Thursday, May 6, 2021

Tak terlerai rindu yang ini....sweet memories.

 Tahun kedua kita begini. Raya yang akan diisi dengan sepi. Dah ada adegan nangis nangis antara family members kerana raya ini ,tak boleh balik kampung.Dalam fb melintas dah adigan2 ini.

But at the dinner table, I said to my hubby.

Cikli jangan dk nangis.ngoi ngoi bila anak tak boleh balik. Give them encouragement to stay strong. Lebih baik tak balik dari balik dengan penuh kesangsian. Keselamatan lebih utama dari semua.

Nanti bila semua ok kita jumpa balik. Minta keadaan semasa bertambah baik.And we go through this safely.

So far, on the home front, no preparation for raya.

Terthrow back masa tenaga masih kuat......

Waktu waktu begini, dah siap beberapa jenis biskut raya. Macam2 jenis dan warna serta rasa.Kek dibakar  2,3 malam sebelum raya.Wangi rumah,semerbak bau essen vanilla.

Tudung tingkap dijahit seminggu dua sebelum ini. Ada masa sampai terketar2 jari melayan Singer mesin jahit goyang kaki. Yg later cikson beli pemijak kaki eletrik. Hmm...sekarang mesin jahit duduk diam diam bawah katil... dah tamat fungsi.

Baju anak anak ada masa sampai Alor Setar kami cari. 

Tak lupa rumah dicat dan di basuh cikli. Karpet sekali.

Riuh rendah rumah menerima tetamu walau main dish hanya mee. Masak sendiri. 

Semua ini mungkin tak kembali kerana tenaga dah menghilang diri.... 

Sweet memories.

Yang pasti, 10 haribulan ni kena suntik dose kedua. Dengar kabar effect dia kuat juga. Ada yang demam dan sebagainya.

Jangan tak boleh bangun sudahlaaa. 

 



2 comments:

  1. assalamu'alaikum cikson.. 10hb berlalu sudah.. dpt jenguk blog ni buat ayaq mata bertakung.. those were the days kan? raya dah jadi lain atas kehendakNya.. didoakan cikson kuat mnghadapi kesan dos ke2 vaksin tu. inshaaAllah dgn izinNya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SyaNash,
      Wkslm. Tkasih . Alhamdulillah ,cikson tiada apa2 kesan yang teruk selepas second dose.

      Delete