Tuesday, June 16, 2020
Angin bersiul....
Kuat angin bertiup sekarang.
Meliuk lentuk daun daun pokok dlm semak seberang jalan.
Begitu juga pohon buluh dilaman rumah sebelah yang merendang ke laman RBL.
Seakan akan menari Hawaai.... melambai lambai.
Hujan dijangka turun pagi ini.
Kelam awan nampak sarat sekali.
Kelmarin dulu hujan tak berhenti henti...sampai cikson risau sekali.
Mau banjir kalau macam ni...
PKPP...dah berapa hari eh?
Sehingga 31 August kita kena patuhi perintah gomen ni.
Yang ada aktiviti dibenarkan tapi masih ada yang dikenakan sekatan.
Tapi semalam dengar pengumuman macam dah dibolehkan semua aktiviti saja. Tadika pun dah boleh buka. Naik kenderaan pun tak ada lagi tanda pangkah2.....
Diluar , ada negara yang masih bergelut melawan covid 19. Angka jangkitan dalam ratusan ribu. Malah USA menjangkau 2 juta. Gambar2 kubur raksaksa di bebarap negara dapat dilihat dalam media.
Alhamdulillah,kita tidak diuji sehebat Mexico,Spain, Italy. Berkat ketabahan frontliners, kepatuhan rakyatnya, juga se aliran pemimpinnnya.
Bersiul siul pula angin diluar tingkap......
Boleh jadi musik latar cerita serammmm.
Bye..Take care folks. Kita jaga kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment