Showing posts with label Education. Show all posts
Showing posts with label Education. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

educating them ….alahai …

 

Its week 5 of the school year.With holidays in between ever so often.

SKRPB …. a small school by term of enrolment is a flurry of activities this week.Being the venue for the netball inter school regional tournament .

Kudos to the school team although being second best .

On the teaching front…

Masuk kelas tahun satu aku dikejutkan dengan raungan seorang murid.

Ehhh kenapa ni?

Dia tak tahu nak jawab… sibuk yang lain menyampuk.Rupanya dia tak tahu nak buat kerja guru sebelum aku.

Aku pujuk dia .Baru nampak senyum dimuka.

Belum habis penat …..cikgu cigu Omaq bagi baju Amar basah kat tandas.

La dua budak lelaki yang minta izin keluar tandas rupanya main simbah simbah air kat toilet pula.Meraung lagi seorang.

Settlekan pula masaalah ini.

Ok Ok …kita mula belajar.Are you ready?

Aku memberi arahan untuk keluarkan buku BI.Tapi arahan macam tak didengar saja.Satu kumpulan asyik dengan cerita mereka. Yang dok keluarkan buku Maths,BM pun ada dengan soalan.Buku ni kah ticer?Buku ni kah ticer?

Yang buat derk pun ramai…..

KELUARKAN BUKU NI ! Suara cikgu sambil tangan memegang buku BI.Sedikit tinggi.

Selepas 30 orang bersedia….

Tiba tiba …..cikgu dia ambik pensel saya…..Dia cubit saya…..Dia …….Dia…..

 

Kenapa tak mau belajar ni?….cikgu menepuk dahi.

Kita tak baca doa lagi cikgu…. suara murid 7 tahun dihujung kelas.

Terkena aku hari tu.

Monday, January 23, 2012

educating them…..rentas desa







 

I wonder .Ada tak rentas desa masa makcik sekolah dulu.Rasa rasanya tak ada masa primary.Yang makcik ingat adalah hari sukan sekolah.Nak ambil bahagian tak dapatlah sebab kemereh tapi kena beratur,berkawad ikut rumah tu adalah setiap tahun kerana dipaksa.Dan satu yang tak dapat lupa adalah terhantuk tiang bendera dalam majlis ramai ramai macam tu.Berbintang didahi dan juga dihati….malu beb.

Add caption

Khamis lepas SKRPB mengadakan acara merentas desa buat semua .Dari tahun satu hingga tahun enam.Dan mamason kena jaga bahagian pencatat.Kelam kabut juga kan nak tangkap budak ramai ramai sekali.Dan akhirnya semua berjalan lancar bila sama sama berkerjasama .Yang tiada diadakan on the spot.Yang was was diambil keputusan there and then.Semoga anak anak muda dapat pengajaran dalam kerja berpasukan dan tidak cukup peralatan atau persediaan…..yang penting kerjasama..

Add caption

  

Hampir lebih separuh murid pulang dengan kenangan.Samada medal terkalung didada atau menyumbang mata pada rumah.Tetapi dalam riuh rendah terdengar suara kecewa kerana medal masuk longkang.Sekali lagi kerjasama .Medal dapat diselamatkan dan murid itu kembali ceria.

Add caption

Anyhow…. acara merentas desa tentu akan dikenang murid SKRPB .Juga cikgu pencen yang mengoyak kertas sebagai token.hehe.


Saturday, January 21, 2012

Educating them…..Tuhan,tolong tingkatkan sabarku.

 

Uarrrrrghhhh……..satu tangisan kuat kedengaran.Terpinga-pinga guru didepan.

Kenapa nangis ni?

Monyet saya hilang…..uarrrrgh.Tangisannya lagi meninggi.

Kawan kawan tolong cari mana pergi monyet dia.

Rakan rakan sekumpulan berhenti kerja mereka.Masing masing turun kelantai.

Cikgu dah dapat! Ni monyet dia.

Si dia lantas mencapai gambar dari tangan kawan.Senyum menguntum dibibirnya.Lega.


 

 

 

Add caption
Hari Jumaat . Waktu paling sibuk dalam seminggu walau hari paling pendek.Naik turun tingkat 4 seakan merentap nafas ku.Apa lagi dengan buku rengkasan yang perlu dihantar sebelum balik……hai tak sedar suara dah terlebih desibel bila anak anak murid buat tak dengar dengan arahan ….Itulah, aku paling respek guru guru tahun satu yang dapat kontrol kelas tahun satu dengan senyuman.Me …almost unlikely.


Add caption


Dah sunyi sepi sekolah SKRPB.

Hai mana drebar ni?

Thursday, January 19, 2012

Educating them ----- the a b c



 

Tahu lagu abc? Tanya cikgu.Maka semua murid dengan girang menyanyi lagu abc yang diajar sejak kindi.

Siapa tahu abc? Tanya cikgu lagi.Semua menderu laju mengangkat tangan.

Lega .Kata cikgu.

Pinggan kertas dan kad abc diedarkan. Permainan cikgu mulakan.

Tunjuk kad dekat kawan depan kamu.Kalau dia tahu kamu beri dia kad itu.Arah cikgu.

Cikgu mundar mandir meja ke meja.

Murid A menunjuk kad.Murid B menjawab.

Huruf apa tu? Murid menggeleng tak tahu.Huruf b jadi d.Huruf v jadi b.Huruf m jadi n.

Oh haru. Kepala cikgu garu.Ramai lagi rupanya murid tak tahu.

Pegang pensel pun macam pegang batang kayu.

Teringat dia kisah anak anak masa mereka kecil dulu.

Ada boleh baca laju.Tapi ada yang terkedu.

Abah ajar abc sampai mata naik layu

Memang lucu ingat masa itu.

 

Tapi kenapa ibubapa tak jadi macam  dulu…..pelajaran anak jadi nombor satu

Dari duduk duduk dekat kedai disimpang itu

Anak belajar hanya serah pada cikgu?

Dia lihat kiri kanan jalan menuju rumah malam itu

Kedai kopi masih penuh walau jam telah pukul satu.

 

Tahun lain dia tuju

Mana homework yang cikgu beri hari itu

Anak murid buat muka puyu

Saya tak tahu….saya lupa buku.

Aduh anak anak didikku

Macam mana nak jadi negara maju

Kalau pelajaran kita ambil mudah begitu.

Banguuuun. Baca buka !

Rindu cikgu pada zaman dulu

Bila cikgu piat anak,ibu bapa kata jangan buta patah bisu

Yang lain buatlah apa cikgu mahu

Supaya anak kami maju….

 

Tapi sekarang ……huhuhu……

Itulah senario sekolah sekolah zaman maju tanah airku.

Tuesday, January 17, 2012

Educating them…..minggu 3

 

Hmmm dah minggu ketiga rupanya persekolahan tahun 2012 ini.

Perasaan malas menguasai jiwa raga ini untuk mengadap laptop .Letih longlai menghadapi kerenah anak anak 7-9 tahun bagai mengaburkan minda untuk berkarya.Apa lagi dengan aktiviti hujung minggu yang perlu dipenuhi.

Memasuki tahun dua hari itu,selepas rehat aku mengandaikan semua murid sudah ke tandas.Rupanya mereka asyik bermain dan terlepas peluang nak ke situ.

Sedang leka mengajar dihadapan,tiba tiba murid dibelakang bersuara …..teacher, …..dah kencing.

Hari ni juga seorang murid tahun satu membasahkan seluarnya.Adoi…..

Tugas guru tahap satu bukan saja mengajar 840 minit matapelajaran yang memerlukan bercakap tak berhenti,tetapi dah jadi tukang jaga seluar dan kain murid.Hmmm kalaula diberi pembantu guru …..

Tapi lain pula dengan tahun tiga.Nun jauh ditingkat 4 perlu menapak setiap kali hendak ke kelas.Tercungap mengah seperti dikejar beruang  dan 5 minit perlu diambil untuk bernafas semula.

Beriringan topik yang diajar,aku mengusulkan murid melukis rumah mereka sendiri.Dan dari papan notis kosong menjelmalah sebuah karya hasil tangan semua murid tanpa kira pandai cerdik.Dan guru hanya sediakan jalan sebagai asas.


Add caption
 

Lepas ni kita teruskan dengan zoo,suasana dalam laut,hutan dan kalau boleh hingga ke planet zurah.Senangkan.Cikgu hanya perlu staples dan ubatnya.Prapp prapp and prapp siap satu notisboard.And mind you the scenes keep changing everyday.So does the story line.

 

*

Friday, January 6, 2012

Perjuangan diteruskan…….minggu 1.

 

Dah selamat minggu pertama sesi persekolahan 2012. Mungkin tahun in penamat usaha aku dalam pendidikan.Cukuplah sudah rasanya…..

Minggu pertama hanya 3 hari saja.Tapi sebagai permulaan,harus diberi salutation….tahniah.Tahniah kerana dapat mengajar murid tahun satu…..yang mencabar kesabaran .Tahniah juga kerana masih gagah untuk memanjat anak tangga ke tingkat 4.

SKRPB tidak mempunyai enrolmen yang besar.Muridnya hanya 168  dengan tenaga guru  >18 orang.Dan antara ibubapa yang berurusan pada hari pertama,aku terkaget dengan ibu seorang murid..Harap aku tidak bermasaalah dalam mengajar anaknya.Kadang kadang anak ok,boleh menyesuaikan diri….tapi ibubapa……

Masih terkial kial mencari trick and treats untuk anak anak tahun satu yang belum faham apa itu peraturan sekolah.Peraturan kelas belum dapat dijalankan.Tercengang sekejap bila seoramg meminta ketandas,semua meluru hendak sama.Tak dilayan takut terbasah kelas.Lagi teruk kalau ada yang terlepas keluar.

Semoga diminggu mingu hadapan ,perjalanan kelas  bertambah lancar…..

Friday, November 11, 2011

What’s new ,education? …. sap,pkbs,dan entah apa apa lagi

 

Kalau KSSR,bersangkutan p&p ( pengajaran dan pembelajaran) menjadi wadah baru kurikulum,sistem melapor markah juga diangkat setangga lagi.

Tengah terkial kial dengan KSSR,sekitar April sistem pelaporan baru secara maya di perkenalkan.Masa 2,3 tahun dulu memang ada juga dipraktikkan,tetapi mulai tahun ini semua nya on-line sepenuhnya.

Add caption


Maka berhempas pulaslah guru guru belajar sistem baru.I’m ok.No hal to change if its for the better.Walaupun mamasonlah makhluk paling senior di sekolah tapi bolehlah berbangga dengan pencapaian setakat ini.Ewah …. angkat bakul sendiri nampak.

Tapikan ….. satu yang nak di ngomelkan.

Biarlah sistem yang nak diguna itu well established,tested and approved by SIRIM.ehe.

 

Tidaklah jadi amukan guru yang setelah bersusah payah bersengkang mata,nanti datang pula idea idea baru nak diubah itu ini dalam masa yang singkat.Ingat cikgu dok key in data sajakah? Kemana nak dihantar P&P .

Dan tidaklah kerja guru bertindan tindan.Satu data kena berborang borang nak dikey in.Tak bolehkah di capai oleh semua sekali harung.

Yang tambah haru bila seorang saja lengai,terbengakalai kerja seluruh sekolah……tension habis .Akhir tahun,bertimbun kerja nak dibereskan.So got to turn down cikli’s suggestion of going anywhere this weekend.

Cuti hanya minggu depan.Cuti ni kita jalan puas puas.Kita cuti cukup cukup.Betultak?

Lagi satu….ah tak perlulah disambung lagi.Banyak songeh pula mamason ni.Noktah.

 

Notes to parents:Just to share.

 

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online :Setakat ini kurang pasti samaada boleh akses seluruhnya atau belum.Katanya yr6 dan form 1-5 saja.

1. Pergi ke laman web SAPS - http://saps.moe.gov.my. Kemudian, click di bahagian Semakan Ibu Bapa

2. Masukkan No. Sijil Lahir / No. K/P Pelajar (TANPA "-" atau "SPACE") dan pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Kemudian, click perkataan Semak.

Selamat mencuba.Semoga semua perubahan ini membawa kemajuan kepada kita semua.

Thursday, November 10, 2011

What’s new ,education?





Add caption

 

Ibu ibu bapa bapa

Banyak tau itu perkara baru dalam sistem pendidikan kita

Dulu pelajaran ,kini pendidikan

Jangan pening,itu perubahan

 

Dua tahun terpisah dari dunianya

Ku masuk semula dengan wajah terpinga pinga

Apa itu linus,apa itu kssr,apa itu mbmmbi

Tapi yang ku tahu ppsmi dah jadi lengai.


Add caption

 

Ibu ibu bapa bapa atok dan  nenek

Janganlah dok terasa pelek

Bila anak anak dok balik mengeja

a dah bukan a tapi dah jadi ah

B bukan b tapi beh.

c bukan c tapi kah.

Itulah yang cikgu cikgi dok ajar kat sekolah

jadi bila anak mengeja keh ah teh,

itu cat .

bukan kat atau cat dinding tapi binatang berkaki empat.

Add caption
  

Penilaian itu peperiksaan

Murid dinilai bukan diperiksa

Buka internet cari lah pentaksiran

dapatlah tahu apa kemajuan anak kita. ( entah kurang pasti capaian utk ibubapa dah boleh diakses atau belum.)

 

Tahun mendatang,bila bertukar menteri pelajaran

Tentu banyak lagi timbul macam macam perubahan

Sampai kadang kadang tak tercapai dek tangan.

Dek nak kejar perubahan zaman.

Friday, October 28, 2011

jalan jalan pergi kerja


 

Hari hari kerja ,cikli menghantar mengambil mamason dari sekolah.Lebih kurang 30km lebih to and fro.Jadi dalam 60 km sehari hantar dan ambil.Kalau ada aktiviti petang mau jadi 120 km sehari.Kesian dia.

Selalunya seawal 7.00 kami dah bertolak dari rumah.Menyelusuri jalan jalan paling pendek untuk ke sana.Dan dalam keadaan begini kami berbual tentang perkara perkara kejadian semasa yang ringan ringan saja. No discussion on heavy topic takut spoil mood nak kerja.Sambil berbual dapat juga mata menjamu selera….kehijaun alam semesta dan juga ragam manusia.

jalan ke sekolah pagi pagi


Dan pagi tadi…..

Zuppp,dia memotong kereta kami.Sebuah kereta tiba tiba dah ada didepan.Tak sampai bermeter  dia membelok masuk ke jalan rumahnya.Cikli bunyikan hon dan mamason memandang keluar.Nak tahulah siapa driver tu.Ehh ehh…dia pula yang dok jeling kita.

ni kereta yang tak sabar tu..


Si penunggang motosikal di kiri jalan.Tiba tiba dia nak kekanan. Dengan tangan bergawang dia buat arahan.Cewah….aksi seorang jagoan.

Sampai disekolah,eh eh kalau nak bersembang kenapa ditengah jalan.Buat terlanggar baru nak tahu.Ini kerenah anak anak yang perlu diberitahu selalu.Malang memang la tak berbau.Tapi hari ini bukan saja murid,keluarga murid pun dok sama buat begitu.Bila makcik lihat dia orang buat tak tahu.

 

Apa apa pun tinggal beberapa hari saja jalan ini akan di selusuri.Cuti sekolah nanti ,mamason tak perlu pergi lagi.

 

Encik driver potong orang tak menyempat,

Encik penunggang,potong jalan tak ketahuan

Encik encik gebang sembang sampai tak bertempat…..

Buat lah apa kamu suka,makcik dah tak layan

*

sungai di sebelah kakannya
yang kadangkala penuh kereta

 

Tapi dalam kawasan sekolah memang makcik kepoh menegur sikap murid

Depa bukan cukup matang nak  tahu apa itu marabahaya.

Tak kisah makcik apa pun orang nak kata

Makcik kekwat ke,makcik kepoh ke

Bukankah itu tugas kita semua?


dah sampai sekolah kita..

Friday, June 17, 2011

Puterakatak

 

Hari tu aku nampak dia terloncat loncat di sebalik timbunan kertas,kotak dan beg plastik. Aku teruskan kerja.

Hari ini bila aku melangkah masuk saja ada macam satu bau yang kurang enak .

Ehhh ada bang…..Aku mengomel . Sambil tangan menekup mulut.

Aku terpaksa biarkan dahulu kerana ada kelas tahun satu  dan tiga.

Selepas 4 waktu pengajaran,aku pulang ke meja untuk melepas lelah.

Bau yang kuat menerpa dari arah lantai mejaku. Ku keluarkan beg beg plastik yang tersusun .Hmmm betullah tekaan ku.

Kesian .Bang …… katak ku temui terpenyet dibawah beg alatan mengajar.

Entah entah putera katak.Tak sempat buat menantu.Aku berseloroh.

Sepantas kilat aku keluarkan bangkai katak yang dah leper dengan penyapu.Bau busuk menerpa hidung walau bangkainya sudah di buang.

Kakitangan syarikat cuci ku cari hingga hujung sekolah untuk membersih dan mewangikan balik ruang kerja ku.

Tapi rasa geli geleman itu mengikut ku hingga pulang ke rumah.Dan kenduri pulut kuning terpaksa aku lepaskan.Tak lalu tekak nak telan rasanya.

…….. itulah situasi biasa yang dapat kita lihat dalam bilik guru –guru kebanyakan sekolah rendah..Dengan meja disusun back to back . Macam pasar siti Khatijah pun ada.Walau grade DG 41 atau guru kontrak,disitulah mereka .Dengan buku kerja murid,buku rujukan dan segala adik beradik alatan.

……Baru teringat meja dan kerusi empuk GB dalam bilik air con…hehe.Tapi masa itu telah berlalu.

Tuesday, June 14, 2011

Chicken licken

 

When I was in primary, a story read and still etched in my memory was Chicken Licken. I could not be wrong if the story was about a hen who taught the sky was falling down because an oak had fallen on her head.She scuttled and sounded the alarm ….. alas I’ve forgotten how the story ended.

Story telling apart…

Its been day two of the new school semester.After a 14 days break ,had quite a rough time garnering my strength and the attention of the mischievous 7-9 years brats.Ooops pupils.

Noticed that all the boys in year 2 spending their money on art paper which would then be turned into paper planes.The whole bunch would fire the missiles into their opponents  side.I dont know if I was being chicken licken in foreseeing an eye being blinded by that inoffensive looking paper darts.Being a disciplinarian ,I confiscated the papers and warned the pupils of the possibilities.But no sooner I turned my back,there goes another plane.

Adoi, murid sekarang…

Tomorrow the inspectorates will be coming down to school.Biasalah.

But the aftermath of what conjured  today had the chicken licken in me foretelling:

Langit nak runtuh!

Friday, May 6, 2011

English carnival 2011….TTulang.

 

It was slotted for 27th April.Then we received an SMs noting the change in the date. 5 was the number  registered in the head. 5 for the month or was it for the date…?

And …..It was a day when I could not get my sleep the night before.I woke with a head spinning around faster than the spinning wheel.Furthermore,the toil of the three days journey was making a mark.To top it up,I took the task to complete the costumes for the boys.Making appliqués of lollipops and mr.sun on the t-shirts till the clock struck twelve.

It was a shock to me when the moment I arrived at the teacher’s room,I got the news that the actual competition would be that very afternoon!

Hooo hooo, tons of work to be completed.Dress rehearsal,parents to be informed of the change in the time ,food to be catered,transport  etc etc etc etc.

Lucky me.Being in a school where co operation is high….everything fell into place smoothly.Thanks to Yani,Zura,Ita,Faizah,Zaid and  ustaz Sirhan and ust.Zaki of the school.I was indeed indebted to them for their support.Without them I doubt we even have a team.

Though we didnt get any number,the children did quite well.Rasanya inilah pasukan sekolah yang terdiri dari murid tahun 1,2 dan 3 dan juga murid pemulihan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         uniy …tahun 1

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         mr.lollipop takut senyum

 OLYMPUS DIGITAL CAMERA         mr.sun

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         winning team

By the way,our mr gingerbread man did come out third in the story telling .

For the children …hope their love for English would grow and their experience on the stage be confidence booster .Bukan macam teacher mereka dahulu yang gigil kepala lutut bila kena panjat tangga pentas.! hehe.

So sorry….gambar atas stage pula blurrrrrrrr saja yang dapat.

Sunday, April 24, 2011

BMI + gemuk =gendut

 

Satu lagi perkara yang cikgu cikgi kena lapur beside all those laporans……BMI. Yang kena dicatat didalam buku rekod murid.Tujuan  untuk memberitahu kepada ibu bapa samada anak mereka gemuk atau tidak. Tujuan baik .Kata saya.

googled picture.

Nanti cikgu cikgu kelas bukan saja kena timbang berat,ukur tinggi tapi ukur perut pula.

So bermula with immediate effect no more makanan O dijual didalam luar dan dalam sekolah.Nasi lemak mesti kurang lemak..kononnya

Through my observations ,the number of students having and heaving extra fats are usually found in schools around town.Where students are not opened to vigorous activities .Where games played ,are played by those remote controls.Mana tak berkumpul segala lemak lemak tepu di badan.Where McD,KFC are just around the corner.

In village schools,ada yang berlebihan lemak tetapi kurang rakyatnya.Didnt have the accurate number of these students tapi adalah year one yang boleh pass as a year 6.

Tapi yang nampak obvious adalah cikgu cikgu yang terlebih makan.Mamason included.Awat tak lagu tu…..sekurang kurangnya 2 kali makan setiap hari.And kaklimah makcik kantin memang tukang masak yang handal.Sekarang ni dah tak tersarung lagi baju kurung lama…..errrrrr…..

Saturday, April 23, 2011

to the left,to the left


After packing the curry puffs ,off to the school I went.On a Saturday!

The mission ….. to train the 15 odd students from yr 1-3 for the action song. The day before,potential students were selected by way of elimination round ala AF.

When mamason arrived at the school before the stipulated time,the school ground was alive with eager children .Most of  them had already memorised the lyrics but none had been taught the dance steps.

Tr Mariani,Faezah,Wawa,Zaid were already in school to help out.How indebted I was to them.Ust Sirhan joined later to give a helping hand. I was amazed at the speed the 7,8,9 yrs old grasped the beat,rhythm and steps very quickly.


Add caption

But ada juga yang terover goyang dan terlebih .

Anyway,I was a satisfied soul before we wrapped for the day.But the day of the competition is postponed until 5/5.As  such we have more days to practice.

So for the next few days ,the school would see we teachers teaching the kids to the left to the left.To the right ,to the right.

The songs sunshine,lollipop and wheels on the bus ringing throughout the school.

 

You are my shunshine ………..You are my shunshine

And another student from another kind was also too eager to join singing “you are my purrrr eow”.

 another aspiring student.

Add caption

 

Came home around 1 happy and full.Makcik kantin gave us free makan.Yummmm. Sedap. Lemak nangka + sayur keladi and kembong cicah sambal….phew. Menjilat jari!

Hari Anugerah in pictures

 

Inilah gambar gambar hari anugerah captured through the lens of ust.sirhan.As mamason has left that dear Mr.O at home,she has to be grateful for the pictures.

Sedar tak yang tulisan mamason banyak berkisar di sekitar sekolah.Well ,I have another 6+ months before my tenure as a teacher expired come this November.And I have no intention to continue. So while I am here ,I would not let the memory just pass by. The writings and pictures would be my records of what I went through during this short stint.

So let the pictures do the talking.

Add caption

the nasyid group performing the opening act

Add caption

Mr.headmaster giving his last Hari Kecemerlangan Speech

 

Add caption

 

refreshment served

Add caption

  

qariah muda

Add caption

 

the helpers happy for the job accomplished

 

Add caption
mesyuarat PIBG

Add caption


Thats all folks..











Friday, April 22, 2011

A picture tells a thousand words

 

In any organisation,there would be many activities to be organised throughout the calendar year.

And in school,PIBG meeting is one that should be looked into before April.So is prize giving day

Dan berserta PIBG meet adalah penyampaian hadiah utk kecemerlangan tahun 2010.Its late but never never.

So yesterday,SKRPB was a flurry of activities with boria,nasyid ,speeches ,tokoh this and that and that never to be missed ….makan makan.

Mamason was put in charge of the matter of the stomach .So early in the morning we had the breakfast packet distributed.Feel like feeding a hungry bunch of baby birds.These girls and boys could have skipped breakfast in their eagerness to come to school for the event. And the curry puff and doughnut were well received.Menteri kesihatan tentu berkerut dahi as the menu is not that befitting the list suggested.Anyway,the mineral water is not sweet.

Later,the lucky draw … hmm no luck.

We ended the day with laksa and nasi bergulai udang rebung.With ulaman and sambal belacan.Yummm.

A picture tells a thousand words.Alas mamason’s loyal Olympus was lying in the drawer as such none could be snapped.

Next in line is the English Competition.Hope mr olympus would not be left in the comfort of the drawer again.For this might be the last English Competition mamason is training her kids.Cos she might be too old for all these. Singing,dancing out of tune. hehe.

Tuesday, April 19, 2011

Be my sunshine,anyone?



After much frowning,frustrating,worrying and surfing,at last I made the choice.Never felt a task so big as this.

To train 8-9 yrs old pupils singing and dancing to music.

Finally ,I stopped at these 3 : wheels on the bus

                                               You are my sunshine

                                                Lollipop

Having nay a skill in music and dancing I nearly came to the point of not sending a team to that English Day Competition ,District level which is to be held next week.

But not sending a team would be frowned upon and the school labelled as so and so.You know.

To make matter worse,the school is having this prize giving day/PIBG meet this 21st. So most teachers energy would be channeled to this .Worst still,able bodied teachers were bundled off to one course or another.In fact nearly half of the staff were away this week.

Add caption

Oh yes,its the students’ eagerness that fuelled me. Those innocent faces digesting the lyrics which is quite a task for them.Dan seorang dari mereka adalah that machine padi boy.Puas tadi dia menunjukkan skill bershuffle dengan lagu sunshine……boleh ke nak guna…takut against the rules.

A year one girl gave me the dance steps and an ustaz provided ideas for the costumes and actions.Another helped to get the music done.

Hope by tomorrow the pupils could memorise the songs and by next week all creases ironed out.

And SKRPB could present a decent team to the competition.Mungkin hasil kerastangan mamason yang terakhir dalam perguruan.

Issssh.Kalaulah mamason tice Shida ,tentu tak loghat.Begheh semua.Petik jari semua jadi.hehe.

Sunday, April 10, 2011

PROKHIB SKRPB

 

Quite a lengthy abbrev. I might say.PROKHIB is Program Khidmat Bimbingan and SKRPB stands for the school name.

This week 8910 of Apr 11 ,students of Yr 56 were involved in a motivational prog where they camped in the school.And all these were the brainchild of one of the ustaz.

Found that the pupils as well as moderators enjoyed their stint.And we teachers too enjoyed the task of making the prog a success.Not only planning but implementing them as well.As the revenue is short,we took upon our shoulders to meet the challenges .So not only we contributed monetarily but manually as well.

Last night we had a swell time BBQing in the school.







What’s up SKRPB

 

Been a busy week in SKRPB. The exams papers needed correcting.The marks needed to be tabulated.After that the regime of entering data in the computer as well .Not sure whether the record books need to be written manually or the marks sheets generated.

Rather a piece of shocking news.One of the teachers ,got transferred out.I dont know what the perancangan of the JPN is to do this at this time of the year.When the school routine,schedule,plans would be disrupted.Timetable would be revoked.Tasks had to be juggled.Well, its giving teachers in the schools concerned a jitter.And mamason included.

Teaching in a small school,school’s activities would practically involve everybody. Whereas in larger schools ,tasks would be shared among a bigger staff.No sooner the games and sorts  ended,teachers found themselves busy with other tasks.This week is this activity:

 

Add caption


Coming round the corner is the English week which directly involved mamason.

Sigh. Need to find the song ASAP.Been going through the net for ideas.And the stories too.Got to train the students ASAP. Next week is the prize giving day.Got to settle about the food ASAP.For 200 pax.

Wow .Quite a lot to digest in a short time.

So bukan senang jadi cikgu tau.Silap silap boleh sasau.

Thursday, March 17, 2011

You make my day

 

Add caption


Setiap kali diberi tugasan,ada saja alasan.Buku hilang.Buku tak bawa.Atau dia buat kerja yang dia suka sahaja.Hinggalah hari itu mamason dah tidak boleh bersabar lagi.

Nah ,ambil RM1.00 ni pergi beli buku.Tapi buku ni tak boleh koyak koyak.Tak boleh hilang.Tak boleh lukis mesin padi. Tau?

Dia mengganguk.

Mamason biarkan dia membuat kerja cara dia sendiri.

Terpegun mamason.Inilah hasil kerja yang dibuatnya walau pun selama ini nak sudah satu baris ayat pun dia keberatan.Terus mamason tunjuk kerja dia pada kawan kawan dan suruh mereka give a round of claps for him.Tersengih dia kesukaan.

Besok,dia orang pertama ke meja guru untuk menanya homework ada atau tidak.

Pasukan bola baling sekolah dinobatkan johan kawasan pendidikan dan akan mewakili kawasan ke peringkat negeri.Satu kejayaan bagi sekolah yang hampir hampir SKM.Tahniah.

Add caption

Sebenarnya,bukan saja pencapaian 5A yang membungakan hati seorang guru.Tetapi juga bila dapat mengambil perhatian seorang murid yang dicap nakal,malas,lembab menyukai pelajaran kita.Itu sebenarnya kejayaan.Lebih lebih lagi kalau murid itu seorang anak kampung.Yang daif.

Teringat seorang murid yang mamason ajar di Utan Aji.Juga di Seri Indera.