Monday, January 27, 2014

Monday blues...homework

Hai everyone...Happy Monday.

Selalunya Isnin ni orang associate dengan blues...biru.
Pasaiapa tak dengan merah ke kuning ke ? Makcikson  dok tertanya 2.
 Terbaca poem dalam fb makcik terbayang masa masih mengajar dulu.Seribu liku.

Start minggu dengan assembly. Lenguh kaki kalau murid dok berdiri tercegat kena dengar macam macam.30 minit kadangkala melarat sampai 60 minit atau lebih.Cikgu pun ada yang gelisah.Isssh bila nak habis ni...bila nak masuk kelas ni.Kalau ada sekolah semua nak bercakap dan tiada peraturan lagilah malang.PK ada 3 GB sorang,guru tugas sorang....mana tak meleret.Last last apa pun tak boleh.. apa pun tak dapat.

Cuti dua hari,dicop pula kalau tak bagi homework.Itu dilemma guru.Kalau kelas cerdik tak bagi homework ibubapa pula komplen.Cikgu malasla  semua ada.Sedangkan bila bagi tak semua buat ,dan lebih malang lagi ada yang ibu bapa buat.Tulisan bulat bulat orang dewasa...am talking about sekolah rendah ya.

Masa muda muda masa tgh darah muda,ha mau menyirap darah anak murid bagi macam alasan tak siap kerja sekolah.10 tahun pertama mengajar cikson boleh dikatakan garang .Siap engkau .Pagi pagi dah mengamuk hanya sebab homework.Nak pula tu 100 % hantar homework Kalau ada sorang pun tak buat meleter tu dah sampai nak habis kelas..

Sampailah satu masa cikson terfikir ...

Kalau 1 out of 45 tak buat kerja,berbaloikah marah satu kelas.Even 5 dari 45 pun .Tapi kalau 30/45 tak buat kerja ..masaalah bukan dari murid tapi cikgu .Kena fikir balik tang mana yang tak kena.Arahan tak difahami ke atau P&P kita yang tak sampai.

So bila cikson nak mula P&P...homework cikson tak tanya atau minta dulu.Tau dah .Takut hilang mood nak ajar apa yang dah di target dan prepare utk hari itu.Habis ajar,bagi latihan baru suruh murid hantar homework.Yang tak siap ,kena denda semasa orang lain buat latihan.Kena siap atau ajar balik kalau mereka tak faham.Nama kena catat dalam checklist dalam kelas.Lagi satu cikson suruh setiap murid catat tugasan yang diberi dibelakang buku latihan mereka.Minta parent tandatangan bila anak buat kerja.Dari situ kita nampak parent mana yang ambil berat dan yang tidak..

Satu lagi bila budak tak bawa buku teks...adakah guru kena berhenti mengajar.Cikson benarkan mereka share saja.Last sekali cikson kumpul buku orang yang selalu tak bawa,simpan dalam kelas .

Menjadi guru kadang kadang jenuh garu kepala yang tak gatai.Nak atasi seribu satu macam kerenah anak murid yang berbagai.Lebih lebih lagi zaman ni....nanti tak pasai pasai.Nama gah dalam akbar ...macam cikgu Yin Yin ...masa depan pun bersepai..Alahai.

Tapi kan ...
Dikenang murid
 kerana tegas dan garang atau
tak masuk kelas dan tak ajar...atau
asyik dok open your book..atau
 dok bagi fotostat sheet....adalah pilihan guru
Pilihlah yang mana satu.

Sedih tau bila ada anak murid yang berani minta dinasihatkan guru tertentu ...baru 10 tahun dah pandai mengadu..






2 comments:

  1. susah jadi cikgu, sy tak pernah jadi cikgu, cuma boleh bayangkan aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu dulu boleh tahan juga .Sekarang ni banyak sangat cabaran..perubahan,limitation,Ada yang tak masuk akal pun.Dah jadi lab rat....last last tujuan asal tak kesampaian.

      Delete