Sunday, January 12, 2014

Its Sunday...

Woke up before subuh.Went to the kitchen and saw dainty ms ninasandaq high up on the newly acquired kitchen armoire..( lemari @ almari la tew)

Amboi..amboi seronok ya kat atas.I said
Meowww..she answered.With a glint in her eyes.

I saw  sissy squirrel curled neatly on the floor.Its been days that  he didnt demand for attention.When I scooped his long slender body in my arms he struggles to get free.Jumping out when my holds are loose.

oiiit....dah tak manja lagi dah.Oh ya ...dah dewasa rupanya kesayangan mama ni.

The bananas given by toksaad are already ripe.To slow down the ripening and disintegration I kept the remainder in the fridge.Last night cikli was hinting that he would love to have them.
Cikson peeled them open,skin them and sliced them lengthwise.Mix the batter of tepong goreng ,a spoonful of tepung gandum,turmeric and salt.Mix with water and whisked the mixture briskly.Soon the fritters were immersed in the hot oil in the wok.

Cikli ,bangun ...goreng pisang dah ready
Sedap juga pisang dari kebun keliling rumah my FIL.
Berbudi pada tanah,kenyang anak cucu.Berbudi pada orang,dikenang dihargai  belum tentu .Silap silap kita dia tengok macam hantu...

It will be a super busy week next week.....semoga semua berjalan lancar.
Makan apa tgh harini ?
Kalau ada kenduri,tak berasaplah lagi dapur...hihihi.




Saturday, January 11, 2014

tak gatal aih....satu ptg di PB


Selepas kejadian bom meletup di PB belah Siam,ciklicikson tak berani nak pergi membelibelah di PB belah kita.Cikten yang beria ia nak penuhi permintaan kakak turtle pun tak jadi kesana sejak dari Christmas lagi.Tentu kakak turtle kecewa ...

Itu mmg semua sedia tahu....3.4.kali juga kejadian bom mengebom berlaku.Dan pengunjung ke pekan sempadan tentu dah boleh bilang dgn jari.Itu assumption cikson.Mesti semua kecut perut nak berlama lama dekat PB atau Padang Besar.

Well assumption cikson meleset belaka...

Selepas memenuhi undangan kenduri kahwin di taman seberang jalan,ciklicikson terus ke sana.Walau mata pejam celik lepas makan tgh hari.

Ooooi mana mai orghang aaaaa? Penuh parking dgn kereta.Berkali kali juga kami pusing cari tempat kosong.
Ingat tak ada orang...

Kami mencelah celah antara pengunjung yang membelek tudung,menawar toto dan menjinjit plastik bungkusan.
Melewati sebuah gerai makcik terbaca satu notis.
Ehh silap mata ka....makcik cuit cikli suruh baca.
Ingat nak keluar kamera tangkap gambar notis tu....tapi tengok penjual makcik dah gerun.

Jangan dok gatal tangan memegang .....dan ada lah lagi sambungannya.Once broken considered sold.

Amboi....gatal tangan..Berkali kali makcik baca.Gatal tangan...hey...berat tu.

Kami berlalu tanpa berhenti digerai itu sedangkan makcik ada keinginan nak beli sesuatu.Kecik hati makcik sebagai pelanggan baca notis itu.

Dan makcik perhati,digerai mereka ,orang hanya melintas.Tiada yang berhenti.

Kami tak gatal aihhh..Itulah kisah satu ptg makcik di Padang Besar.Sebelum balik ciklicikson singgah sebuah gerai makan pulut ayam..Rasa macam kubu kuat taliban pun ada.

PB...oh PB..macam macam wajah ada.




Friday, January 10, 2014

Jom Cuci...bilik ke storan

Kelmarin cikson terlebih rajin.Selain kemas kemas rumah cikson nekad membetulkan kusut masai dalam bilik nun dihujung negeri...Bilik abang wei yang la ni dah ditakeover oleh bang squirrel.Abang wein dah berhijrah ke KL lama dah...mencari rezeki .Dan sebagai  ganti anak muda kaki empat ekor panjang dah isytihar  bilik kecil itu territory dia..Disitulah dia bertapa berjam lamanya.

Wow....masuk bilik itu boleh buat nafas semput.Dah jadi bilik store kedua rumah no.7.Ada saja barang tak guna,disitu tempatnya.Yang banyak sekali tentulah kain baju lama.Berbakul bakul,berbeg dan berplastik.Selain buku,majalah,cd tanpa baju.....eh jangan dok ingat barang porno pula..Itu CD yang terkeluar dari sarung,yang bogel.Makcik dah give up nak masukkan balik dalam cover.Tengok situ pun dah lemas .Mana lagi pembaziran yang berlaku.....ish ish..kalau dilabur kat Forex ,tentu dah kaya.

Semalam dah berplastik plastik makcik lupus segala bagai .Selamat diangkut oleh alam flora.Sayonara.

Tgh hari tadi makcik sambung lagi mengelas,menyimpan,membuang.Akhirnya tinggal baju baju saja.Nanti kena cari tempat utk hantar..Ada yang masih elok.Kalau buka kedai bundle pun dah penuh satu kedai.Ada juga cikson berangan nak buat craftwork.Dok google sana sini utk idea idea yang menarik.

Terjumpa satu blog yang beri panduan buat coaster dengan cd cd juga kain perca...
Juga buat alas kaki ,ambal dsbnya...
Sekarang cikson minat nak buat bunga dari kain kain satin yang dibeli entah zaman mana.Nak tahu tokton cukup berbakat dalam hal ubah mengubah ni....tajam akalnya.

Lagi satu.... kain kain yang pernah digunakan utk classroom decoration pun masih ada..Kain tudung tingkap kelas,kain alas meja guru dan kain notis board.Siapa nak ? Angkat tangan.

Alat mengajar cikson pun ada nak sedekah saja....Teringat SKRPB....atau anak orang asli .

Satu yang makcik pelik....kenapa eh kita sayang sangat nak berpisah dengan barang barang .Dok ingat nak guna lagi.Dok ingat itu ,dok ingat ini.Last last rumah jadi tongkang yard....atau tempat pelupusan .

Rumah anda bagaimana?....jgn ulau belingkau dlm kain udahlah.

cerita mereka..... ..difficult bosses

Mendengar cerita mereka nafas panjang ku hela.....ttg boss yang berbagai ragam.

Bila kita jadi pekerja ,tidak boleh tidak adalah orang yang jadi boss kita,superior kita.

Sepanjang karier cikson yang melangkau lebih 3 abad,tak dapat cikson cari boss yang boleh dikategori difficult.Ehhh nanti kejap....ada bukannya tiada.Sampai satu masa cikson memberontak tapi taklah sampai berhenti kerja...miss shoruuu shapadu...amak.

Difficult bosses come in many forms.Ada yang macam singa....asyik menyinga
Ada yang macam seh tan.......asyik menyeh tan
Dan ada yang lembik bokbek.....tak ada spinal cord.Play safe....asyik menyorok.


Yang macam singa adalah seorang dua yang makcik jumpa.Oooi cenge dia terkenal seantero negeri.Takut habis semua guru dan murid juga ibubapa.Jangan play play dalam kerja.Cara kita duduk,bercakap,bersandar semua dia komen.Sekali dia tak ditunggu masa jamuan...semua kena marah sbb kebuloq...So kami berjaga jaga lebih lebih lagi dekat masa hari mesyuarat..Tapi cikson rasa hormat dekat dia.Dia bina jati diri orang bawahan jadi kuat,berdisplin.Rupanya dia bekas askar....well ..I love you sir.

Yang macam seh tan ni pula cikli berpengalaman jumpa sekali.Dalam masa 30 tahun terjumpa sorang macam ni.Hari ni cakap lain...esok lain.Cucuk sana cucuk sini .Berpura pura.Serba serbi tak kena...rupanya dia ada agenda..Terlaksanalah impian dia bila dah dapat dia masukkan orang harapan dia .

Dan yang lembik tak ada spinal cord pun amat menyusahkan .Kalau ada konflik atau masaalah dia lepas tangan.Konon nak jadi populis.Takut mengambil tindakan kepada yang bersalah.Dan amat tak guna boss yang macam ini tak berani berdepan  dengan situasi.Pukul dari belakang tapi sembunyi tangan.

Bossess could be strict but not tyranically strict.Save some empathy for genuine cases..Be firm and and dont be afraid.

Kepada anda yang punya bosses yang begini....sabarlah banyak banyak.Cikli yang diugut macam macam bertahan sampai akhir perjanjian. Itu satu kemenangan.Lazimkan diri membaca.Cari strategi.There's one book that I love to read when I was facing difficult people...Dan yang terpenting jangan lupa mengadu padaNya.

At the end of the day....its us that matter...Nothing can break us if we want to be strong.However difficult the boss is..right?

I end my post with this doa ...buat kita semua.