Sudah beberapa hari kami balik dari Gunung Jerai.
Banyak kenangan di sana semestinya utk first timer macam saya.
Cantiknya panorama .... sawah mendatar terhampar sayup sayup dibawah kelihatan .
Bangunan ala eropah yang gah...
Tumbuh tumbuhan segar bugar walau sekarang musim panas .
Namun satu pemandangan paling indah masih segar dalam ingatan tua ku.
Aku dan cikli berada dihalaman rumah bila satu keluarga menyapa kami.
Bersalam dan bertanya asal ,ramah sekali mereka.
Bersama mereka seorang ibu tua yang berada diatas kerusi roda. Di tolak oleh lelaki yang ku rasa anaknya. Mungkin juga menantunya. Walau jalan mendaki ,nampak mudah saja dia kemudi kerusi roda ibunya.Tidak dia berkeluh kesah.
Aku jadi kagum dengan keluarga itu yang bersusah senang bersama ibu mereka.
Pagi pagi lagi esoknya, aku nampak sekali lagi mereka menolak kerusi roda itu mendaki jalan berbukit utk ke restoran. Makan pagi lah tu... kata aku.
Selepas berkemas dan check out kami menuruni jalan jalan bengkang bengkok utk ke bawah. Apa yang aku nampak amat berkesan dihati. Berselisih lagi dengan mereka . Kali ini ku lihat sianak menyorong kerusi roda sambil berjogging sekeluarga.
Terdetik dalam hati... bertuahnya siibu tua.
Aku nanti bagaimana?
Ada ka yang sanggup begitu?
Kerusi roda seorang ibu tua memberi kenangan buat aku seketika..
No comments:
Post a Comment