Monday, May 4, 2020

Ntahlah labooo.


Internet yang seciput buat jari malas mengetuk keyboard.
Lagi pun dok terkurung di rumah ,tak apa nak dihal ehwalkan.
Nak cerita lebih lebih, taku pulak respons yang bakal diterima.Makcik ni seorang yang hati tissue. Mudah gelabah kalau kena tegur. Phobia menghadapi kerenah kerenah manusia akibat dari jari terlebih laju menekan punat2 dilaptop ni.Atau kena serbu bila mengeluarkan kata kata yang ada mencuit hati orang lain.
So be safe. Tak maulah jadi macam si Muzaffar Jekel tu yg kena hentam akibat kecelupuran mulut sendiri. Silap2 mau bungkus syarikat yang di bangunkan nenek moyang sendiri.
Itulah . Jaga jari,jaga hati. Buat hal sendiri.Tak ada sapa pun nak rasa hati... kan kan.

Hari ini bermula PKPb...
Dah hilang kiraan berapa hari dah kita berada dalam situasi ini. Sejak dari 18 March dulu.

Perlis antara negeri yang support PKPb ni . Ada negeri2 yg tidak. Sekarang dah boleh kelua rumah berdua utk grocery. Tapi kaki yang sakit buat fikir sepulh kali nak keluar. Mau lupa steering dan signal kereta..So cikli kena lah sambung tugas ketua rumah ya. Lagi pun mmg dia minat sangat nak keluar rumah sehari sekali. Kecuali bila ribut turun membadai bumi. Baru dia tak pergi.

Peraturan tiada rentas sempadan juga buat hati rasa sepi. Dah terbang kelangit tinggi plan dan schedule utk membuat persiapan utk Aidl Fitri tahun ni. Anak anak cucu2 yang saban tahun dinanti kepulangan mereka ke RBL ini tidak dapat lagi berkunjung ke sini...
Aduhai... ntah macamnanalah pagi 1 Sawal nanti. Just me and cikli. Tentu sunyi.
Setiap tahun meriah dengan adik2 dari Kedah dan KL. Tahun ni .... tiada lagi.

Ntahlah labooo..eh labu.
Bertuah lah mereka yang anak2 cucu2 dapat bersatu.
Kita yang tidak bolehlah tongkat dagu...huhu.

Anyway...gambar2 cucu2 do give some happiness to the old couple...lebih2 lagi bila lihat mereka aktif walau terkurung di tingkat 8 sebuah condo di ibu kota..alahai.

seronk nampak...
Mengajuk tv
masih boleh brkayuh dalam rumah

Thats all folks...
So much bashing in fb ,serba salah jadinya.

2 comments:

  1. Sama-sama lah kita bertabah, Kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih Azie. Sama2 kita tabah. Kena perkuat emosi bila nak sambut 1 Syawal nanti. Takut berendam airmata teringat mereka yg tercinta. Redho dan redha sajalah.

      Delete