Semalam yakni petang maghrib kelmarin, hujan turun agak lebat.
Terhibur dengar bunyi hujan jatuh ke bumbung sblm ke bumi.
Anak2 mummy mencicip lari. Selanatkan diri. Mana lagi kalau bukan di bawah iriz kusamku.
Tanpa berlengah, android phone ku hala ke luar pintu.
Merekod situasi begitu.
Begini lah situasi yg dihadapi
Lebat juga semalam. |
Mengikuti berita, rupanya ribut di ibu kota lebih lagi. Pokok tumbang, siling melayang,malah dinding pun terbang.
Serius...bohonglah kalau hati tak risau.
Anak2 cucu di sana. Waktu begitu,ada yg sedang memandu pulang.
Semoga mereka dalam selamat adanya. Dijauhi segala bencana.
Pagi tadi semasa cikli keluar rumah, guruh terdengar dari jauh.
Jalan kelam awal pagi buat si isteri susah hati.
Semoga cikli dan seisi negeri selamat menuju destinasi.
No comments:
Post a Comment