Wednesday, January 29, 2014

Mengimbau kenangan...cikgu bisu ke?

Hari ni dalam forum ,banyak cerita tentang bilik darjah..yakni guru.
Ada cerita guru tuisyen  merotan sampai lebam anak anak yang tak tahu abc...4 thn baru pun.4 tahun dah hantar tuisyen?Kesian budak tu.
Ada guru jadi polis.
Ada guru itu dan ini....tak kehabisan.Lagi dicungkil lagilah datang.

nak cerita bagi...

Memang terganggu minda nak mengajar kalau anak murid tak disiplin.Kita buka mulut,dia pun sama rancak nak bercerita.Bagi isyarat suruh beri perhatian kpd kita yang dok mengajar dia buat tak kisah.
Ada kah cikgu pi lempang dia...ishhh tak usah.La ni cikgu sendiri jadi susah.
Bawa dia ke depan...ask him to share his story
Atau suruh dia ajar atau eja atau explain...but some are attention seekers..
Ada masa bila tengok meja dia kosong... rasa lega hari tu.Tak ada lah yang akan buat kita naik minyak..hehe.

Saya cukup tak faham,cikgu yang masih boleh mengajar dan anak murid bising macam pasar borong.Nak tabik hormat atas kesabaran cikgu ke atau apa. .Siap terlompat lompat ,terjerit jerit....whoa..not me.
Kadangkala setiap 5 minit kena jerit suruh diam,Last last suara hilang pelajaran ke mana.Pengajaran tak kesampaian.

Its vital...murid berdisiplin dalam kelas
Selalu tak dengar murid dok jerit....saya cikgu ...saya cikgu...45 orang selang seli ..Cikgu kelas sebelah tentu sakit hati..
Well...dalam menjadi guru,cikgu mesti cari ilmu.
Ilmu kontrol kelas sudah tentu.

Dalam mencari jalan utk tidak banyak bebelan...saya terjumpa satu cara....bahasa isyarat.
Murid saya ajar bahasa isyarat utk beberapa perkara.
Nak minta pergi toilet...
Nak jawab soalan tanpa perlu jerit ... saya cikgu
Add caption
Nak cerita kepada kawan cerita nya pun sama juga supaya depa tak jerit ganggu kita semasa kita bercerita/mengajar....tanpa sebut me too,me too.


Dan idea ini saya kutip dari sini....bacalah.Tak rugi tambah ilmu.

sini ya..

Sekali tu anak nakal itu tanya dekat saya...cikgu bisu ke? haha.









Tuesday, January 28, 2014

Ragam anak anak...pagi pagi hari

Macam macam ragam.Anak anak kaki empat yang ada  di rumah no.7 ni mmg mencuit hati.
Mujur Tuhan jadikan mereka .Kalau tidak tentu kita tak dapat berikan kasih sayang yang melimpah ini...I thought one day.
Dengan anak anak jauh dimata nun di perantauan,tanpa cucu cicit kdgkala hati rasa hambar.Kosong.No one to talk to except watching that idiot box.Tak larat dok tengok berita berita tak ketahuan.

Tetapi mujur ada mereka .Terapi minda buat dua orang tua.Yang ada saja sakit sini sana.Nak bergaul bersosial macam tak berapa nak jalan.Kerana diri yang tak pandai nak cari kawan...hehe.Really.

Eh..mamason mana cerita ragam anak anak yang dikabar itu...
Ceritanya begini......

That 2 anak anak comel kami selalu buat hal..tak kira petang atau pagi..
Lihat tu si squirrel tu tgh mengintai....entah siapa gerangan yang cari.He's a stalker.Tegar.
Pagi pagi dia dah berada didalam bilik belakang.Panggil la apa pun nama dia buat tak dengar.Kusyuk sunggoh.
Its time for running...I scooped his soft slender body and carried him to the wide opened front door.
As soon as we entered the front room,he stiffened his body.Moustache twitching,mouth grrrring.He jumped out of my hold and made a dash for the kitchen.
I looked around...there's no sign of anything .
Oh...that big yellow disheveled tom cat was curling under cikli's old lorry.Squirrel's eminent enemy .

Squirrel...squirrel..dont be a sissy will you? Lawan la apa nak takut!
Tapi kan dah ada kesan pada badan squirrel bila cikson belek bulu bulu dia.

Eh mana Nina? Oh si sandaq tu awal awal lagi dah keluar kelaman belakang.Tak takut takut pun.Relax saja
Yang penakut tu orang jantan saja....kata nina...
Kita diva..begitulah agaknya kata dia.




Monday, January 27, 2014

Monday blues...homework

Hai everyone...Happy Monday.

Selalunya Isnin ni orang associate dengan blues...biru.
Pasaiapa tak dengan merah ke kuning ke ? Makcikson  dok tertanya 2.
 Terbaca poem dalam fb makcik terbayang masa masih mengajar dulu.Seribu liku.

Start minggu dengan assembly. Lenguh kaki kalau murid dok berdiri tercegat kena dengar macam macam.30 minit kadangkala melarat sampai 60 minit atau lebih.Cikgu pun ada yang gelisah.Isssh bila nak habis ni...bila nak masuk kelas ni.Kalau ada sekolah semua nak bercakap dan tiada peraturan lagilah malang.PK ada 3 GB sorang,guru tugas sorang....mana tak meleret.Last last apa pun tak boleh.. apa pun tak dapat.

Cuti dua hari,dicop pula kalau tak bagi homework.Itu dilemma guru.Kalau kelas cerdik tak bagi homework ibubapa pula komplen.Cikgu malasla  semua ada.Sedangkan bila bagi tak semua buat ,dan lebih malang lagi ada yang ibu bapa buat.Tulisan bulat bulat orang dewasa...am talking about sekolah rendah ya.

Masa muda muda masa tgh darah muda,ha mau menyirap darah anak murid bagi macam alasan tak siap kerja sekolah.10 tahun pertama mengajar cikson boleh dikatakan garang .Siap engkau .Pagi pagi dah mengamuk hanya sebab homework.Nak pula tu 100 % hantar homework Kalau ada sorang pun tak buat meleter tu dah sampai nak habis kelas..

Sampailah satu masa cikson terfikir ...

Kalau 1 out of 45 tak buat kerja,berbaloikah marah satu kelas.Even 5 dari 45 pun .Tapi kalau 30/45 tak buat kerja ..masaalah bukan dari murid tapi cikgu .Kena fikir balik tang mana yang tak kena.Arahan tak difahami ke atau P&P kita yang tak sampai.

So bila cikson nak mula P&P...homework cikson tak tanya atau minta dulu.Tau dah .Takut hilang mood nak ajar apa yang dah di target dan prepare utk hari itu.Habis ajar,bagi latihan baru suruh murid hantar homework.Yang tak siap ,kena denda semasa orang lain buat latihan.Kena siap atau ajar balik kalau mereka tak faham.Nama kena catat dalam checklist dalam kelas.Lagi satu cikson suruh setiap murid catat tugasan yang diberi dibelakang buku latihan mereka.Minta parent tandatangan bila anak buat kerja.Dari situ kita nampak parent mana yang ambil berat dan yang tidak..

Satu lagi bila budak tak bawa buku teks...adakah guru kena berhenti mengajar.Cikson benarkan mereka share saja.Last sekali cikson kumpul buku orang yang selalu tak bawa,simpan dalam kelas .

Menjadi guru kadang kadang jenuh garu kepala yang tak gatai.Nak atasi seribu satu macam kerenah anak murid yang berbagai.Lebih lebih lagi zaman ni....nanti tak pasai pasai.Nama gah dalam akbar ...macam cikgu Yin Yin ...masa depan pun bersepai..Alahai.

Tapi kan ...
Dikenang murid
 kerana tegas dan garang atau
tak masuk kelas dan tak ajar...atau
asyik dok open your book..atau
 dok bagi fotostat sheet....adalah pilihan guru
Pilihlah yang mana satu.

Sedih tau bila ada anak murid yang berani minta dinasihatkan guru tertentu ...baru 10 tahun dah pandai mengadu..






Sunday, January 26, 2014

What's Up...ingat sejuk..pening yang dapat

Menjejak kaki luar dari no.7 kadangkala saja dapat dilakukan.24/7 terperuk dala rumah buat aku tak berapa tahu keadaan sebenar alam ini .Tapi harini cikson menapak hingga ke Kuala Perlis kerana memenuhi jemputan kahwin anak jiran.

Alahai ....awat rasa panas semacam ni...keluh cikson sambil menyeka peluh yang menitis.
Kata Perlis akan sejuk sampai 19 .
So much hype on that lately.

Duduk dalam rumah memang terasa sejuk bila angin menerjah melalui pintu dan tingkap yang dibuka.
Tapi semasa cikson keluar rumah dia rasa bahang matahari.Menunggu cikli mengisi minyak distesen minyak rasa panas membahang.
Rasa macam 30 adalah...kata cikson pada cikli.

Membeluk ke kanan di jalan mencari rumah pengantin...tak ada pun macam orang buat kenduri
Membeluk kekiri ...ada 2 rumah.jenuh menyoal tetamu yang sedang berjalan ttg rumah yang kami cari.Takut tersilap kenduri.

Nasi dah habis...kata kenalan semasa kami sampai ke rumah yang betul...
Betullah...meja buffet depan dah bungkus.Tapi meja lagi satu ku lihat baru di top up nasi dan lauk.Rezeki tu.
Bersalam dgn tuan rumah kenduri lepas itu cari peluang isi perut yang dah meragam.

Dia senyum ,aku pun sama.Sama sama berbalas senyum.Bila dia tegur baru aku perasan dia membantu ku membesarkan anak anak satu masa dulu.Maid ku pun aku tak perasan.Aduhai...Memang tahap kronik aku dah dalam mengecam muka dan nama..Adoi..

Sepinggan nasi berlaukkan ayam merah,daging korma,gulai ikan dan sambal belacan betul betul menambat selera,Mau menambah.Tapi malu la pula...

Sampai rumah,badan dah longlai.Capai bantal terus terlina...Miss going to another kenduri sbb cikli pun pening...sikit lagi nak tertungging.

Meleset betul tekaan kami konon dapat makan kenduri dalam cuaca dingin...sedingin london dimasa spring...Hangat dan pening adalah...mungkin hangat dari laut.Pening dari perut...hehe