Thursday, January 9, 2020

M for meriaahnya....


Koook kooook kooook
Nyiap,nyiap,nyiappp
Grrrrrrrrrr,grrrrrr

Hooih...meriahnya ayam ayam tu berciap ciap,berkokok kokok kelililing rumah.
Yang grrrr grrrr tu suara cikli memarahi bapa kucing yang tak mau beranjak walau disergah. Amboi. Tunjuk ranggi ya.
Dah beberapa hari halam RBL didatangi kucing2 jantan mengorat Bu dan Monkey. Bergaduh sesama mereka kerana 2 ekor kucing betina. Siap kencing merata utk tanda kawasan mereka. Tengik jadinya.

Seronok tengok gelagat kumpulan ayam ayam belaan paksaad. Awal pagi dah memenuhi laman rumah dengan gelagat mereka.
2 ekor ayam jantan
3 ekor ibu ayam
Se ekor anak ayam.
Harmoni saja mereka bersama sama mengais tanah mencari makan. Lagak sibapa ayam yang gemuk dan tampan menarik perhatian ku. Very gentleman. Kalau dia jumpa makanan dia akan memanggil ibu ibu ayam utk memakannya. Selalu saja ku lihat dia mengais2 sampah dan tanah ,kemudian memanggil manggil keluarganya utk menjamu selera. Very responsible gitu.

Meriah laman RBL dengan mereka. Meriah juga porch kereta dengan najis najisnya...

Well,semalam..
Terganggu tugas harian ku kerana dok mengadap tv. Awal 2 cerita bab Iran - Amerika punya songeh.
Masuk tengah hari semasa aku layari fb, aku terbaca tentang sidang media Lateefa Beeni Koya.
Cikli masa tu keluar pekan.
Waaah... hangat dan hangit.
Aku tinggalkan kerja, depan tv aku melangut.
Mujur aku boleh berbahasa Inggeris tanpa subtitle. Kalau tidak tenganga jugalah nak paham.

9 audio . Satu lagi pembaharuan dalam Malaysia Baru.
Ehh mana ada baharu. Dulu 2 pun macam2 yang keluar tv. Dari seawal 1998...kalau aku pasti.

Rupanya wire tapping tu within undang2 no...So hati hati dok hantar whatsapp, sms, buat call dsbnya.
Kalau biasa2 tak apalah. Tapi kalau dok komplot, dok rancang apa2 hati2. Semua boleh jadi perangkap nanti.

Meriah suasana RBL pagi ni
Meriah lagi suasana Malaysia Baru dengan siaran tv .

Thats all folks. My rant for today.
Nak pi buka channel 511. CNN lah apa lagi
Nak tengok apa apa kah yg berlaku kat dunia hari ni.

For the down Boeing ,my sympathy .





No comments:

Post a Comment