Tuesday, July 2, 2013

Cantikkan! Cantik letew..

Well...apa pula yang mamason nak bebel ni.....
hehe...this isnt any bebelan tapi hanya lantunan fikiran dari leretan mata yang memandang..

Akibat tangan yang masih belum sembuh sembuh,banyak kerja yang tak dapat di tunaikan..

Lihat tu....halaman rumah dah serupa tongkang yard.....
Lihat tu ...belakang rumah dah seakan kedai yang membeli barang buruk....kedai keling botoi kata orang utara.

tak lama kita serupa


I dream of a beautiful landscapped courtyard however teeny weeny it might be.Tak payahlah sampai ke tempat pejalan kaki.Dalam kawasan rumah pun dah mencukupi....Tapi semua tu kena nanti sebab cikli bawa balik barang buruk berlori lori.Depan rumah dijadikan pusat sehenti....Nak bising tak kuasa sbb boleh perang besar you seee.....

Ok....ok  walau tak sedap dimata,apa nak kata...

Tapi bila keluar berjalan keluar pun....ada benda yang buat makcik tertanya tanya
Cantik ke?

Lihat saja gambar gambar masa di PB dulu.Cantiike kalau begitu....deretan tong sampah depan kedai makan menunggu....Selera pun pasti mencanak selalu.....

cantiikan
semua ada,mmg selera
makan kat sini pula apa rasa dgn crane besar atas kepala....oh ya.

Monday, July 1, 2013

Bila hati Muflis bukan mukhlis

Muflis....semua orang takut diberi nama dan gelaran ini
Mukhlis.....bertuah orang ini.Serba serbi dihujung kaki.

Well ,I am not into dwelling about them anyhow....

Ceritanya begini...

Berlaku disatu taman perumahan di satu hari
Anak muda ambil mudah cari rezeki

Maka ternampak ia dan rakannya rim kereta yang bagai melambai
Untuk diambil,dibawa pergi lalu di juai

Maka bermulalah cerita....marah geram dan air mata.

Empunya harta naik berang,harta diambil disuruh pulang
Kalau tak nahas harta benda,badan melayang
Dengan spanner besar mereka menyerang.

Selepas harta tak dapat dipulang ,mengamuklah siempunya barang
Kereta si pengambil diketuk,di pecah, dikemek  di ganyang
Kunci kereta di baling ke dalam longkang
Di caci di ludah macam dia bukan orang....

Kerana barang yang bernilai RM 60.00 ,sebuah kereta ribuan ringgit jadi sasaran.Dan kereta itu pula adalah kepunyaan si ibu yang baru kematian suami. Kalau pun marah berapi kerana barang dicuri kenapa ambil undang undang dalam tangan sendiri.Kan balai polis boleh pergi bawa si pencuri.

Kesian makcik pada ibu yang kena menanggung rugi berkali kali....akibat perbuatan anak sendiri.

Tapi tang mana ya kaitan bila hati muflis bukan mukhlis ini.....
Fikir fikirlah sendiri.....

Notakaki: Selamat berjaya dalam kerja yang baru anak ku.Doa kami sentiasa bersama kamu.


Sunday, June 30, 2013

Isssshhhhhhhh....rahsia tau

How many time have we been in this situation
Issssssshhhhhhh...ni rahsia tau
Selang tak berapa lama,rahsia yang dirahsiakan dah tak jadi rahsia lagi.Dah jadi kenyataan awam....open secret.Dan orang yang merahsiakan itu....yakni orang yang mengamanahkan rahsia itulah yang pecah rahsia...Orang yang diamanahkan tak pun pecahkan rahsia ....

Tak kisahlah....

Been entrusted with countless rahsia yang perlu dirahsiakan...Alhamdullilah sehingga hari ini tak pula menjadi orang yang memecahkan rahsia...Biar ku simpan sampai ke mati ketat ketat dalam hati...Ni kan amanah.

Tapi ......adakala rasa macam melakukan sesuatu yang amat beban sebeban batu berbeban beban digalas.

Issshhhhhhh dah rahsia....biorle.
Hanya doa mengiringi.....semoga bahagia .Hati hati .Jaga jaga .Jangan sampai merana.

Apa ni mama..... ?
Rahsia.....