Friday, April 17, 2020

Riuh...

Riuh kokok ayam pagi pagi ni.
Tentulah meriah juga tompok tompok taik ayam jatuh ke bumi...eh porch rumah kami.
Ingat dah habis episod terpijak najis mereka setelah gang yang dulu di jual.
Namun kini mereka kembali. Memeriah suasana pagi.

Si teruna dahulu dah jadi bapak pula.
Belajar dia berkokok walau suara garuk
Si dara dah jadi mama. Sibuk dia membawa anak anak kecil merata rata. Comel comel mereka.Ada hitam dan ada kuning seroja.

Bawah pohon jambu yang merimbun mereka gemar berkumpul.
Ada masa aku  terhibur tengok gaya mereka tidur. Ada yang boleh bermimpi sambil berdiri.
Ada masa mereka mengais sampah yang terkumpul untuk dibakar. Cakaran mereka biasa runtuh sebuah kubu kalau dibiar.
Haaah,ni pun ada seekor sedang berketuk diatas Xtrail cikli yang berhabuk...

Haha ...riuh riuh.

Terperuk di rumah,aku tanpa berita...
Apa jadi di Kangar ibu negeri Perlis tercinta
Juga perkembangan Padang Besar nun diutara
Namun dari socmedia,selalu hinggap berita semasa.
Harumanis dah turun harga katanya
2 kilo 70 ringgit..... namun masa masa begini masih mahal aku kira.. Beras,gula, kopi buat alas perut juga ubat kena utama.

Eh bagaimana ya puasa kali ni. Mati kutu kita tak boleh kesana ke sini membeli.
Nanti....bolehkah macam ni....
Baju raya... pakailah yang lama.
Kuih bulan puasa...buatlah setakat yang terdaya. Nak beli bolehlah sekali sekala.

Masih diingati masa zaman aku membesar, tak ada pun bazaar ramadan dan kuih tepi jalan. Berhempas pula lah mak mak siapkan. Elok pun anak anak membesar tak mati kelaparan.
Baju raya dan rambut pun mak mak usahakan. Teringat tokton. Serba boleh. Dari kuih muih, pakaian anak anak, fesyen rambut, tudung tingkap  juga basuh rumah semua dia usahakan. Tak terbuat aku.
She's one in a million...to me.Never met someone like her.

Jangan riuh kalau pergerakan kita terbatas. Put on your thinking caps ,folks. Create,innovate. We can go a long way.
Rasa seronok tengok anak anak dah berusaha membuat kuih muih sendiri.
Ada yang dah rajin berinovasi supaya perut anak2 berisi.
Tiada lah lagi anak yang tepuk periut sendiri sambil kata...Lapa la mami.


dah mula belajar buat kuih ....sedaap nya..

meriah dengan bermacam 2 kaler... nanti nak cuba 

Usah juga riuh tak boleh pergi saloon rambut masakini.
Cikson dah belajar cara potong rambut sendiri. Tgk kat u tube berlambak ada. Tapi utk orang pakai tudunglah. Yang free hair..agak payah.


dah jadi tukang gunting rambut anak sendiri.


Yang ini,jangan cuba cuba nak buat riuh ya ..mereka buat tentu ada alasannya . Demi keselamatan kita juga anak negeri




Thats all folks. Stay Home. Stay safe.
Pesara pun kalau kena hukuman akibat pelanggaran PKP mau susah anak bini...

So dok diam diam jangan riuh riuh!






No comments:

Post a Comment