Friday, August 30, 2013

Musim periksa dah tiba

Minggu depan ye UPSR.
Sekarang ni pecutan terakhir la nampaknya bagi anak anak tahun enam semua.Dah tentu macam macam program dijalankan pihak sekolah .Berbagai nama dan berbagai aturcara tapi dengan satu nuansa...5A kita tuju.100% lulus kita mahu.

Maka terkial kial lah pihak sekolah cari jalan ,cari magik formula...

Dan ...mutakhir

Telan PIL  genius katanya pemudah cara.

Masa cikson dalam perkhidmatan pil genius dr.Azizan ke yang famous seantero benua.Tapi cikson tak pernah percaya..Kalau tak usaha,tak habis silabus,tak ulangkaji mana boleh jadi genius dengan senangnya.

Hari ni sibuk pula fasal PIL 108....hehe macam ahli kongsi gelap pula dok pakai nombor nombor ni. Kononnya anak anak akan jadi tenang dalam menghadapi peperiksaan..ye ke.Entah entah masuk dewan peperiksaan semua dah jadi robot...
pecutan terakhir...dari album

Ibu ibu ....ayah ayah.
Pengalaman cikson 40 tahun dalam education...eh mana ada orang berkhidmat selama ni.Auta sajalah mamason ni...Lebih kurang la...

Ibu bapa memainkan peranan yang tak ternilai bila anak nak ambil periksa.Antaranya....antaranya..

*Jaga keharmonian rumahtangga.Jangan masa tu nak bercerai berai,nak berperang suami isteri.Nak berebut harta pusaka.Nak bergaduh saudara mara.Anak anak yang nak ambil periksa tu jadi confuse,jadi sengsara...macam mana nak jawab periksa kalau hati jadi lara.

* Children first...tak kiralah mereka dah tua bangka...UPSR ke ,PMR ke malah periksa universiti .Letak ketepi dulu kenduri kendara,makan angin lawatan serta cuti cuti .Satu hari terkejut makcik anak ditinggal kerana keluarga keluar negeri...

* Jaga kesihatan mereka....usah dok bawa lawat orang sakit...walaupun tok menakan sendiri...lebih lagi kalau penyakit berjangkit.

* Masak makanan berzat... tak payah dok beli dijalanan..mana tahu ceritberit berpanjangan.

* Tanyalah mereka apa keperluan mereka....dari alattulis hingga pad takut nanti ada yang menitis....hee hee tak lawak tau....

*Doa banyak banyak.....itu sudah pasti.

Selamat berperiksa anak anak.....
Selamat mengawas anak anak ya emak emak...bapak bapak...

Bye....

Thursday, August 29, 2013

bila banyak yang menggoda

Tiba tiba  sesuatu menyondol nyondol lenganku.Berbulu terasa.
Mataku ku buka...
Oh ...ninasandaq rupanya...minta supaya pintu ku buka..Nak keluar ..mmg ku faham dia.

ini kembar ninasandaq yang dah lama menghilang diri ...pi kawin lari


Jam baru 5.00.Amboi tak sabarnya dia.Kalau ia pun nak jumpa pakwe  tunggulah esok pagi tak boleh ka?

Sementelah mata dah jaga....bersahur masih ada masa.Ikan bilis ada.Apalagi goreng berserai jadi agenda...
Secawan nescafe berserta air biasa...dah cukup buat bekal tenaga.

Di luar sana berdentung dentang benda benda berjatuhang
Berbagai ragam bunyi jantang jantang
Kejar kejarang
Cakar cakarang
Rebut rebutang

Sininalah sapa lagi jadi taruhang...macam cerita dalam filem....arahang Yusop Selang...

Banyak betul pilihang  ....
Ada hitang belang belang
Ada teruna misai pung baru tumbuh macam lalang
Ada yang tua perut gendut menyapu tanah....tapi paling garang 


hai...sapa yang tak tertawan lihat mata merenung tajam

eh tetiba jadi org ganukite la pule...jangan mareh ye ...melawak pagibute

Bila banyak menggoda....apa pilihan anda.... wan two som atau cabut undi senang bicara.


Wednesday, August 28, 2013

Tuesday, August 27, 2013

Tangan yang menerima..

Wajar mengucap....Syukur Alhamdullilah Ya Tuhan
Dengan 2 tangan ku terima semua pemberian
Biar hanya sepiring nasi buat dimakan
Walau harganya hanya beberapa kupang....eh adakah lagi harga barang sedemikian.

Usah dicemek pemberian orang padamu
Tanda kita tak ikhlas sudah tentu

The other day ,returning from the makan makan @ breakfast of lontong Johor, we were pleasantly surprised to be given a door gift ...a bag filled with assorted foodstuff.Ada macam macam.Dari kerepek,lontong,sambal ikan bilis,petai beberapa papan dan sebekas ikan pekasam siap digoreng.Lepaslah makan sampai tgh hari esoknya.Sedap rasa pekasam bersama nasi panas panas rupanya.Makmentua lalu kat belakang tentu tak nampak dia...

door gift hari raya...besau benau beg dia.


Returning from that makan makan di Maklom,Penang, we were given sebekas gulai bawal yang lazat buat makan malam.Simpan dalam freezer dulu sbb dah kenyang dan mata hanya nampak bantal masa sampai ke rumah.Tentu yang sedap pun jadi tidak kalau dijamah.

Esoknya ada lagi yang ditapau selepas makan makan....dari se tupperware homemade laksa yang terangkat,hingga nasi daging walau tak berdaging,air asam ,kuih dan sebalang besar air kopi yang masih panas hasil makan makan JKK setaman..di tapau oleh ajk kerana makcik tak turut serta.Kan rezeki namanya tu kan kawan kawan....
lepaslah makan malam kami

kopi sejag ni pun ada kasi free

Nasi yang berbekas jadi habuan bersahur untuk puasa hari ini.Begitu juga kopi sejag .Bila berbuka ,makcik ajak cikli ke Kuala...pekena ikan bakaq.Gerai kakbie MS 9 jadi pilihan.Makannya boleh tahan juga harganya taklah sampai ke awan...boleh buat 2nd lawatan .

lauk lauk ni kami beli dekat gerai kak bie


Makan semasa suasana remang remang senja.berdua dengan cikli haiii....terimbau kenangan semasa muda.

romantis kala senja menjelma
Alhamdullilah....


*this posting was written the night before in the onset of a storm.... and parts of the writing was unsaved...and when published it was 10 hours backward...
tergelak dan tergeram juga bila disoal ttg apa aku buat sepanjang masa dirumah....
hey...kata pun dah pencen...relaks la..apa lagi...