Sunday, October 6, 2013

Kringgggggging at 3.00 pagi...how's that?

Kringggggggg..
Secepat kilat,telinga menangkap
Sepantas bullet train kaki melompat
Meluru ke arah deringan....oh well exaggerate...mana talipon berdering la ni ....dia menyanyi...

Tangan mencapai nokia girang menyanyi ,mendekap ke telinga,menangkap suara..

Helllllllo...helllo   .....garau nya sogha!
Hello...sapa ni....assalamualaikum..
hellllllllo..xxxxxx yyyyyy zzzzzzz balas suara garau itu Yang last last ku dengar macam bunyi serombong  kapal pecah di laut..
Ni siapa ...ni mak paen....
Suara dihujung talian tak ketahuan memberi respon.Habis...

Menuju ke tempat tidur semula dengan hati tertanya tanya...siapa dan apa.Otak ligat meneka....buat segala assumption serba maneka.
Orang gila toooot ka? Tapi bila dengar suara tuaku secepat kilat hilang beralih selera...Eeeeeeee.
Ada apa apa ,dimana mana kah agaknya....minta minta tu simpang 44 malaikat hendaknya.

Pagi ni subuhku bangun dengan lesu...akibat tidur terganggu
Harapan ku hari ini dan seterusnya agar aman sentosa selalu
Buat diriku dan famili ku
usah ada rintangan yang bertalu talu
kerana aku dah capek.....bak kata bibik kakak ku

Add caption
Ah....indah kan hidup ini kalau hari hari dilengkungi pelangi warna warni
Dan bumi di taburi bunga indah mewangi!

Saturday, October 5, 2013

Alahai omak....kari ayam

Pukul 12.00 tadi dah siap cikson dan tt bertengahari@ lunch
Cikli pagi pagi lagi dah kena ke tempat kerja ...kesian dia

Ok what do we have for lunch and so you ask....fav questions anak anak bila telefon mama disini.
O well...lets see

sambal tumis sotong tesco for me and masak kicap asam for her.....campur dengan lauk semalam yang diperhangat.ayam goreng dan masak asam berkicap...dah cukup.

Sambil makan berdua beranak banyak gosip pula antara kami....tanya kabaq penduduk JPL ..sapa yang masih ada dan sapa yang dah pergi.

Dan terceritalah tentang perihal kenduri kendara zaman kami masih disana....Tok wan selain masak mee boleh juga jadi tukang masak nasi kenduri.Dan zaman zaman itu semua dibuat bergotong royong.Makan tgh hari lepas sbb nasi dan lauk setalam akan dihantar ke rumah tukang masak...

Dan bercerita juga anak beranak tentang bagaimana susahnya dulu nak makan ayam...

Mula mula kena bela ayam ...anak ayam dapat percuma dari kerajaan
Bela lah dalam reban belakang rumah  dari kecil sampai besar.Nasib tak baik satu reban mati kena hawar.
Telor kutip dan jual kedai ah seng...buat belanja.Atau himpun buat kuih raya.
Nak makan ayam selalunya hari Raya saja.
Kena ligan ayam keliling rumah.Tangkap dan hantar dekat orang boleh sembelih sbb tokwan takut nak sembelih .Cenge tak penakut ..
Operasi melayur ayam dikuti mencabut bulu bulu oleh kami.
Lepas tu barulah tok buat gulai ke,korma ke.....nikmatnya.
Nak masak tu pula kena guna batu pengiling....tak ada instant punya curry powder. Nor was there any blender.Tekan suis...prekkkkkk .Siap!
And until now ...omak punya kari ayam is still the best.Tahan berhari hari.Lagi lama lagi sedap kemaruk dia.
She's super duper good cook.And a clean one pula tu.

Ada sorang neighbour ni ,dia kalau orang lain bagi dia tak makan....hanya tt's saja dia makan..

My mum ni dapur dia pun boleh buat baring.....sebab dia guna berus tembaga basuh lantai selang sehari...
Periuk belanga dia tak payah pakai sunlight dah memancar mancar....

Regretfully....we cant be like her always.....tak tercapai tangan ku.


Alahai omak

Dah nak sebulan omak den bersama den....ewah dok ber den den pula cikson pagi ni...Pagi ni sejuk sampai ke tulang hitam.Hujan sat berghenti sat lebat...jangan karam sudah...

Nampak naik sikit pipi tu ....kata cikli semasa kami dimeja makan bersama menikmati juadah.Bertambah tambah tt walau just simple dish of ikan kembung masak asam.
My omak memang sedia kurus dari azali.kalau tak ada kulit tentu nampak segala organ dalaman...dia melawak bila cikli sebut dia dah berisi sedikit.

haha...dengar tu ...tengah dok mop lantai masa cikson tgh dok berketuk ketak dikeyboard.Mak memang tak boleh duduk diam.Katil yang dia tidur sentiasa kemas .Meja solek sentiasa dilap...she would find anything to do.Lap sana lap sini....

Lantai ni kalau tak mop bergeda....katanya.Cikson biarkan dia buat yang dia suka.Tapi sentiasa berwaspada.

Ehhh...bila depa nak mai...setiap kali dia berada di muka pintu.Tentu dia teringat mereka mereka yang dia rindu.Anak cucu yang dia tolong besarkan kot la nak talipon tanya khabar...kalau pun sibuk sangat dengan kerja harian..Tak luak aih sekupang dua...

Besok ni kita pi la tengok depa....kata cikli.Besok is another day.Harap tu tak adalah hal hal lain yang datang menjelma.

Raya ni depa mai kot...budak budak semua nak balik.Referring to my children who would be coming back for the Raya haji nanti.Nampak sedikit cahaya diwajahnya..

And kadangkala menjaga mak macam menjaga baby....tidur malam macam tidur tidur ayam..Ada nyamuk ke...elok ke dia bernafas . semalam tentu dua tiga kali terjaga jenguk keadaan dia.

Satu malam cikson terkejut tengok dia sedang mandi
La...mak ingat dah siang....kata dia.

Alahai omak....siang dan malam ,pagi petang dirumah cikson memang susah di kira.....kan kita duduk digua..

Alahai omak...mop tu utk bilik air la...


.



Friday, October 4, 2013

Kitalah yang jadikan mereka begitu

Anak itu semasa dilahirkan ibarat kain putih....bersih tanpa noda noda hitam atau kelabu.Bermula dgn tangisan ....mana ada yang nyanyi twinkle twinkle little star kan.Maka sehari demi sehari kita dibentuk oleh orang disekeliling ....
Tertarik dengan Extreme Parenting channel lifetime on Astro.Selain Nanny 991 siri ini mengetengahkan kes kes anak anak yang diluar kawalan parents...ha macam macam kerenah mereka.Joe Frost host gebu...mungkin dia tgh expecting agaknya memberi tunjuk ajar pada parents yang menghadapi keadaan sebegini.

Joe Frost and Extreme Parenting aside.....

Cepat makan...cepat makan ...nanti adik kakak habiskan...kata ibu ayah,tok dan wan pada anak kecil yang terkial kial nak habiskan makanannya dipinggan.Tengok tu....apa sebenarnya kita semai dalam diri anak itu..Tak lain dari sifat tamak dan haloba...tak mau berkongsi...rakus...Itukah yang kita mau sebenarnya bila anak itu membesar...

Adik bodoh...adik tak cantik.Kakak cantik....kata pak menakan mak menakan mengacah anak saudara.Atau ibu,bapa melawak .Tak sedar kita yang kita menyemai benih benih benci,irihati dalam diri anak kecil itu.

Pukul tok..nanti wan pukul tok...nanti abah pukul mama....jahat.Kata kita bila anak kecil itu dimarahi tok, wan ,ibu atau bapa.Memujuklah konon.Tapi sebenarnya apa yang kita ulang ulang itu terisi diruang hati anak itu kalau setiap hari kita lagukan ayat itu....

So janganlah berangan nak dapat anak lemah lembut tutur bicara kalau kita bersuara bagai naga menyala.
well watching Extreme Parenting made me realised that I made follies all the way when I was bringing up the children...
Nak buat cammana kan...as I was brought up that way too.
Mujuq juga ada sedikit sedikit pencerahan bila umur bertambah.....if not I would be a dragon mother all along...
Issssh kalau lah ada rancangan ini dulu dulu....
Go for it  you are ... the show is on channel 709 by the way...selamat menonton.