Wednesday, July 15, 2020

Rupa rupanya....


Membelek statistic itu buat aku tergamam seketika.
Hmm... dok ingat aku ni ok lah. Tak teruk sangat.
Rupa rupanya aku tergolong dalam strata tercorot . Tak sangka tak  sangka.Ku sangka cempedak ,tapi nangka.

Berkat jimat cermat,alhamdulillah duit pencen sebanyak itu cukup utk keperluan kami suami isteri. Adalah sikit sikit contributions anak2. Aku tak memaksa mereka kerana aku tahu mereka pun berhempas pulas dengan tanggungjawab masing masing. Tambahan pula hidup diKL sana. Sejengkal duit, sedepa duit..

Aku buat kira kira...
Hendak reschedule budget bulanan
Potong mana yang tak berkeperluan.
Astro.Maxis ...
Tapi internet sekarang satu keperluan bagi ku. Tanpanya boleh mati kutu.
Astro pula kegemaran cikli...tak dak Astro mau mateee.
Sekarang RM 50 utk makn tgh hari utk dua hari kalau dibeli. Petang cikson akam masak sikit2 tambah lauk yg berbaki. Jadilah....Dua orang tua nak makan,bukan cerewet pun.

Ura ura kerajaan menstruktur semula RM 2500 sebagai B40.Dah dibawah itu tegar miskin.
Tengoklah table ini... Mana tempat anda berada



Anyway... anyhow
Dimana pun kita berada. B40. M40 atau T20
,kalau tahu menjaga kewangan, hidup tetap aman. Kalau tidak, walau tergolong dalam T20 , mau dihambat along berpanjangan. Tak sepicing boleh tidur dengan tenteram.

My advice as a senior citizen... berjimatlah,berpadalah berbelanja. Menyimpanlah utk masa2 kecemasan. Usah dikejar benda yang tak mendatangkan faedah. Ingat masa depan . Buat pelaburan.

Thats all for now dearies. Bye. Have a good night sleep.


2 comments:

  1. Tak kisahlah kat mana kita
    Matlamat hidup kita bukan kewangan semata2
    Bersyukur apa yang ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan WP. Kalau bermatlamat wang semata mata, hilang seri dunia. Maka ada yg tamak haloba,menipu sini sana tanpa rasa apa apa.

      Delete