Sunday, February 2, 2020
Lega
Terasa lega sangat bila episod anak bekerja di India berakhir semalam.
Semalam dia selamat tiba ditanah air selepas setahun disana. Walau ada permintaan utk melanjutkan lagi selama 3 bulan, dia bertekad utk menolak. Janjilah bulan bintang pun. Duit bukan segalanya.
Terukkah bekerja di sana?
Macamana working condition nya?
Kehidupannnya?
Seperti anak2 yang lain, anak ini juga selalu share kehidupan, suka duka dia dgn mamanya. Cikson jadi first hand person yang tahu tentang sakit demamnya, keluh kesahnya. Dan selalulah cikson akan berkata ...sabarrrr. Things will get better. Just stay strong.
Sampai satu masa cikson bagi nasihat....This is it. Quit. Come back home! Rezeki ada dimana mana.
Melalui forum yang cikson layari, banyak juga yang cikson dapati. The least preferred country to work is there! Ada juga cikson nak ziarah dia di sana. Tapi memandangkan keadaan disana dia menegah. Tak selamat katanya. Ya lah... dengan CAA nya, Masjid Babri, isu Kashmir dan berbagai lagi.
2 kali anak berada diluar negara, tapi kami terlepas peluang melawat negara itu.
Dulu masa kat Australia, 2 tahun anak di sana. Namun kewangan membantut keinginan ke sana. Sayang kan...
Mama nak apa?
Eh... saree buat baju raya nanti. Aku berseloroh.
Dan itulah... anak lelakiku. Usaha juga dia mencari walau keadaan tidak mengizinkan dia . Last last terbeli lah saree buat ibu dan saudara perempuannya. Harganya buat aku tepuk dahi. Pure silk saree katanya..
Semoga pengalaman dia menjadi seorang saja rakyat Msia dari syarikatnya bekerja diantara warga disana menjadi dia lebih kuat utk bigger challenges. Jadi motivasi buatnya utk menerima cabaran dalam kerjayanya. Seperti aku... hehe. Aku mmg seorang yang tak punya konfiden yang tinggi. Namun bila diberi peluang, aku sanggup ke depan.Kdg2 terfikir kembali macamana aku yang pendiam,pemalu akhirnya jadi kepala utk institusi yg agak payah .Dan aku berjaya sampai ke sudah...hahahah.
Last but not least, lega rasanya bila dia menjejak kaki ke rumah dia di KL sana. Berkecamuk fikiran macam2 ditengah hiruk pikuk coronavirus.
Alhamdulillah. Syukur yang tiada hujungnya.
Semoga hari hari yang mendatang, lebih aman dari sebelumnya.Amiiin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah...he is safely
ReplyDeleteAmiiin.Sekarang risau lain pula. KL dah jadi zon merah. Semoga dia dan adik beradiknya selamat di sana.
ReplyDelete