Sunday, December 16, 2018

Keletah Adik dan Abang...bila mereka balik KL.



Dua beradik , hampir seminggu balik KL setelah 2 minggu dikampung halamaaan. As Abam put it. Sedap rasa dengar Abam menuturkan kampung halamaaan...ada slang matsaleh kat situ.
Pagi pagi,Abam greeted tok and wan with Gud moningningningning... Seronok benaq dia memoningningningkan good morning.
Miss them both.

Semasa mengemas, cikson terjumpa turtle kepunyaan Adik. Tergedik gedik kaki turtle tu bila digoyangkan. Si adik tersenyum lebar bila lihat kakinya dan kepalanya bergerak gerak. Eh.Eh ..mulutnya berbunyi.

hanya tinggal yg ini. Yang lain dah dibawa ke KL 
Semalam, terbayang gelagatnya masa tonton bola antara Harimau Malaya dengan Vietnam. Tentu dia pun sama kuat bertempik bila lihat bola melantun lantun dikejar pemain.Tentu riuh mulutnya. Aih Aih Aih..
gembiranya dia



remote ditangan, jangan cuba pisahkan. Nak tonton bola Malaysia lawan Vietnam.


Dah pandai dia menghayunkan badan ikut irama muzik. Kekiri ke kenan badan dihayun sambil bergelek gelek. Ketawa kami dibuatnya lihat aksinya persis pak maun . Sapa tu aktornya.Lupa pula.

Video video kiriman ibu mereka sedikit sebanyak dapat mengurang rindu pada mereka berdua.Bulat matanya bila ibunya menanya ttg tok,wan kucing dan ayam.Mcam sedang mengingat sesuatu.



Pagi ini cikson tanya cikli tarikh appointment doktor pakar matanya dia HSB. January rupanya. Padat pula aktiviti Januari nanti. Ada anak2 dah book nak balik kampung. Siap dah request apa nak makan. Ada yang tunggu tarikh nak ke luar negara sekali lagi . Kali ini buat tempoh lebih lama. Kesian pula. Cari rezeki sampai kena pergi India..alahai. Biasanya orang India datang Malaysia berkerja tapi dia pula dihantar ke sana. Apa apa sajalah .Rezeki kan serata alam.

Thats all folk my rumbling this weekend. Dulu2 masa anak2 masih kecil, weekend begini penuh terisi dengan aktiviti. Ke sini kesana ada ada saja yang nak dikejari. Sekarang hospital visit pula yang ambil alih . Berderet appointment . haha.
Semoga 2019 nanti adalah aktiviti yang lebih menenangkan hati....



Abang and atok di Teratai Putih

Sedih nak balik ke..






2 comments:

  1. Syok sangat kalau dapat main dengan cucu ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikmat yg tak dapat disangkal. Masih terngiang2 terbayang2 keletah mereka dua beradik. Kalau dekat, mau dah pi tgk.Alahai.

      Delete