Tuesday, July 16, 2013

Rezeki kambing golek bergolek

Paying RM 50++ tax and service charge satu kepala adalah agak mahal bagi  seorang aku.Dengan duit sebanyak itu boleh makan berdua bertiga.Inikan pula untuk berenam.

meja ditempah sebelum pukul satu
Issh...mahal la.Dah jadi RM 300.00 untuk kita semua.Mama masak pun boleh jimat.


Sekali sekala mama....anak anak menyangkal.

menunggu azan,kita posing dulu

penuh atas meja tak sabar gitu


So at seven that day saw the whole family at Bangi Golf Club Ramadhan Buffet.Dah ramai manusia dalam dewan yang kelabu dek asap kambing golek yang sedang bergolek.
bersusun paku orang menunggu


Tak ada meja yang kosong.Tersenyum simpul tuan punya restoran lihat sambutan menggalakan tentunya.Mujur cikolin datang pagi pagi buat advance booking.Kalau walk in harga jadi RM 75.00 satu kepala.

Memang ada juga pasang niat nak try jamah kambing sejak pergi kenduri akikah hari tu...Jadi sepinggan daging kambing golek terhidang untuk dijamah sebelum berbuka.
daging kambing boleh tahan sedapnya


Ehh kenapa macam lantai tak sama rata.....macam dok tunggang unta pun ada.So no more of it selepas sembahyang maghrib.

Lepas mengerjakan suruhanNya  kami menyambung makan semula....sehingga kenyang tak terkata.Dengan iringan alunan muzik ghazal halua telinga...
goreng udang berempah pun lazat rasanya

pemanis mulut antara sajiannya
bersama air yang macam macam rasa

tu dia gerai sate

entah apa pula juadahnya
lagu iringan menambah rancak nya.

No comments:

Post a Comment