Sunday, April 14, 2019

Every Mother's Dream....


Dari jam 7 hingga ke dzohor ,penuh aktiviti .
Harini,cikli kena melawat HSB nun di Loqstaq sana.
Temujanji jam 8. So by 7 kena mula dah perjalanan melalui jalan seribu pit - stops...yakni traffic lights.
Eh... kalau tak seribu pun, puloh2 juga.
Sepanjang perjalanan,doa dipanjatkan agar mudah urusan.
Memasuki ruang halaman hospital pakar itu, bersusun2 kereta. Cikli diturunkan dihadapan lobby sementara cikson mencari parking.
Di permudahkan urusan,kerana seketika mundar mandir keluar jalan, pakcik yg baik hati, melambai menunjukkan parking. Selesai satu bab.
Urusan cikli juga tidak melangkau tgh hari. Namun bln 5 appointment dah menanti.
Mengambil kereta dari parking juga merisaukan.Kecil sangat kawasannya. Mujur ada wanita India menolong.Syukur sangat.

Meneruskan perjalanan,dgn kepala yg mula berpusing.
Aduh... harini lupa ubat rupanya.
Maka berhenti sebentar, mkn roti, lps tu telan ubat..

Di hospital sementara menunggu urusan cikli, berpeluang berbual dgn pengiring pesakit .
Wanita pertama .... umur 64. Tunggu menantu yang datang ambil darah.
Wanita kedua.. umur 60. Tunggu suami juga.

Terselit dalam perbualan, kisah2 membesarkan anak2.
Rupanya generasi aku, kami banyak persamaan.
Ketat disiplin hingga ke taraf dianggap tidak menyayangi anak2.
Maukan yang terbaik buat anak2 dalam pelajaran....
Apa yang tidak diusahakan. Apa yang tidak dikorbankan.
Every Mother's Dream... kejayaan anak2.

And after resting, I had the tv on.
Ehhh..Kajol!
My favourite forever actress.
Dan cerita petang ini pun melayan tema, Every Mother's Dream..
Buat apa saja utk anak yang tersayang...
Its a nice film on Bollyone.

No comments:

Post a Comment