Sunday, November 14, 2021

Antara dua darjat....

 Langit mendung lagi. Tiada matahari walau jam dah lebih lapan pagi.Tanda hujan mungkin menyimbah bumi.

Mengikuti kisah semasa yang viral, teringat pula tentang cerita Antara Dua Darjat. Bangsawan dan marhaen. Yang poket tebal dan yang nipis. Yang membilang not dominasi besar dan duit syiling berkerincing. Kita memang tak sama.

Kisah siakap viral menarik perhatian. Kalau sekali makan mencecah harga ribuan, janganlah dok tebiang. Tebiang ni org Kedah kat dekati. 

This coming December anak anak dah buat perancangan melancong ke sana. Mujur keluar cerita ni, kalau tidak mungkin kami pun tak berhati hati. Naya sendiri. Bila nak settle bill terkejut separuh mati! Lainlah kalau duit kat rumah berguni guni. Buat alas kaki .

Ada ja manusia yang menunjuk kekayaan. Duit dipijak macam tak ada perasaan. Gila. 

Bercerita tentang siakap , dalam gallery gambar ternampak pula masakan berdasarkan nya. Masing masing berada dalam kategorinya. Ada mahal, ada murah saja. Mahal as in berharga puluh ringgit. 

Biar gambar berbicara. Yang mana bila kita makan rasa macam syorga. Sedap dan tak nipis dan hakis kocek kita.....

nampak macam dia...cencaru rupanya

belum pernah try siakap ini.
Yang dicuba kengsom dua kali

masakan anak
rupa tidak menggambarkan rasa
Sedaaap wei..

di restoran chef terkenal seantero Msia.Ambience restaurantnya pun tak terkata
Entah apalah rasa
Mungkin boleh diberi lemonnya berjuta

Last but not least,siakap masak sendiri. Cikli teka tengok buku resepi . Eh nahi,nahi. Ni resepi makcikson sendiri.



Sememanglah siakap pun berdarjat darjat. Inikan manusia .

Thats all folks. 

No comments:

Post a Comment