Tuesday, November 15, 2022

Lega...ke tak lega

 Apa yang antara yang melegakan hati kalau bukan kehadiran dia.

Walau bukan datang bertandang, tapi dibayar gaji

Tentulah pemotong rumput ini.


Terimakasih wak

Lega juga bila lihat jalan yang didepan rumah di beri tar semula

Ada pula garisan putih tak boleh memotong buat bas,lori dan kereta.

Mujur ada pilihanraya

Baru ada peruntukan untuk semuanya.


Yey
Jalan baruuuu

Lima tahun sekali,dapatlah rasa begini


Lima tahun sekali, bendera bendera pun menghiasi

Di jalan depan rumah kami

Setakat ini hanya ada dacing saja yang berkibar berlatar biru

Tak nampak walau satu pun yang warna lain...merah,hijau atau unggu

Warna biru.
Mana yang merah,hijau ,kelabu
Kalau ada semua
Baru meriah ya


Dari berita yang didengar dan dibaca

Haru biru juga ya negeri ku yang satu

Ada yang merajuk,terus ubah hala tuju

Keluar umno yang dia sendiri teraju.

Apa apa pun 19hb ni barulah dapat ditentu

Sapa yang dapat....harapan, barisan atau perikatan. Kita lihat dan tunggu!


Ntahlah labu

Cikson pun ragu ragu

Mana satu jadi pilihan hati 

Kerana silap pilih, habis satu generasi



No comments:

Post a Comment