Sunday, May 23, 2021

Suram pagi ni.....

 Bukan saja pagi ini,pagi pagi yang sebelumnya pun suram. Kalau sudah tiada pancaran matahari masakan alam jadi berseri. 

Semua yang dipandang nampak kelabu. Kelabu sudah menjadi warna harian kami disini. Di bumi Palestine lebihlah lagi. Tak tergambar keperitan mereka.

Gusar juga hati akhir akhir ini. Berita tentang covid 19 menghumban perasaan senang dan suka dihati. Apatah lagi bila mengikuti berita samada ditv atau platform social media setiap hari. Nampaknya ancaman covid tidak nampak hendak berkurang. Berkarung doa ku panjatkan semoga anak2 cucu diperantauan berada dalam keadaan selamat.

Cikson sudah selamat dapat dua dos vaksin. Alhamdulillah tiada sangat kesan sampingan. Setakat sengal2 sengal badan, kejang2 urat adalah juga bila kena dose kedua. Hari dah hari ketiga belas cikson menerima pfizer di Dewan 2020 Kangar. Tarikh 10 Mei 2021 jam 2.30 petang.

Pengalaman menerima vaksin yg ada macam macam cerita ni akan terpahat dalam ingatan...

Tanggal 31 March ... register melalui My Sejahtera. Masa tu terdengar macam macam cerita keburukan ttg vaksi berlegar ditelinga. Namun cikson senyap2 register . Nak jadi apa jadilah. Tak vaksin pun ada bahayanya. 

Lepas register ,tak belek talipon. Hingga satu petang beberapa hari lepas tu. Tengok2 dah approved dan ada tarikh suntikan. Kelam kabutlah buat option terima. Lepas tu nama dalam MY sejahtera pula berulang ulang... rentaih sajalah labuuuu.. kata hati

Tanggal 19 April.. ke Dewan Wawasan 2020. Jam 2.30 di temani cikli. Ramai orang yang nampak sebaya . Tapi ada juga terselit yang lebih muda. Ada yang datang bertongkat, berpimpin dan juga disorong. Meriah wei..

Then .... ke dalam Dewan. Diregister , di kaunseling seterusnya dicucuk. Cepat, tangkas male nurse yg cucuk cikson. Tak rasa apa apa. After effect pun minimal...

Tanggal 10 Mei...hei awat lengang sekitar Dewan . Jam 2.30 tak nampak pun orang ramai berkumpul. Berbeza benar dari first dose. 

Cikson diarah ke area sebelah dewan. Kena mabil vaksin disitu. Ehhh... apakehe pulak. Rupanya bila pengiring kita declare datang dari luar Perlis maka kita diasingkan. Tak boleh masuk Dewan.

Membaca pengalaman mereka yang dapat dose kedua mengalami gejala yg agak teruk, dan kelulusan utk seorang peneman dibolehkan. Tambahan pula keadaan cikli yang adakala diserang gejala keletihan melampau@ hypo lepas dialisis, pertolongan anak sangat diperlukan. 

Tambahan waktu dialisis cikli bermula jam 6 pagi . Jam 5.45 dah kena keluar rumah. 

Syukur dipermudahkan... kad vaksin ibu dan surat dialisis bapa amat membantu.

Cepat dan mudah urusan vaksin second dose cikson. Namun sebelum meninggalkan tempat vaksin, kami kena sembur dengan pembasmi kuman...

Mungkin kerana mengikuti saranan ambil panadol, isi perut , cikson boleh menghadapi kesan vaksin . Sengal2, demam sejuk dan pening ada dan berlarutan dekat lebih seminggu tapi boleh tahan. Hingga hari ini pun kesihatan belum kembali normal sepenuhnya. 

Tapi ipar cikson ada yang kena ke ER lepas vaksin. Semoga cepat sembuh.

Tanggal 13 Mei.... Raya. Hanya lontong buat utk jamu selera. Raya kali kedua tidak dirayakan. Semua angkara covid .Sedih..

Tanggal 23 Mei ..... dah hari ke 13 my vaksin journey..

Semalam lalu kat wall fb kes Makteh anti vaksin... makteh oooo makteh janganlah dok sebar cerita macam tu. Jangan sebab orang seperti makteh, kosong dewan vaksin penuh Wad ICU. Poko nyoq habih kena ragaih malam2 . 



No comments:

Post a Comment