Sunday, September 29, 2013

nak masak apa ya hari ni.

Ehhh nak masak apa no hari ni?

Ikan 2 keping @ 15 ringgit....wo mahai nya.
Gobis sepotong
Santan sekotak
Cencaru 2 ekoq belah belakang.

Terkebil kebil cikson tengok bahan bahan masakan yang ada.

Wa pu ci tau....katanya bila tt tanya apa dia nak masak.

Hentam sajalah ....asal boleh masuk tekak ketiga tiga penghuni rumah no.7.
Sejak tt ada ....belacan,udang,sotong, ketam,ikan kering dah tak masuk kuali disini. So agak terbatas apa yang cikson boleh invent buat makan tgh hari dan malam.

Fikir punya fikir akhirnya cikson sediakan...
Cencaru goreng sumbat cili dan bawang
Sayur kobis bersantan
Masak pindang cikson style ikan potong.....thumbs up dari cikli dan tt....

Utk ingatan pindang style cikson

Grind....1 buah keras
             bawang besar 1/2 biji
             cili merah 2 biji
             bawang putih  2 ulas
             kunyit hidup..1 inci

Ketuk ...serai
              cili padi 5 biji

Sos....cili,tomato,oyster

Pijar minyak...masakkan bahan grind.Dah wangi masuk air,bahan ketuk dan sos,garam,gula.
Dah mendidih masuk ikan potong digoreng ringan serta buah tomato belah empat.Siap !

Itulah menu kami tgh hari tadi....
Hujan dua tiga hari ni buat kami dini dup dap dup dap lebih lebih lagi bila baca Thailand pun dah berendam air....isssh janganlah banjir pulak..takuitttt.


Thursday, September 26, 2013

ehhhh...mak ni.

Dah masuk minggu ketiga tt ( tokton lah tu) bersama isi rumah no.7.Kalau hari hari awalnya,dia mengalami sindrom tidur tak lena,nampaknya sekarang dia bertambah selesa.Tidurnya nyenyak,makannya banyak.
Satu saja yang cikson nampak....dia rindu cucu cucu dan cicit.
Bila depa nak mai...she would always ask.
Kesian juga tengok dia....dok tertinjau tinjau jalan kot kot ada kereta anak atau cucu yang sampai.

Panggilan talipon lewat petang,buat dia ceria kembali.Cerita dan berita saling berganti
Anak yang berada di tanah suci berada ditalian.Hujan disana katanya dan mereka suami isteri sihat sihat.Alhamdullilah.

Begitu sunyi dan sepi rumah kami....mujurlah cikson dah berhenti kerja dapat menjaga dia sepanjang masa.Kalau tidak tentu dia lebih sunyi sampai cikson habis kerja.

Dah terbiasa buat kerja,dia tak betah dok melangut saja.Ada ada saja kerja yang dicarinya.Kalau mesin basuh dah habis mendobi,cepat saja dia menyidai baju diampaian.Walau ditegah tapi dia tak endah.

Seeing her frail figure,pushing and dragging the wash basket was a common daily affair.Baju mesti cepat disidai,dilipat,disimpan..alahai mak .sapa suruh buat semua tu...Itulah tt yang tak boleh duduk saja .

Mak,belilah wheelchair.Nanti kita boleh pi jalan jalan.Nak pi Langkawi pun boleh...
Issssh...buat apa ,habis duit nanti,she would say...kalau depa susah sapa nak tolong.
See...she's still thinking untuk orang lain never herself.

Well,banyak cerita cerita dia,seperti Timah Tasoh dilepaskan air ....sometimes made me wonder...
Dan perihal mertua kakak yang suka bercerita diakhir hayat dia ,buat cikson berkesimpulan:.

Bila orang tua berbicara....kita dengar saja.Tak perlu bangkang dan menafikannya.Mungkin betul atau imaginasi ...
Dan tak perlu keluar kata kata .....ehhhhh..mak ni!







Wednesday, September 25, 2013

Setahun berlalu

Pagi pagi yang dulu.....
Setahun berlalu
Jalan jalan berliku

Masih ku ingat
Merah sinar mentari dilangit


merah menyala

bagai sibiji saga

Add caption

Hari hari ini
Hanya dinding sunyi
Yang menemani

No more panorama
No more drama
hanya ibu tua
buat peneman juga teman bicara

lesson for today:
Compressing pictures should be done with care....


Monday, September 23, 2013

Ehh budak ni !

Bising tak mau...eow eow eow tak habis habis.Ehh budak ni....rungut ku
Jari telunjuk ku goyangkan depan dia....ehhh dia buat tak tahu pula.
Jentik telinga mau...gaya ku seperti mau menjentik telinganya.
Lari mencicit dia ke ruang tamu .Berdesup .Kedebummmmm....dia terlanggar kaki meja.Baru diam.

Tapi itu hanya sementara.
Dia kembali mengiau.....eow eoooowwwwww,eow.....bising dan bingit.
Aku mengaup badannya dan mengendongnya seperti ku buat pada anak anak kecilku dulu. Mengeliat dia.Liuk lentuk dalam dukungan ku.Sempat lagi dia menjilat badannya.
Nak bum? aku tanya.....macamlah dia boleh jawab... ya mama.

That's normal behaviour for squirrel.Kalau diluar dia nak masuk,habis pintu di sondolnya sambil mulutnya tak henti henti berbunyi..
Kalau didalam rumah juga mulutnya amat ramah...sometimes I like to have a conversation with him.And he will eowkan my questions...macam menjawab pula.

The other evening when we were at the GIANT ...

Ehh...jangan panjat...aku dan cikli unanimously  cried out on our way up to the first floor.Si kecil berbaju kurung was at the side of the moving treadmill(?) ....alah jalan bergerak tu..Memanjat manjat Mau tersepit kaki atau terlanggar bucu ..Bapanya didepan menoleh bila kami bersuara.Cant see the mother anywhere near...

Ehhh...budak ni...ku dengar suara bapanya.

Ditingkat atas kami puas meronda cari barang keperluan cikli.Dan semasa nak turun kebawah kami berselisih dengan satu keluarga sedang panik mencari anak kecil mereka.
Ah hengggg......  heng aaaaaa...Suara ibu berteriak.Ada cemas diwajahnya.
Anak kecil itu keluar dari celah celah rak dan lalu didepan kami.
Riuh si kaum keluarga memarahinya...Yang ku dengar auntie...auntie ...Agaknya kalau main sorok sorok antie bertudung ni bawa lari baru tau....Aku tak faham cakap mereka tapi dah boleh agak agak.Sbb aku seorang saja auntie kat situ...

Ehhh mak budak ni..... aku pula jadi sasaran buat menakutkan anak dia...