Suram pagi ini. Hujan ku ramal akan turun sat lagi.
Ehhh .... semalam sebelumnya ada matahari. Panas sampai petang hari. Namun semasa senja ,jingga warna langit menyerkup bumi. Ngeri. Firasat ku , akan berlaku cuaca buruk sehari dua lagi.
Pagi ni... langit kelabu dari pagi hari. Nun di ibu negara,khabarnya hujan lebat sekali. Sejak pukul 4 pagi. Pastinya kemungkinan banjir besar sekali.
Aduh... teringat anak2, cucu2, menantu menantu .
Eh,bila nak pi beli tiket...cikli bertanya.
Aduh,dengan cuaca begini, kemungkinan hujan lebat disana merungsingkan kepala.
Majlis 29 hb nanti bagaimana?
Kena berperahukah kita untuk mengikutinya......
Suram rasa pagi ni terasa.
Bila membuka cerita berita disosial media.
Macam macam ada.
Terutama tentang propaganda politik yang memening kepala.
Semalam, tamat sudah siri drama
Cerita Adam dan Nuha
Haha.... walau umur makcikson dah senja, namun sekali sekala kena hiburkan juga
Nak pi berjalan dah out of question pula
Maka sekali sekala melangut juga lah depan kotak bodoh @ tv tonton drama atau gegar vaganza.
Aku tanpa Cinta
Ada banyak terselit pengajarannya
Tentang narkisis seorang suami..... curang, pengikis, derhaka seorang bernama Adam.
Tentang salah seorang mertua/ibu... batu api, salah pimpin anak, penyemai benci.
Tentang naif seorang isteri... si Nuha yg sikit sikit minta maaf sampai senang dibuli sampai lunyai.
Tentang sabar sangat si ibu bapa.... biar anak kena buli menantu.
Tentang padah jadi pelakur.... duit habis, kena dera . Padan muka si Lydia.
Tentang kasih sayang seorang kakak...eh namanya sama dgn anak.
Puas hati tgk kesudahan.
Tak perlu lagi tunggu tv jam sepuloh malam......
Thats all folks. Hope the sun will shine.
Janganlah banjir. Bye.
No comments:
Post a Comment