Showing posts with label Pong. Show all posts
Showing posts with label Pong. Show all posts

Tuesday, June 23, 2015

Pong writes ....Letihnya posa


Dah lima hari Pong tengok ciklicikson's schedule berbeza dari hari hari biasa.
Dengar depa kata depa kena posa.
Posa? Apa tuuu?

Mamanina kata puasa tu tak boleh makan.
Dari subuh sampai maghrib
Hooi..lamanya
Tentu letih n dahaga.

letih ooooo
Ohh gitu ka...so bila depa tak makan,tak adalah lauk waktu tgh hari.
Makan pagi kami pun waktu mereka bersahur.
Jenuh la lagu tu
Kami pun kena puasa!
Letih oooo.

Bila lapar sangat Pong merengek juga
Cikson bagi friskies saja
ni pakli punya
cikson nescafe saja
Mana ikan goreng?

kuih ni buat apa...
kami nak ikan goreng!

Sebelum berbuka Pong habiskan masa panjat sana panjat sini
Habiskan masa tidur sepanjang hari
Ayam ayam pun hairan kenapa mereka tak Pong lawati
Juga kak arnab yang dok dalam kandang sorang diri.

Letih tidur,Pong tengok tv
Saja saja habiskan masa yang berbaki
Sebelum boleh makan waktu berbuka nanti...

cerita kartun sukanya
sampai terteleng kepala
Letihnya posa!


zzzz

zzzzzzzzzzzzz

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzaaaaaaaaaaaaaaargh

 Hoooiii  bangun  ..jerit satu suara
Waktu berbuka dah tiba
Boleh makan apa saja
Tapi ikan goreng juga kesukaan hamba...



Pong

Tuesday, June 16, 2015

Pong anak dara Nina...updated

Siapa sangka si kecil yang dua kali menemui kemalangan telah jadi anak dara sekarang.Masih terbayang kekecohan yang terjadi semasa kakinya dilanggar cikli. Jenuh berubat sana sini.Havoc sekali.
Alhamdullilah....dia selamat .

hai  cak.. Love yuuuuu.
Dan dia menjadi anak dara sunti cikli yang manja sekali terutama dgn  cikson isteri cikli.Manjanya mengalah anak cikli yang bongsu sekali.Kalau sibongsu kaki dua gemar tidor berbelit rambut dijari,si pong pula minta tapak tangan utk dia membantalkan diri...haha gelihati nina .Dgn nina dia dah tak berapa nak bermanja sbb nina pun dah ada anak anak lain yg nak kena perhati...so selalu nina kata dekat dia..

Ssssh....pi la main sendiri.Mama nak jaga baby.


isssh....marah cikson nanti.
Pagi pagi lagi pong dah minta diri.Merengek dia dengan cikli walau matahari belum bangun lagi.Bila cikli buka tingkap,dia membolos diri.Sampai la ni dia tak balik lagi.Puas cikli panggil dia nak bagi makan pagi..
Pong....pong....ponga ...suara cikli memecah sunyi.
Pongggg.....pong.....balik .Ni ikan . Celah cikson dengan suara meninggi.Bingit sekali.

atas lori tua dia bersantai
sambil mata mengitai....amboi gatai
Susup sasap cikson lihat tubuh dia di kebun tokwan.
Cari jalan nak balik makan.
Tapi semua lubang tok wan dah tutupkan.Kasihan..

Haha...dia kekebun wan dan reban ayam nak cari kawan.
Hari tu cikli nampak dia dok kissing cik nab cucu tok wan.
Ada hari nampak dia tumpang nasi ayam yang tok wan taburkan.
Lepas kenyang dia merebahkan badan atas tanah intai ayam ayam tu bekejaran.
Sekali sekala si cik pun tumpang main sama seharian...


Hmmm bila besar banyaklah yang mengintai..
Si kelabu jiran sebelah pun ada juga nak cuba try
Sekali tu...bergomol dia dgn cik akibat cemburu
Hai....yang mana satulah nina nak pilih sebagai menantu..

Cik ..jiran sebelah
Atau sikelabu....

Bye....

Nina


main sembunyi2 pula dia ni

aha... pandai berdating ya

matair cik

cik yam pun cuba rezeki.
mengorat si pong satu hari...
sekor mengokok
sekor mengiau.....mana serasi!

Wednesday, May 27, 2015

Kawan baru Pong


hai kawan kawan
boleh berkenalan ?

amboi depa
dok makan apa?

kami ayam
kamu kucing
mana kamceng

kita nak kawan
bukan nak lawan

saya Pong anak Nina
Saya Bapa Ayam ,tak tau anak siapa

Eh dengar tu,cikson dok panggil
Pong Pong  tak habis habis

Pergilah balik
Esok kita jumpa lagi

Ok mamason,coming

bawah pagar Pong susup
Balik ke rumah cikson

Bye,bye,Cik Yam
Besok jumpa lagi.

Menulis e.mail buat kawan baru...
Masa mengajar dulu,nak buat pengajaran lebih menarik,bercerita adalah satucaranya...
Bila lihat gambar gambar si Pong ,tercetus cerita buat dia....

Paling tak dapat lupa masa diSK Utan Aji.
Waktu terakhir seminggu sekali ,kelas dibawa bawah pokok.Story Telling Time.Entah ada lagi atau tidak pokok besar dan rendang itu.Mula mula murid sendiri saja yg jadi pendengar.Lama2 murid tahap satu yg habis kelas pun tumpang sama dengar cerita.Dari 30 orang menjadi hampir seratus.Semua diam.Melopong dengar cikgu kelentong bercerita.
Seronok jadi pencerita bila pendengar dengar dengan kusyuk....Kalau kutip sorang seringgit tentu masyuk..hehe.

Tuesday, May 26, 2015

Ikan kekek mak iloi iloi....pong writes

Radio FM asyik dok ikan kekek mak iloi iloi
Selepas masak nasi goreng cikson continues with her reading her morning stuff.Apalagi kalau tak fb,forum and blogs..nyampah.Pong greets her Gud Morning pun dia buat tak dengar.

Hi people,
I am Pong...mamason latest heartthrob.Before, she had Squirrel and Dell close to her heart.But sadly they were cats of the past.And I dont know how and when we bonded together.

My mum is ninsandaq as she is called.As for my father,I never know which one is him.Those male cats from the neighbouring houses came courting my mum now and then.And hence I was born into cikson's household.
At birth,I had a few siblings.But one by one they perished.The last one was Teh.He was close to me and we used to roam about RBL's courtyard together.Our favourite haunt was the back of the house.Oh how I missed those care free days.
Now,my only companion is cik...alias Kecik from the house next door.Together we would visit Wan's garden or laze around wherever we want.

Running after the chickens is what I like to do.I like to tease the hens much to the consternation of that fatty burly male cockerel.Yesterday,I sneaked into their territory through the openings in the fence.The chickens were busy pecking the bits and pieces of food thrown by cikson on the other side of the enclave oblivious to my presence.
I crept steathily behind them and sprang them a big surprise.
Oh how they flew all over the yard.
Suddenly the big burly father of the chicken rushed towards me shrieking:
Kuuuuk kkuuuuuk ooooo kkukkkk.
Seeing him advancing menacingly,I fled.

Heh... sedap pula lgu ikan kekek ni ya...
I leapt on the desk despite cikson's disapproval.
Pong ,Get down!
As if I care....hehe.

Cikson relax le...bagi la chance pong mengarang pula!

Pong



Sunday, May 24, 2015

Serengeti di wilayah RBL ..3

Good morning loves buat anak anak tercinta dimana berada.
Dah bangun tidur?

Kalau cuti ni on this cool Sunday morning pula tu I doubt anak anak dah bangun.Entah2 membongkang samapi dini hari.. entah entah sampai besok hari.
Like some one said..
Dah hari hari lain bangun pagi so Ahad is the day nak enjoy tidurrrrrr.Why worry.

Rugi tau kalau tak bangun awal pagi.Sbb the early bird catches the worms.Dan terlepaslah peluang menikmati dunia seakan serengeti atau savannah di Afrika.Macam macam bunyi ada.Ini di RBL la.

Mama ni....kata pun kami tinggal diibukota.Mana nak mai segala bunyi unggas segala.Bunyi motor kenderaan adala..Berderum saja.
Oh well...semasa anakanda tinggal di SK,jiran India pagi pagi lagi dah pasang lagu kuat kuat.Kalau bergaduh pun mereka bertempik kuat kuat...so whats the point.

Back to the land of RBL...riuh rendah kedengaran.

Ciap ciap ciap bersahutan burung burung didahan
Bunyi mawas terdengar di jauhan
Tapi tak pandai pula  nak ajukkan....is it hu hu huh.
Bunyi ayam ayam jantan bukan main lagi kedengaran...Aku lah paling macho kan. Kuk ku ooooook.
Bertingkah tingkahan.
Oh well ....how does Pong sounded?
Antara kedengaran dan tidak ...suara nya tak dapat nak dijelaskan.Satu senja nasib baik mama terpandang sicik memanjang telinga.Dan dari sebelah pagar ternampak kelibat dia dalam reban ayam cik Nah jiran mama.
Pong...balik.I hollered.
Tu la dia...masuk tau keluar tak tau..cikNah said and opened the door of the shack to let her out.Hairan sunggoh,Pong suka sangat melawat rumah jiran tetangga .Nak jadi YB ya.

One day,I'll take cikli's camcorder and record the sounds of RBL...
Di seberang jalan sawah telah dibersihkan....tak lama lagi hijaulah pemandangan.

Ciklin...buah mempelam pokok Wan manis menawan kan..

Mama


Tuesday, May 19, 2015

Alahai Tampong....bermanja pada yang sudi

Hari ni nina nak cerita tentang anak manja nina nan se ekor.
Siapa lagi....si Pong yang dah jadi anak dara sunti tu.

Budak bertuah ni dah dua kali kemalangan
Dua kali terlanggar kereta cikli.
Loghat betul.Mujurlah dia tak apa apa.Kaki dia pulih sepenuhnya.Kalau tidak tentu cikson dah beri
nama lain dekat dia.Hari tu cikson panggil dia Pong the Pang...Tampung yang Tempang.Sampai hati.

Tampong sekor ni ada kegemaran nya sendiri.Reban ayam Wan Saad memang tempat kegemaran dia.Nasi ayam pun dia makan sama.Bila cikson cari dia,berlari lari dia keluar dari pagar kebun tokwan.Susup sasap dia celah celah jaring besi.
Tiap tiap pagi riuh RBL dgn suara cikson memanggil
Pong,Pong Pong...where are you.
Yang nak tergelak ada sesekor burung apa tah pun nyaring berbunyi
Ho ho ho....hoho.
Dan ayam berketuk...tok tok tok toktok.

Satu lagi... bila cikson menaip di meja,si Pong bukan main lagi suka ganggu.
Mula mula dia menggesel kaki cikson.Lepas tu dia hempaskan badan dia dilantai pula.
Bila cikson buat tak tahu,dia panjat peha.
Lepas tu atas meja dia pula.
Baringkan badan dia supaya cikson boleh belai dia.
Yang cikson pula boleh layan dia.

marah ni.....


mamason asyik dok mengadap benda ni...ketuk ketak pagi pagi


cubalah beri perhatian pada kami


Pong dah makan? Cikson tanya .
Sambil pejam mata ,Pong pun berkata
Hek. ek ek dengan  manja serta mengada
Eeeeow.

biaq kami pula buat kerja kat sini


Mengada ya ... TURUN! cikson shouted.
You know what she did next?


Atas komputer dia menempek!
Hasilnya ....nukilan cikson terdelete dan dia menaip ini instead!



awat jadi laguuu niii!


ampunkan kami mamason....

 Sekianlah dulu cerita ttg kami.Anak2 Bulus ciksoncikli.Lain kali jumpa lagi.
Bye.

Ninasandaq








Tuesday, May 12, 2015

Anak dara saya

Hai,saya nina.
Cikson aka maam saya tukar nama saya jadi ninasandaq
Katanya sbb saya suka bersandar
Maka lekatlah nama saya jadi ninasandaq sampai ke la...
Tapi bila dia panggil saya dia just holler...Nina! Sandaq entah  dah lempar ke mana.

nama saya nina...dulu saya suka bersandaq tapi la ni suka memikiaq
di mana saja saya memikir dan memikir

Saya dah banyak kali melahirkan anak.
Tapi itulah...saya pun dah lupa nama anak anak saya.
Hanya tinggal sekor saja yang bersama saya di RBL.
Si Pong tu... itulah pengarang jantung saya.
Siang malam berulit dengan saya.Ada dia ada saya.
sayang anak beranak

Tapi anak saya si Pong dah besar panjang.
Dah jadi anak dara.
Dah tak lekat rumah...eeeow ke sana eeeow ke sini.
Jangan jadi minah rempit atau minah bohsia sudahlah.

comelkan anak saya

Oh ya..lupa pula
Si Pong ni kalau nak tidoq ,suka dalam raga
Amboi..tepi sikit biaq mama rasa.
dalam raga suka bersantai

Satu lagi...kegemaran dia berkawan dgn macam2 haiwan.
Tak kira sejenis,katak,burung dan juga ayam...
Hai....ada anak dara ni bukan senang ya,
Lagi lagi comel macam anak dara saya.
.

yang tepi tu matayaq pong...ehem ehem

Wednesday, May 6, 2015

WW...mujur ada dia...bila pong tak tengok saja.

 Satu pagi di dapur mamason yang se coet ini..
Mamason....wayar tercabut tuuu

eh  ...tak sampai tangan pula
ha....macamni lah pomen dia..


Mamason......SIAP!

Tuesday, April 28, 2015

Masa yang berbaki...thru the hazel eyes of pong

Selamat Hari Lahir Mamason.
Eh..yang ke berapa tu ? tanya mamanina sandaq
Kalau diterbalikkan baru 36....muda lagi mamason berseloroh.
Tapi kan 63 ke,36 ke bezanya hanya nombor .
Hari tu mamason terkejut mendapat berita kawan,merangkap anak buah semasa di SKTTB & kawan sekerja di SKRPB meninggal dunia dalam tidurnya.Bergegas dia mengunjung jenazah .Sekujur tubuh yang kaku terbaring di perbaringanan.Baru 36 tahun .Meninggalkan dua cahayamata yang masih mengutuhkan kasih sayang seorang ibu .Tersentuh hati mamason kerana mereka pernah mama ajar.

Sehari dua ini berita breaking news ialah ttg gerakgempa di Nepal. 4,000 lebih angka korbannya mengikut berita mutakhir.Melihat pada video di tv dan internet..dahsyat sunggoh .Menyeramkan.Melihat gegaran dan avalanche yang meranapkan rumah serta mengorbankan nyawa itu kita di Malaysia harus bersyukur.

Di Indonesia pula sibuk ttg hukuman mati mereka yg terlibat dadah.Di Amerika pula angin kencang sampai keretapi pun boleh keluar landasan dan 11 kereta melayang dari jambatan....oooo.

Teringat pong...2 kali pog kena eksiden tapi syukur umur masih panjang.Kaki pong juga dah boleh masuk lumba lari.Anak anak mama ninasandaq yang lain semua mati dulu walau mereka sihat 2 dan comel.

Petang tadi mamason terima sejambak bunga....berbunga bunga hati dia.Yang lucunya dia tak mahu beritahu alamatnya kepada courier yang talipon..takut konon.Manalah tahu ada orang nak buat apa apa kan.Tu la banyak sangat tengok CSI..
Sekarang bunga tu ada dalam bilik....biar dia mewangi disitu..

wongi..


Happy bday mamason.Love you.Muaaah.

From pong 
with love.

Bila pong nonton tv...



ehhhh....tepi tepi

berita la ni..

dengaq baik baik

ish ish...kesiannya

la awat jadi lagu tuuuuuuu

sana perang sini perang
sini gaduh sana gaduh
lebih baik tidoq sambil dengaq .....siaran ni..
dil he hindustani...dil he hindustani....
oooooo sapne he


Hooi makcikson...seronok no do dengaq lagu hindustan.
Tumpang sekaki.

Sejak dua menjak ni cikson tak dak mood nak blog....
Bye.


Tuesday, April 21, 2015

Makcik berleter lagi

pong,getout of the basket will you?

see,what you have done!

my livingroom sebelum diharu biru

tumpang sekaki ya cik

hey ...turun,turun!

oooooi ,atas katil mana boleh dok main.Get down!

Dah tak ada anak 2 kaki dua tentu cikson tak berleter lagi.
Salah tu!
Dengan anak2 kaki empat pula cikson tak tutup mulut mengajar,meleteri,memarahi.Kadang kadang start dari pagi lagi.
Haha....
Buka saja pintu,menderu mereka berlari.Habis dilanggar sofa dan meja,serta kerusi.Eh..tak sakit ka?

Meminta makan kerja mereka.Kalau tak dilayan mulalah buat aksi2 manja.Si pong menghempas dirinya atas kaki kita.Guling gantang sambil kuis kuis jari kaki.Mulutnya berbunyi antara dengar dan tidak..
Nyet...nyet...nyet...
Haii...bingitlah pong.Boleh tak diam sikit.Baru saja mama bagu makan.Lapar lagi?

Perut kenyang,masa mereka tidur terbongkang....Kaki ke atas menungkat awan.Dua dua beranak bergelimpangan.
Zzzzzzzzzz,zzzzzzzzzz,krooooh.
Eh nina cuba jangan mengeroh.Kuat sunggoh bunyi dia melawan guroh.

Puas tidur masa bermain.Dua beranak saja tak seronok kata mereka.Apa kata jemput Cik main bersama.Tapi ibu dia si Luna tak payahlah ajak sama.
Maka habislah tunggang langgang segala hiasan rumah cikson.
Nina,jangan panjat tingkap!
Pong,jatuh habis bunga dalam raga!
Hey...jangan main atas katil!
Cukup! Jangan cakar sofa..jahanam sapa nak ganti?

Hmm...nakal nakal mereka ,aksi merekalah saja jadi penghibur hati.Kalau tidak sunyi sepilah dunia kami 2 laki bini..Kadang kadang macam bisu semulajadi.