi gerobok tua ,makcik terpandang aksi si diva mengalahkan primadona..Siapa lagi kalau bukan ninasandaq..hah inilah punca bunyi berdentum dentam.Penatlah tu .
Nina...wat yu duing?
Amboi...eksyennya dia...Tak hirau pun dia akan kehadiran makcik.Cuba dengan cikli.Manja tak bertepi....




eee....dok ambik gambaq kami nak buat apa


Nina....mai kat mama...makcik memanggil dia.
Dia buat tak peduli...
Amboi..eksyen!

Where's squirrel? Squirrel pi mana...makcik tanya dia lagi.macamlah dia boleh bersuara.Tapi ekor matanya macam memberitahu saja...
Pi la tengok mana dia!