Wednesday, September 22, 2021

ER lagi... berGrab kita sana sini.

 Semalam ,seharian waktu di ER. Dari pagi sampai nak malam. Berpuluh kes dapat disaksikan. Kesian.

Ambulans datang dan pergi. Datang membawa pesakit yang sudah tidak berupaya berdiri. Pergi untuk mengambil pesakit lagi.

Setelah berjam lama aku membungkam, pewaris pesakit aku tegur.

Cik, teman sapa? Aku bertanya.

Dan dari perbualan itu, terserlah sifat betanggungjawabnya sianak akan ibunya. Anak muda dan ibunya yang sakit jantung datang dari negeri sebelah. Yakni Kedah. 

Makcik?

Pakcik ada kat dalam tu. Kena masuk wad harini. Aku menjelaskan.

Pagi pagi lagi cikli dah bertolak ke Zaharah. Namun tak berapa lama, dia menulis wasap yg dia kena ke ER. Ada masaalah dgn tiub dialisis dia.

Selepas bersiap, cikson cuba memandu. Sakit pulak kepala tgk warning yg tertera. Lantas buat keputusan utk tidak pergi dgn kereta sendiri. Grab pertama dipanggil dan ke ER kami pergi. Pemandu Cina. Orang KL katanya.

Elok saja sampai, cikli dah selesai urusan. Dia nak balik ke Zaharah . Begitu juga cikson hendak ke rumah. Grab kedua dipanggil. Pemandunya wanita. Ramah dia. Puji cikson sbb nampak bergaya. Ala orang besa kerja katanya... haha

Jam 10 begitu, cikli talipon lagi. Ohh so sorry. Dialisis tak berjaya dan ke ER dia ke sana sekali lagi. Kembali ke rumah, makan nasi dan Grab kami panggil lagi. Grab ketiga pemandu juga Melayu. Sedikit pemalu. Tak banyak soalan dan jawapan.

Tunggu punya tunggu. Jam hampir enam baru ketahuan di mana cikli akan ditempatkan. Wad Kelas Satu under lockdown. So to kelas tiga cikli diwheelchairkan dgn cikson terpaksa ikut dari belakang. Sakit kaki kira belakang. Keluar masuk bangunan dalam hujan. 

Katil dah sedia. Pesakit pun tiba. Pengiring pula dah tak berdaya. Sakit kaki sakit kepala. Tapi ke kantin pula. Tapau makanan buat cikson dan hubbynya. 

Climbing stairs, walking to and fro, here and there took a toll on my already weak legs... jangan lah kena berkerusi roda balik.. 

Jam 7 ,cikson panggil Grab ke empat. Anak muda beraxia hijau datang dan cikson pun pulang.

Nak tau apa katanya?

Pandai makcik panggil GRab.... hehe

Thats all folks. Today cikli will undergo a minor op on his neck. Mohon doakan ya.

Bye...


2 comments:

  1. Semoga urusan minor operation itu dipermudahkan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, cikli dah boleh guna tapak dilengan. Mujur lagi

      Delete