Friday, January 7, 2022

Dalam suka terselit duka.....memori Langkawi 2

 Percutian itu memang dinantikan.

Berbulan dalam perancangan.  Ribu ringgit telah dibelanjakan. Bilik hotel dah dibuat tempahan. Tiket flight dibelikan,cuti dah diluluskan.

Jadi bagaimana? Terus ,batal , jadi pertimbangan.

The date was 19 December 2021. The place was Meritius Langkawi Beach Resort or Pelangi. 3 days 2 nights for 8 pax. 2 children as well too. 

                                                                   Pelangi,here we come

Feri ke Langkawi jam 1 .30 petang. Bekalan yang diminta telah cikson masakkan....ayuhhh kita teruskan walau hati penuh kegusaran.

Sana sini di Wilayah dan Selangor banjir melanda. Pahang juga dalam bahaya. Ramalan cuaca pun buat hati gundah dan gulana.

Selepas melalui tapisan demi tapisan keselamatan, Langkawi here we were......

Perut yang lapar , badan yang letih terubat bila menjamu selera as in makan tengah hari jam hampir lima. Dua jam juga menunggu untuk registration dan check in.

Mmmmm....lapaaaq

makan pula bersuasana ini....
gambar pinjam....

Bilik pool terrace... semuanya 3 buah. Mujur dapat tingkat bawah. Kalau naik tangga , tentu mengah.

Lepas makan, masa berendam. Semua kecuali cikson termasuk cucu2 dan tokwan. Gembira sungguh mereka berenang dan bermain bola . Riuh rendah kedengaran dipool sana. Was so happy to see every one happy. Termasuk jiran yang tak dikenali.

Malam tu, kami ke Telaga restaurant. Sambut Bday cikli . Balik ke hotel semua tidoq sampai pagi kerana besok nak menjelajah Kilim Geo Park pula nanti.

Happpppy bday cikli

yang ke berapa cikli?

Berkali kali ke Langkawi, inilah pertama kali cikson naik bot. Ya... cikson memang penakut. Namun bila semua teruja nak pergi, hati takut jadi berani. Kaki yang lemah,gagah melangkah pergi.


ada pun terselit .......

restoran siakap harga ribu ribu...


It was a thrilling experience. Pemandu bot seorang wanita. Ayu namanya. Namun bawa bot dia sunggoh bergaya. Kecut perut bila bot disengetnya.

Malam, ciklin dapat perkhabaran. Rumah di Pahang telah dimasukki air. Tak pernah berlaku, perumahan dia jadi begitu. Kesian mereka tak tenteram memikirkan . 

Besoknya. jam 3 kami naiki feri balik negeri. Ciklin dan suami naik flight. Terkandas di KL kerana jalan terputus. Hanya dua hari kemudian mereka balik Kuantan melalui Kuala Pilah dan Muazzam. Kecut perut cikson memikirkan ciklin kena pandu sendirian. Allahuakbar. Perjalanan 2 jam setengah jadi ber jam . Melalui kampung dan hutan. 

Kami sampai rumah RBL dengan selamat. Besoknya cikson kena shoot booster. Ni pun ada cerita luka.

Tkasih anak anak yang merialisasikan percutian ini. Cikten ,memang boleh jadi organiser. Cekap,pantas . Tak sia sia leadership yang sekolah semai dulu. Walau anak bongsu...

Cikna, ciklin, abang wen, Safuan ,Majdi ,Fateh dan Fahim dan juga cikli....thank you for the wonderful holiday. 

I LOVE my family. 

Memori Langkawi pasti terpahat dihati mommy.

Bye.... itulah cerita kami. Bercuti bersama debar dihati. Entah bila pula boleh diulangi.


2 comments:

  1. Alhamdulillah, sempat selit pegi bercuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercuti dalam debar. Rasanya kalau belum beli tiket dan bayar tempahan bilik ,cuti ni kena kiv...
      Apa pun Alhamdulillah semua dilalui dgn selamat.

      Delete