Thursday, February 13, 2014

sepanjang jalan ini....kenangan yang diabadikan

Percutian ke Cameron Highlands,KL dan Gambang ,Pahang merentasi banyak negeri .Dari Perlis melalui Alor Setar Kangar main road menuju tol Alor Setar selatan mengambil masa yang meletihkan diri.Dijalan ini kalau musim cuti sekolah atau perayaan, kenderaan banyak tidak terperi.Pemanduan pun macam siput baabee.Terhenjut henjut melepasi pekan dan kampung dengan kenderaan plet luar yang mendominasi....

Selepas tol ...bolehlah tekan minyak menderum enjin bagai jagoan.Awas kalau ada halangan ,1 km satu jam pun boleh jadi igauan.Bila nak sampai kalau ini yang jadi ditengah jalan.Pernah dari KL nak ke Perlis masa diambil 13 jam....hee hee boleh dah sampai London kalau naik kapal terbang.

Selalunya....sepanjang perjalanan gambar gambar dirakam jadi kenangan.Ada awan putih berkawan riang diawan.Ada kenderaan bertali arus yang jadi perhatian.Ada gunung ada hutan menarik pandangan..
landmark Cameron....kebun sayur dijalan berliku


Di Cameron , hotel penginapan ini jadi tumpuan.Lensa kamera dihala tak kira masa.Asal ada saja yang menarik pandangan mata.Walau pada orang lain....eh yang ini pun nak tangkap gambar ka..?

hotel ini kami tuju....kali ketiga buat seorang aku

tanda ingatan kami ke situ...posingposing gitu

Makan makan pun boleh jadi rakaman.Nak ingatlah balik apa yang ditelan.Dimana  mulut disuapkan.Sedap ke tidak boleh jadi panduan.....tapi makcik malu.Apa pula nanti orang kata you....Peghaknya nescafe secawan pun nak dirakam gitu.

Pekan Tanah Rata kami lalu...pos box dulu dulu



bilik 203  ...antara bilik ditingkat dua..jenuh menapak naik tangga

dua beranak cikli dan cikli membawa diri

disini kenangan lalu datang menyerbu.

haha....
Kenapa mama snap gambar ni.....kata anak bila lihat mama punya koleksi...
Ada ke gambar jamban pun buat kenangan.....
Jangan tak tahu....mama punya tujuan....Before and After mama menyimpan.Terpengaruh dengan makeover yang disiarkan telebeshen.....De clutter namanya rancangan.

Its tokton punya trait yang mama warisi.Kemana saja rumah yang dia pergi,dia tak pergi saja untuk bercuti.Rumah anak anak dia buat rumah sendiri.Betul sana.Cuci sini.Bila balik rumah sendiri rasa senang hati dapat tolong anak anak yang busy ...



Monday, February 10, 2014

Yang dilihat,didengar dan dirasa....sepanjang perjalanan

Jauh perjalanan...luas pengalaman..berhimpun kenangan...gitulah yang makcik rasa sepanjang minggu ini.
Dari utara menemani anak balik ke Pahang dengan kereta banyak cerita yang makcik jumpa.Ada lucu ada sedih dan ada yang menaik darah juga..Anyway am safely high up on the fifth floor of KMPH housing for staff.....bersiaran disini utk tempoh waktu yang akan ditetapkan oleh rasa hati....

Nak story la sikit ttg pemergian 3 stooges ...ie me,cikli and ciklin naik Cameron.Exit Simpang Pulai,kami menuju Tanah Rata sbb dah buat booking hotel.Makcik minat bilik yang diatas reception tapi terlupa jenis biliknya.Viewnya.So masa reserve tak bolehlah minta specific room.Akhirnya kami ditempatkan di Superior tingkat 2.Bilik 203....Sebelum tu pegi tgk bilik deluxe garden view .Ingat ada lah kebun bunga setaman...elek..Yang ada hutan saja yang kelihatan.Lagi pun bilik semua tak ada penghuni...gerun juga nak duduk sini.

So room 203..mengadap parking dan nampak balai polis.Katil queen .Mengeletar badan walau tak ada aircon atau kipas.Sejuk gedi waktu malam dan pagi.

Tak kisahlah ...tgh nak lelap makcik dikejutkan dgn riuh rendah gang bilik bawah..Tak dapat faham apa yang mereka riuhkan.Tapi kuatnya bersembang.Jam dah lebih 12.00 tapi mereka macam tgh dok pesta..Cikli angkat talipon dan komplen kat reception..Baru lega.

Sebelum nak tidur entah macam mana cikson dok google ttg hotel yang makcik duduk..hehe...mau tak kecut bila ada blogger cerita ttg pengalaman mereka bermalam dibilik garden view...just below our floor.Dan bila bangun pagi ciklin tunjuk 3 garis panjang dibadannya...Tapi cikson buat assumption dia yang garu masa tidur.Tapi kan...who knows...

Staying at Tanah Rata,pekan nya tak lah serabut macam Brinchang atau Kampung Raja or Terla.Jadi kami kena patah balik nak melawat kebun dan membeli sayur dan bunga...Ciklin yang teruja tengok pokok dan bunga...entah berapa ratus yang dilaburnya..Akhirnya dek kereta yang sarat kami beransur pulang.Ikut jalan yang kami naik....a big difference in distance kalau turun ikut Tapah.

Ke Seri Kembangan sbb cikli nak tengok siaran akhir maharaja lawak yang rasanya tak lawak..Selain Bocey yang lain tak buat makcik ketawa.At 1.00 am we make a move towards Kepong.
Bermalam di Kepong dicelah celah bunyi mercun berdentum dentam hingga awal pagi.Hantar cikli ke Duta naik Sani..
Di jamu satay kajang di Uptown...terjumpa artis artis yang dok lihat ditv.Nama lupa pula siapa tuan punya diri.

Semalam...sekali lagi kami rentasi Karak highway menuju Gambang...dan disini makcik bersiaran...


Thursday, February 6, 2014

Cameron here we come...

And when they were home,they were home
And when they were back,they left one by one.
House no 7 was a flurry of activities this CNY holiday.And the last one to leave home is ciklin.And makcik suddenly had an idea of following her to Pahang...
We were packing things to bring along when at the spur of the moment,makcik suggested making a detour to Cameron Highlands.And out of the blue cikli too was interested to join the twosome.
And zam zam ala kazam,at 5 the trio reached the designated  place known for her strawberries and vegetables.

The journey was smooth all the way from Kangar and it was easy breezy getting a room for the night.It is the third time cikson stayed in this hotel.Century Pine Resort in Tanah Rata.When ciklin was surfing the net and trying to book a room in Agoda cikson suggested Century Pine again.At 235 a night it was a reasonable offer.The room spacious although its just a superior room.

Mama ni tak jemu ka dok hotel tu saja.Tukarla hotel lain pula...cikli commented.

No aircon,no fan  and yet we were shivering . Sejuk gedi .

Dinner was just a walk away from the hotel at Gerai Fisha Tanah Rata .Tomyam campurnya sedappp.Lapar dan sejuk buat selera makan menjadi jadi.Ciklin yang tak pernah habis makan selalunya,siap licin sepinggan nasi goreng kampung..Siap tapau mee dan bihun goreng lagi

Tomorrow we will embark on a journey to KL .And along the way....gerai,restaurant,kebun sila menanti..






Wednesday, February 5, 2014

Jalan jalan Padang Besar.

Kemana ya nak pergi bila di Perlis..I mean going shopping.Disini yang ada pun Cmart yang tak jimat.The sTore yang kadangkala nampak macam store in real sense...maaflah kalau la ni dah elok sbb lama dah tak menapak tangga kat situ.
Bagus juga bila tak dak tempat nak perhabis duit...

Oh ya jangan lupa Padang Besar ...tapi jangan dok pi masa tengah orang bercuti..nanti takut tak ada tempat nak letak kaki..

Kelmarin...cikli ,cikson dan ciklin naik cikteh  jalan jalan makan angin .Destinasi tak lain tak bukan Padang.Ciklin nak cari cadar.Cikson nak cari baju.Cikli pula nak cari benda utk kunyah....

Orang tak ramai.Tapi kedai pun banyak yang tutup.Round satu bazaar atas bawah ,yang nampak baju baju utk orang muda.Kedai Notis Jangan letak tangan dan menungkat siku pun makcik lalu.Haha...memang nampak sangat kemas kedai dia sbb kosong tanpa pelanggan.Gerai yang letak notis jangan dok menggatal tak beroperasi kalau tidak makcik nak pura pura beli barang utk snap gambar notis notis berbagai.

Masa kita pergi pasar Khadijah dan Pasar payang tak pernah jumpa pula pekedai letak notis macam ni..Buat malu saja .Nak berniaga buatlah cara yang baik.Kalau dah tak bagi sentuh baik bawa balik simpan dalam store...
Dan satu lagi kalau pembeli tak jadi beli,tak payahlah dok tunjuk ranggi..
Banyak benar ragam yang dapat dirakam semasa menjelajah ruang ruang niaga di Gapura Square semalam.Ada yang ramah tamah,tapi ada yang buat layan tak layan...kurang seringgit pun tak jalan.

Berhenti makan diwarung macam pasar...gerai no 2 ...tak sedap pun nasi paprik dan air nyok dia.Hari panas terik .Cari kipas besar utk sejukkan badan...tapi mata dok terpandang pandang..

Di penghujung jalan,kami pulang.Bawa pulang pembelian hasil tuaian.Ringgit bertukar tangan.
Ada cadar, ada tikar.Ada  pulut hitam,gula nibong .Ada kacang tumbuk dan biji gajus..Cuba teka siapa yang borong .
Dan ada bantal penyendat tengkuk....tanda satu perjalanan yang bakal diharung...
Terjeghembab semasa on the way kereta google map....dokla tertanya tanya kenapa kereta dia ada serombong.