Saturday, January 11, 2014

tak gatal aih....satu ptg di PB


Selepas kejadian bom meletup di PB belah Siam,ciklicikson tak berani nak pergi membelibelah di PB belah kita.Cikten yang beria ia nak penuhi permintaan kakak turtle pun tak jadi kesana sejak dari Christmas lagi.Tentu kakak turtle kecewa ...

Itu mmg semua sedia tahu....3.4.kali juga kejadian bom mengebom berlaku.Dan pengunjung ke pekan sempadan tentu dah boleh bilang dgn jari.Itu assumption cikson.Mesti semua kecut perut nak berlama lama dekat PB atau Padang Besar.

Well assumption cikson meleset belaka...

Selepas memenuhi undangan kenduri kahwin di taman seberang jalan,ciklicikson terus ke sana.Walau mata pejam celik lepas makan tgh hari.

Ooooi mana mai orghang aaaaa? Penuh parking dgn kereta.Berkali kali juga kami pusing cari tempat kosong.
Ingat tak ada orang...

Kami mencelah celah antara pengunjung yang membelek tudung,menawar toto dan menjinjit plastik bungkusan.
Melewati sebuah gerai makcik terbaca satu notis.
Ehh silap mata ka....makcik cuit cikli suruh baca.
Ingat nak keluar kamera tangkap gambar notis tu....tapi tengok penjual makcik dah gerun.

Jangan dok gatal tangan memegang .....dan ada lah lagi sambungannya.Once broken considered sold.

Amboi....gatal tangan..Berkali kali makcik baca.Gatal tangan...hey...berat tu.

Kami berlalu tanpa berhenti digerai itu sedangkan makcik ada keinginan nak beli sesuatu.Kecik hati makcik sebagai pelanggan baca notis itu.

Dan makcik perhati,digerai mereka ,orang hanya melintas.Tiada yang berhenti.

Kami tak gatal aihhh..Itulah kisah satu ptg makcik di Padang Besar.Sebelum balik ciklicikson singgah sebuah gerai makan pulut ayam..Rasa macam kubu kuat taliban pun ada.

PB...oh PB..macam macam wajah ada.




2 comments:

  1. Saya dah banyak kali dah dok pi shopping di PB sampai dah tak tau nak beli apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak dak notis kata: Jangan gatal tangan memegang barang barang disini...

      Delete