Sunday, July 19, 2020

Bila jerebu .....


Nampak macam jerebu datang lagi,ke daerah ku.
Pagi yang sepatutnya cerah dengan sinar mentari,jadi kelabu.

Menarik nafas pun macam tersekat sekat
Macam ada sesuatu yang menyekat.

Bila jerebu bertandang kembali
Sakit demam pun senang menjangkiti
Kami yang terlebih dewasa dan berusia kini.

Bila cuaca tidak baik, senang betul nak dapat sakit demam. Berdekatan mereka yang selsema saja akan berakhir dengan aku pun sama. Kena selsema. Maka terbantut aku nak ke mana mana.
'Hujan tuuu',aku menyeru cikli yang gigih berkebun dan membasuh lantai porch di laman.
'Nanti demammmm...'
Namun cikli buat juga kerja yang dia sedang uruskan. Macam badang lagaknya. Tak hirau hujan yang menimpa. Serius aku risau sbb cikli juga mudah kena sakit. Malah dia pesakit yang tegar. Dengan kaki, diabetes dan macam2 lagi. Ulang alik ke hospital dah jadi rutin. Dan yang menguruskan itu adalah si isteri yang bukan pun sihat sangat.

Malam cikli bersin,
Shim....Aaaaaaaaaaaaaaaaaaashiiiiiim. Panjang dan berterabur. Mesti boleh melangkaui tempat aku berada.
'Bersin dalam siku .Bersin dalam siku!'
Cikli memandang ku . Tapi dia buat tak tahu. Marahlah sebab aku menegur...

Tak lama kemudian aku pula mula bersin. Pening dan sakit sakit badan. Cepat2 panadol ku telan.
Baru boleh bertahan. Kalau dibiarkan tentu melarat.

Pagi pagi tadi se ekor burung yang tak pernah aku dengar berbunyi di luar rumah.
Wooooh wooooooah
Tringgggggggg.
Wooooh Woooooooooah
Tringgggggggg

Tak sempat aku jengah keluar tingkap. Nak melihat kelibat sang unggas yang berbunyi. Kerana dia sudah berlalu pergi.

Thats all folks my cloudy Sunday.
Stay safe everybody. Bye.

No comments:

Post a Comment