Membaca setengah billion haiwan terhapus dalam kebakaran hutan di Australia aku rasa sedih sangat.
Di situ tempatnya si koala,wombat,kangaroo dan beratus species haiwan unik di sana.
Tak ada kat tempat lain. Ever.
Terbayang,sikoala yang lemah lembut pergerakannya terperangkap dipohon kayu yang terbakar. Kangaroo yang lompatnya tidak sepantas api yang marak.
Ya Allah...
Bila dihidang gambar koala dan kangaroo memeluk erat sipenyelamat dia ,aduhai berderai air mata.
Actually havoc yang berlaku diAustralia itu sangat2 menyentuh hati.
Baru sebentar Astro ada memberitakan tentang burung seakan bangau yang menjenguk daerah sebelah kita,aku teringat sesuatu. Satu petang, disawah depan rumah aku ,kelibat seperti diperkatakan memenuhi tanah seberang jalan. Aku ketinggalan peluang merakamkan mereka kerana phone ku kehabisan bateri. Sudah beberapa minggu berlalu dan aku ternanti utk melihat mereka akan kembali. Namun hampa.
Tingkap dapurku bertentangan dengan tanah yg dipenuhi pohon2 tanaman mertuaku. Pohon harumanis sedang galak berbunga kini. Setiap kali aku melakukan kerja disinki,mata aku tertumpu kepada dahan2 pohon itu. Selalu ada burung burung yang datang hinggap melepaskan lelah agaknya.
Ada kecil ekor pendek, aku besar dgn ekor berjuntai. Ada datang solo dan ada datang berpasangan. Leka aku memandang mereka. Terhibur tgk gelagat mereka. Ciapan mereka muzik ditelinga.
Satu hari aku terpandang seekor burung yang paling cantik pernah aku lihat. Kuning diraja warna tubuhnya. Solo dia. Tanpa pasangan. Lama juga dia bermain2 dicelah2 daun dan diranting. Sekali lagi handphone asus kehabisan nyawa. Kalau tidak aku pasti dapat rakam aksinya.
Hari2 selepas itu aku ternanti dia. Namun dia tidak menunjukkan diri lagi.
Kemanakah engkau pergi wahai tuan puteri?
Pagi ini burung burung kecil riang ria diatas pokok mempelam itu. Sibuk mereka . Sekejap singgah menyinggap diranting,sekejap terbang . Macam tiada masaalah utk mereka. Riuh suara halus mereka bersahut sahutan.
Walau kamu tidak cantik,riang saja kamu aku lihat. Tidak pernah aku lihat species ini terbang solo. Ada saja berkawan. Kalau tidak berpasukan,ada jua teman berpasangan.Tidak seperti burung ekor panjang dan burung cantik yang bersendirian. Kenapa ya?
Teringat anak anak nun jauh dirantau...
Makankah mereka, sihatkah mereka, gembirakah mereka,selamatkah mereka
Semoga Allah memelihara mereka daripada orang orang yang zalim. Seperti aku tidak pernah menzalimi burung burung yang bertandang kedaerah ku.
Teringat nak buat bird feeder buat simusafir musafir ini.....burung burung yang mengunjungi ku di pohon harumanis belakang dapur rumah ku.
Datanglah... makanlah...gembiralah.
Thats all folks. Bye.
Some of the birds that came a visiting. Pictures googled.
Burung burung jenis ini selalu kelihatan dibendang seberang jalan lebih lebih lagi masa pembajak sedang dijalankan |
Ini selalu sangat ada disini Riuh rendah bercia cia sentiasa |
Sekan burung kuning yang ku lihat hanya sekali |
Kadang2 dia keseorangan, ada masa dia berpasangan |
Mudah2an bencana kebakaran hutan di Australia akan berakhir.
ReplyDeleteAminn. Kesiaan sunggoh pada binatang2 yang tak berdaya. Mesti tersiksa.
Delete