Wednesday, July 24, 2013

Chiauw with chon....pembuka selera sahur

Hujung minggu lepas ,no.7 ceria dgn kepulangan dua insan disayangi.
Seorang dari KL dan seorang dari Pahang.....pulang hanya untuk berpuasa di sini.
Kesian mereka...semalaman dalam bas ,esoknya dah nak balik bekerja.

Sempat juga berbuka dgn ikan bakar Kuala Perlis dekat Mona di Komar Laut. Untuk berempat kakaten belanja ....terbang RM 80.00.TQ dahlings for the visit and the trip.

Tak berkesempatan memasak bagi berbuka ,mama masak untuk bersahur.Juga bekalkan buat berbuka diatas bas untuk kakak dari Pahang.Dah kata pun jam 6.45 bas akan bertolak.

Nasi putih,gulai ikan,sambal tumis ikan bilis,telor dadar jadi bekalan.Tak lupa sebotol pi chi kit teck on jika berlaku kecemasan...hohoho..

Selera makan nampak kian berkurang lebih lagi waktu sahur.Kalau dihidangkan masakan waktu berbuka.nampaknya kau tengok hang aku la jadinya.Hanya makanan segar fresh from the stove saja mampu menggamit selera.
So pagi tadi at 4.45 mamason bersilat berkungfu panda siapkan menu paling ringkas.
Sayur sawi
Ikan bilis berserai.

Bolehlah telan nasi sepinggan .

So here's my recipe for ikan bilis goreng berserai.As simple as can be....


gambar ...hongkitchen.


Ikan bilis segenggam.Basuh cepat cepat dan toskan.
Serai sebatang dua... potong nipis bulat.
Asam jawa Adabi sebesar hujung jari...
Bawang putih dua biji (?) cincang
Cili sebiji...potong serong
Bawang besar... belah dua..potong pendek.

Panaskan sedikit minyak
Chiauw semua bahan....sampai garing.Siap!

Laju rupanya makan nasi pagi tadi.

Tuesday, July 16, 2013

Rezeki kambing golek bergolek

Paying RM 50++ tax and service charge satu kepala adalah agak mahal bagi  seorang aku.Dengan duit sebanyak itu boleh makan berdua bertiga.Inikan pula untuk berenam.

meja ditempah sebelum pukul satu
Issh...mahal la.Dah jadi RM 300.00 untuk kita semua.Mama masak pun boleh jimat.


Sekali sekala mama....anak anak menyangkal.

menunggu azan,kita posing dulu

penuh atas meja tak sabar gitu


So at seven that day saw the whole family at Bangi Golf Club Ramadhan Buffet.Dah ramai manusia dalam dewan yang kelabu dek asap kambing golek yang sedang bergolek.
bersusun paku orang menunggu


Tak ada meja yang kosong.Tersenyum simpul tuan punya restoran lihat sambutan menggalakan tentunya.Mujur cikolin datang pagi pagi buat advance booking.Kalau walk in harga jadi RM 75.00 satu kepala.

Memang ada juga pasang niat nak try jamah kambing sejak pergi kenduri akikah hari tu...Jadi sepinggan daging kambing golek terhidang untuk dijamah sebelum berbuka.
daging kambing boleh tahan sedapnya


Ehh kenapa macam lantai tak sama rata.....macam dok tunggang unta pun ada.So no more of it selepas sembahyang maghrib.

Lepas mengerjakan suruhanNya  kami menyambung makan semula....sehingga kenyang tak terkata.Dengan iringan alunan muzik ghazal halua telinga...
goreng udang berempah pun lazat rasanya

pemanis mulut antara sajiannya
bersama air yang macam macam rasa

tu dia gerai sate

entah apa pula juadahnya
lagu iringan menambah rancak nya.

Monday, July 15, 2013

Chiaaaauw with chon.

Untuk bersahur ,selalunya masak ringkas ringkas.
Chiauw saja .Tak perlu kukus ,grill,panggang.

Before going to sleep,makcik seboleh bolehnya siapkan bahan bahan utk masak.
bahan bahan perlu ada:
cili makngah.... cili grind,dimasak terdahulu.
bawang besar dan putih di racik
paste bawang besar dan bawang putih
segala maneka sos dalam botol....kicap,sos tiram,sos lada.etc.

Lets chiaaaw with chon....kakchon@ makcik@ makngah@mamason

Ikan bilis asam.
Panaskan minyak
Chiauw bawang putih,bawang besar,cili merah ,ikan bilis hingga garing.
Tuang sos tiram,sedikit asam paste,gula,garam.Jangan masuk air.
Balik balikkan hingga sebati......siap!

sambal tumis ikan kering/ ayam/daging.
Panaskan minyak.
Chiauw bawang putih,bawang merah.
Masukkan cili makngah,bawang paste.....goreng sampai hilang bau.
Tuang sos tiram,air asam,gula,garam.
Masukkan ayam goreng/ikan goreng.....siap!
Kalau daging tak perlu goreng dahulu...mau liat.

nenas bersalut telor
Nenas racik,telor dipukul.
Panaskan minyak
Chiauw bawang putih,bawang merah,cili merah.
Masukkan telor dan nenas,garam,sos lada......siap!

Masa pergi KL Jumaat haritu...makcik bekalkan cili makngah dan cili jeruk pada anak anak.
Sedap juga bihun goreng kakaten dimasak pukul 12.00 malam guna cili makngah.

Itulah resepi ringkas ringkas dalam chiauw with chon hari ni ya anak anak.Selamat bersahur.

Bersahur di utara,berdrama di perjalanan ,berbuka di selatan.....satu pengalaman

Pukul 10.00 pagi ciklicikson from house no.7 was seen waiting patiently for the bus at the station bus.
Eh...dah 10.15 ni,mana bus nya?
Rising from the cold stone chair cikli proceeded to the ticket counter.
And the lady in baju merah menyala dan tudung merah juga...dah macam cili merah makcik nampak bersuara memberi arahan.
Bas rosak ...naik bas ni ( referring  to the bus from another company) Sampai Alor Star kita adjust.
Masa tu dah naik darah kekepala...
Napa tak baitau awal awal.Kalau kami tak mai tanya tentu kami dah miss bas....I sounded.

Poor admin...poor business acumen..gerutu hati.

Geduk gedak bas pun berjalan....singgah Jitra...but there's no passenger.Tapi nala lah lama driver tinggalkan kami dalam bas ternanti nanti....

Setengah jam juga lah kami dok melangut kat situ before we proceeded on our journey to Alor Setar.And luckily the bus to KL was there waiting .

Yeha... to KL we go...kataku happy.

And at R&R tempat buah buah tu ,the bus stopped for refreshment....banyak ah so dan mak nya dalam tu..
It was before the bus continued on its journey,when a drama enfolded.
The other bus from another bus company had some mechanical failure of sort. So the passengers were given a lift on our bus.

Banyaknya luggage...pindah ke.... bila ku lihat seorang warga timur tengah sedang berhempas pulas mengheret,meyumbat bag bag nya yang besar kedalam tempat simpanan.At last one big enormous bag could not get in.
Beli 4 tiket.Naik 6 orang.Anak kecil lagi.Hai tok Arab ni.Ada duit tapi berkira nak mamp*s.Rungut pemandu bas yang rosak.
Barang dah la banyak.Kena naik lori ni...

At last,semua mereka terpaksa ditinggalkan dan kaum kelurga yang sedang duduk dalam bas pun disuruh turun.

Kesian juga ku lihat....dah la berpurdah bagai dengan bayi lagi.Bulan puasa pula tu.Dan yang tak enak tu bila ada kata kata
GET OUT of my bus...bila menyuruh keluarga arab itu turun dan tunggu ehsan bas belakang.

Bas berjalan terus .Aku lihat selonggok bag bag dan bagasi menggunung diatas asphalt.Kesian pun ada.

At last we reached our destination and kakaten was there at Duta to whisk us to her Kepong home.
And it was the first time I went bazaar ramadhaning in KL...

Sedap berbuka dgn lauk pauk dari gerai di Metro Prima.
Siakap tiga rasa,sup ekor,sambal belacan,sayur campur membuka selera.....