Covid 19 rasanya belum sampai ke penyudahnya. Dengan strain baru yang lebih mengancam , episod kelam 2020 rasanya pasti bersambung lagi.
Amerika dah berpresiden baru. Donalad Trump kena mengosongkan White House utk Biden by this time. By the way, cucu yang berumur lima tahun pun tahu siapa presiden Amerika .
Dalam perjalanan ke Timah Tasoh tempoh hari, asyik saja dia bermain teka teki dengan tokwannya.
Abang: 1 to the power of 10 berapa wan.
Wan: Ehh jemulah asyik kena jawab soalan maths. Tukar topik boleh?
Abang: Siapa presiden Amerika
Wan: Errrr..siapa ya
Abang: Donald Trump. Rambut dia blonde.
Haha.... Fahim memang suka menanya soalan soalan kepada wan dan tokkanya. Soalan merangkumi Maths, Sains dan General Knowledge.
Adik pun menampakkan kecerdikkanya. Satu hari barang maiananya jatuh kebawah sofa. Dengan tangan dan kaki dia tak berjaya menguis nya keluar. Lantas, penyangkut baju jadi penyelamat.
Bila disuruh buat sesuatu ,reason yang dibaginya adalah...adik penat. Adik malu.
Haha... seminggu mereka disini diisi dengan melayan telatah mereka. Terhibur sangat.
Namun ,kehidupan tahun 2021 macam seakan sudah diterapkan utk ku lalui.
Hubby perlu dialysis.....
Satu lagi cabaran yang tak pasti bagaimana hendak aku lalui.
Being a caregiver to a dialysis patient . Sedangkan aku pun dah semakin tidak berdaya.
Come 12/1 ....tak tahu aku bagaimana .
Isnin ni nak ambil kesempatan yang masih berbaki utk berjalan sekejap. Semoga balik nanti akan lebih bersemangat. Utk hadapi cabaran 2021.
2021... the road ahead. Lies not so far away.
pandai pandai ni... klu duduk semeja.. teruk juga nak cari fakta utk cakap dgn diorg
ReplyDeleteLetih juga nak melayan dia kadang2. Soalan dia beyond his years. Tak padan dgn umur baru 5 tahun. Rasanya budak2 sekarang ni jauh beza dgn budak2 thn 80an.
Delete