Showing posts with label the flood of 2010. Show all posts
Showing posts with label the flood of 2010. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

Banjir terburuk memburuk di Perlis

 

Banjir di Perlis terburuk dan sedang memburuk di banyak kawasan.

As of time  in writing,makcik ,hubby and paen menjadi pelarian banjir terburuk.Kami terpaksa meninggalkan rumah dan menyerahkan kepada takdir keselamatan hartabenda yang kami sayangi.

Dan semasa kelam kabut meninggalkan rumah,kacamata pula teringgal.Jadi merabalah makcik nak siapkan posting ini dari rumah tumpangan ….my mil’s house.Tapikan rasa macam air bah ini mengikut kemana kami pergi.Sekarang rumah mertua pula dalam laluan air.Semoga cubaan ilahi ini menjadikan kami lebih tabah.Dan dapat harungi cobaan ini dengan tidak banyak keluh kesah.

Will write with more details when I got hold of my lenses.And with pictures as well.Promise.

To my dear girls,mum ,abah  and dear paen are doing all right.Dont worry.So too are your darling felines. We know you are concerned.Thanks.

Thanks to many  cyber friends who dropped me a line  and bertanya kabar.

Dan rasa terkilan juga tak dapat bertemu dan getting to know one cyber friend lately.Masa tu dah tengah banjir alert.Hope we could sometimes.Thanks anyway for the invitation.

 

Monday, November 1, 2010

Bila Mr. Banjir nak datang berkunjung

Semasa ditulis posting ini,mata di screen tetapi telinga dok dengar radio Perlis. Sehingga waktu ini 3 pusat pemindahan banjir  telah dibuka untuk penduduk utara Perlis …..mohon sangatlah peristiwa bangun malam dan air dah masuk rumah tak berulang lagi.Sehingga kini , air di parit besar dah mencecah tebing.Dan hujan diramalkan turun sehingga besok pagi.Kalaulah bertembung dengan air pasang dilaut banjir ini akan jadi lebih teruk.

Banjir oh Mr.Banj,janganlah datang…..pergi main jauh jauh ya.Ikut jalan lain untuk menuju kuala.

Sebagai persediaan,segala carpet and rugs have to removed and rolled up.Banjir lepas,habis kapet mahal dan murah jadi masam.Dan segala important papers need to be placed in a safe place.Those certs,sijilnikah,saham….apa apa sajalah.

Apa apa pun….ration makan kena beli terutama air minum.Juga lilin.Keperluan harian dan persalinan sehelai dua dimasukkan kedalam beg agar bila kena pindah taklah terkapa kapa.

Ingat sebelum kena ……bersedia sebelum berpindah.

Pantai Timur pun dah berjaga jaga .Banjir,bah,musim tengkujuh dah bermula…..Mr.Banj is making the yearly round.

Hujan yang turun ….

 

Sudah 3 hari  hujan turun tak berhenti henti.Dari pagi sampai petang sampai malam.Kalau dulu sudah tentu air sudah masuk dalam rumah.

Sebelum tu hujan sikit saja pun akan bergenanglah air dalam tv room kerana ia dibina rendah…asal garage.

Masa mula tinggal di Perlis,Jln Sekolah Derma adalah tempat yang sangat senang ditenggelami air.Hujan saja akan meranduklah  air + +++ penduduk si situ.

Cuaca di Perlis untuk orang yang baru tinggal akan  dirasa berlainan walau pun dari negeri yang bersempadan seperti Kedah.Panasnya dan sejuknya berlainan.Even lanskap pun ada kelaianan.

Kalau hujan dah tak berhenti henti tentulah akibatnya banjir or kata orang sini ,bah .Dalam ingatan saya yang bermastautin selama lebih 30 tahun disini,banjir  terbesar pada tahun 2005 (?).Pagi tu bila bangun pagi,saya ke bilik tv dalam keadaan mamun ( masih mengantuk)

Ehh , air  dah masuk rumah……kalau bilik tv dah masuk air,dapur kronik lagilah.Rumah di deret belakang semua dah terkena.Dah masuk dalam rumah keseluruhannya.

Bila hari siang,taulah kami yang seluruh Perlis dah ditenggelami banjir.Tempat yang tidak pernah banjir seumur hidup pun dah tenggelam ,inikan pula flood prone area.Dengarnya Empangan Timah Tasoh dibuka untuk mengelak keburukan lebih teruk.Dan disebelah Arau pula air dari Siam.Akhirnya seluruh Perlis digenangi air yang setengah tempat seperti kampung Bakau terpaksa ber pindah.

Dirumah dah jadi tongkang pecah.Semua barang dah diangkat ke tempat tinggi.Makcik dah berjaga jaga untuk ke pusat penempatan banjir andai keadaan lebih buruk.

Dan yang membuat makcik terjelepuk duduk adalah sekolah tempat makcik menjadi Gb juga teruk kena akibatnya. Dalam tempoh 30 tahun,inilah banjir paling besar . Makcik bergegas kesana bila dengar berita .Terduduk makcik.Makmal Komputer,Perpustakaaan,pejabat,bilik darjah semua digenangi air.Nak kesana sini pun kena bersampan dan tingkat atas dijadikan tempat penempatan mangsa banjir.

image 

http://bencanaalam.jkr.gov.my

Bila banjir surut,kerosakan sekolah membuat makcik menangis tak berlagu.Sudahlah rumah dah tak macam rumah,sekolah lagi teruk.Sekolah yang telah diperelokkan untuk lawatan diraja tempoh hari was in ruin.Rasanya makcik tak menangis tapi meraung!

Bayangkan,makmal komputer kebanggaan kami yang jadi contoh sekolah lain ,dah beralih rupa.Perpustakaan juga.Fail fail sekolah ada yang tak sempat diselamat. Actually all my hard work together with the teachers were gone with the wind.

Dan bila makcik dipelawa untuk menjadi GB di sekolah lain,makcik terima saja.

Bukan lari tapi kecewa lihat kemusnahan yang terjadi.

Makcik ada di berikan CD tentang banjir tu,tapi cari punya cari,tak juga berjumpa.Hmm,kalau dapat nanti,I would like to share the pictures here.

So for the time being,gambar google sajalah ya.

image http://t2.gstatic.com/images

 

Harap harap tu tak adalah banjir untuk masa ini dan seterusnya.