Thursday, March 6, 2014

Malaysia kah ini?



Hampir lebih sebulan cikson tidak kedaerah ini.Dan hari ini bila melalui jalan ini,cikson rasa macam sampai ke daerah asing.Bukan jalan Alor Setaq-Kangaq.Bukan mcm diMalayisa.Entah kenapa...
Melangut ke langit dari kaca windscreen hadapan,satu awan pun tak kelihatan.Langit biru luas terbentang.Cikson keluarkan nikon semput itu utk merakamkan keadaan itu.Sekali petik dia meragam.Membatukan diri walau puas dibelai,dan ditekan.Berkuburlah hasrat hendak merakam panorama musim panas ini.

melintasi jambatan di Temerloh Pahang,lihat kumpulan awan berterbangan


tgh hari di Kangar siang tadi...tak ada satu awan pun dapat dicari


So not much could be done ...
Kiri kanan jalan sawah padi yang hijau luas terbentang nampak kelabu ....gondol dan berdebu.
Sungai dan terusan yang airnya hening sudah cetek dan hitam .Pokok pokok gagah dikiri kanan jalan sepanjang jalan ini keguguran daun.Ada yang hanya ranting ranting saja yang tinggal.Mengingatkan  tentang alam yang cikson lihat masa autumn di Scotland dulu dulu.Disana sejuk hingga mengeletar dagu tapi disini panas membahang.
Isssh janganlah jadi macam Ozzie atau California.Minta dijauhi.Doa makcik.Bimbang .

Hari ini singgah sebentar makan tgh hari dikedai yang punya signpost
Terimakasih kerana makan sambal belacan kami.Lain kali datang lagi.
Memang terangkat sambal belacan dia.Semasa nak balik cikson sempat puji tukang masak .Tentu hari ni dia senyum ceria walau panas tak terkira...
Ke Giant kita harini ya ...cikli buat cadangan.Cikson angguk saja.
Balik dengan dua buah troli penuh yang menarik perhatian seorang makcik.
Banyaknya barang....berapa orang?
Tak ada...kami berdua tapi ni utk kedai sama...mungkin dia hairan cikli memborong berpuluh puluh minuman dalam tin sampai penat abang cashier mengimbas harga.Berkotak kotak tisu paper dan berpaket paket makanan ringan.
Semasa balik singgah sebentar memborong ikan temenung.Sekali lagi kena tegur.
Banyak membeli...bila cikson beli 3 kilo.
Makcik hanya senyum.Malas nak cakap ikan tu setengah utk sinina dan squirrel.

Tgk tu...asap berkepul kepul kelihatan dari bukit ditengah bandar Kangar.Tentu letih abang abang bomba.

Dinner at Mycafe...mixed grill for cikson and chicken chop for cikli. Matnmainahsalleh pula malam ni...

Hehe...apa kaitan cerita dgn tajuk ...tentu anda tertanya tanya.
Entah.....makcik pun terpinga pinga.Pening kambing agaknya..bye.


No comments:

Post a Comment