Beberapa kali juga tonton tv series Budak Tebing.
Cerita yang lari dari skop biasa... anak orang kaya,Datok Datin,Tan sri Puan Sri yang boleh bertampar berseloroh dengan orang gaji dsbnya.Kalau tak ada syarikat multi billion dollar bukan skrip drama kita.
Sekali dua kala ada lah juga terjengok menghiasi skrin tv kita drama2 yg lain dari biasa. Satu series yang ada lakonan Ain apatah adalah makcikson ikuti . Sbb apa tau... tertarik dgn lakonan Ain yang bodoh bodoh alang tu...
Budak Tebing? Macamana ya penerimaan nya.
For me.. ada beberapa pengajaran yg dapat dikutip.
Orang yang nampak alim, tidak bermakna alim sebenarnya. Ada yang saja yang put on a surface. A front supaya orang percaya dengan helahnya. Pujuk rayunya. Tergadai habis tanah kerana ada orang yang begini. Dipercayai kerana luaran dia yang macam pijak semut tak mati,tapi hati kalah hempedu bumi. Sanggup jadi petualang kerana upah yang tak seperti.
Si ibu yang sentiasa marah marah pada anak . Walau anak dah menunjuk kebaikan, kisah silam anak juga yang dia beratkan.
Si bapa yang masa muda cenge tak kena gaya. Bila tua pandai pula cari anak minta tolong darinya.
Si anak walau nampak ranggi dengan rambut kaler biru tapi hati baik mau menolong yang susah.
Dan banyak lagi...
Lagu ni budak 2 tahun pun suka. Tengoklah kalau tak percaya. Aksi cucu2 yang jauh dimata...minat ya depa dengan lagu ni rupanya.. oh my..tak boleh upload la pulak..Sorry.
Thats all folks. Stay safe.
Semalam tgh tgh lena, terkejut dengar ambulance 2 biji lalu laju jalan depan rumah dari arah Kuala. Aduhai apa pulak sbbnya...
No comments:
Post a Comment