Monday, July 1, 2013

Bila hati Muflis bukan mukhlis

Muflis....semua orang takut diberi nama dan gelaran ini
Mukhlis.....bertuah orang ini.Serba serbi dihujung kaki.

Well ,I am not into dwelling about them anyhow....

Ceritanya begini...

Berlaku disatu taman perumahan di satu hari
Anak muda ambil mudah cari rezeki

Maka ternampak ia dan rakannya rim kereta yang bagai melambai
Untuk diambil,dibawa pergi lalu di juai

Maka bermulalah cerita....marah geram dan air mata.

Empunya harta naik berang,harta diambil disuruh pulang
Kalau tak nahas harta benda,badan melayang
Dengan spanner besar mereka menyerang.

Selepas harta tak dapat dipulang ,mengamuklah siempunya barang
Kereta si pengambil diketuk,di pecah, dikemek  di ganyang
Kunci kereta di baling ke dalam longkang
Di caci di ludah macam dia bukan orang....

Kerana barang yang bernilai RM 60.00 ,sebuah kereta ribuan ringgit jadi sasaran.Dan kereta itu pula adalah kepunyaan si ibu yang baru kematian suami. Kalau pun marah berapi kerana barang dicuri kenapa ambil undang undang dalam tangan sendiri.Kan balai polis boleh pergi bawa si pencuri.

Kesian makcik pada ibu yang kena menanggung rugi berkali kali....akibat perbuatan anak sendiri.

Tapi tang mana ya kaitan bila hati muflis bukan mukhlis ini.....
Fikir fikirlah sendiri.....

Notakaki: Selamat berjaya dalam kerja yang baru anak ku.Doa kami sentiasa bersama kamu.


2 comments:

  1. Erk..tragisnya cerita..cian si ibu tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. UniMeow
      Berganda kerugian wanita malang ni...anak dituduh pencuri,kereta dirosakkan...Kesian kan.

      Delete