Friday, August 30, 2013

Musim periksa dah tiba

Minggu depan ye UPSR.
Sekarang ni pecutan terakhir la nampaknya bagi anak anak tahun enam semua.Dah tentu macam macam program dijalankan pihak sekolah .Berbagai nama dan berbagai aturcara tapi dengan satu nuansa...5A kita tuju.100% lulus kita mahu.

Maka terkial kial lah pihak sekolah cari jalan ,cari magik formula...

Dan ...mutakhir

Telan PIL  genius katanya pemudah cara.

Masa cikson dalam perkhidmatan pil genius dr.Azizan ke yang famous seantero benua.Tapi cikson tak pernah percaya..Kalau tak usaha,tak habis silabus,tak ulangkaji mana boleh jadi genius dengan senangnya.

Hari ni sibuk pula fasal PIL 108....hehe macam ahli kongsi gelap pula dok pakai nombor nombor ni. Kononnya anak anak akan jadi tenang dalam menghadapi peperiksaan..ye ke.Entah entah masuk dewan peperiksaan semua dah jadi robot...
pecutan terakhir...dari album

Ibu ibu ....ayah ayah.
Pengalaman cikson 40 tahun dalam education...eh mana ada orang berkhidmat selama ni.Auta sajalah mamason ni...Lebih kurang la...

Ibu bapa memainkan peranan yang tak ternilai bila anak nak ambil periksa.Antaranya....antaranya..

*Jaga keharmonian rumahtangga.Jangan masa tu nak bercerai berai,nak berperang suami isteri.Nak berebut harta pusaka.Nak bergaduh saudara mara.Anak anak yang nak ambil periksa tu jadi confuse,jadi sengsara...macam mana nak jawab periksa kalau hati jadi lara.

* Children first...tak kiralah mereka dah tua bangka...UPSR ke ,PMR ke malah periksa universiti .Letak ketepi dulu kenduri kendara,makan angin lawatan serta cuti cuti .Satu hari terkejut makcik anak ditinggal kerana keluarga keluar negeri...

* Jaga kesihatan mereka....usah dok bawa lawat orang sakit...walaupun tok menakan sendiri...lebih lagi kalau penyakit berjangkit.

* Masak makanan berzat... tak payah dok beli dijalanan..mana tahu ceritberit berpanjangan.

* Tanyalah mereka apa keperluan mereka....dari alattulis hingga pad takut nanti ada yang menitis....hee hee tak lawak tau....

*Doa banyak banyak.....itu sudah pasti.

Selamat berperiksa anak anak.....
Selamat mengawas anak anak ya emak emak...bapak bapak...

Bye....

2 comments:

  1. Cikgu
    Terima kaseh bg tips utk para ibubapa
    Mmg bila anak nak periksa ibubapa byk kena berkorban..
    Kami nyaris lg nak bawa anak2 pi makan angin tp anak nak trial dan periksa SPM...
    Nak nanges jugak tp nak anak tak terganggu pelajarannya...

    ReplyDelete
  2. Akak,
    Saya cukup percaya,disetiap kejayaan anak anak,ibubapa banyak main peranan..walau butahuruf sekalipun dan kurang ilmu...masih ada ruang untuk kita menyumbang tenaga kearah kejayaan mereka...
    berada di dalam sistem pendidikan,banyak cerita yang saya jumpa..ttg kisah keluarga juga kejayaan,kegagalan anak anak mereka.

    ReplyDelete