Thursday, November 22, 2018
Jenuh aiiih.....
Riuh se kampung no kisah si ibu yang merungut kena keluar duit untuk aktiviti sekolah anaknya. Dah jadi polemik pula. Ada yang sokong siibu dan ada yg sokong cikgu cikgi .
Satu sajalah yg makcik bekas guru nak sampuk...
Ingat dan anggap pemberiaan kita sebagai sedekah. Untuk kebaikan anak kita juga. Rasanya tidak ada sekolah yg pernah menyaman ibubapa kalau tidak boleh bayar yuran PIBG. Sekolah2 yg saya pernah bertugas tak pernah. Cuma surat peringatan utk yuran sekolah saja yg dikeluarkan. Itu pun kerana mematuhi peraturan audit. Andai peringatan pun tak jalan, last resort PIBG di pohon utk membantu. Itu pun kalau sudi...
Rasanyalah..kebanyakan guru tidak lokek utk mengeluarkan sumbangan dari gajinya utk anak muridnya. Saban hari ada yang tertinggal wang untuk membeli makanan di kantin. Haa...cikgu tak ada kan telefon ibubapa utk hantar duit kpd anak mereka yg kelaparan. Maka dengan lapang hati guru2 akan membantu.
Teringat kisah anak kecil yg menangis ditangga sekolah.Terbayang wajah sayunya. Masih tersemat diingatan ketika dia memulangkan balik wang yang diberi.
Hutang kena bayar cikgu.
Cikgu tak bagi hutang, cikgu sedekah.
Kalau membawa anak2 keluar, meraikan kemenangan, guru2 tak berkira pun utk menjamu anak2 .Seronok begitu.
Bukan niat mengungkit. Tapi mungkin ada ibubapa ingat semua guru hanya fikir duit saja utk masuk ke kocek mereka.
Tu belum lagi keceriaan kelas ,alat mengajar, minyak kereta, servis kereta....
Jenuh aiiiih kalau nak listkan semua.
Saya bila buat apa2 selalu berniat dan bermohon agar kebaikan yg dilakukan .moga anak2 juga diberi kebaikan .
Bial saya bertungkus lumus mengajar anak2 orang, semoga anak2 saya juga mendapat guru2 yg perihatin dan berusaha utk anak2 saya. Alhamdulillah, kebanyakan guru2 mereka amat baik dan berdedikasi. Malah lebih baik dari saya. Cikgu2 di Seri Indera dimana anak2 saya bersekolah rendah,god sent.
Bila berjawatan, sehabis usaha saya cuba memimpin anak2 buah dgn baik. Entahlah tak berani nak buat prestasi sendiri. Baik atau buruknya saya. Namun utk menekan guru2 dan pekerja, saya takut. Takut hasil dari keburukan saya, anak2 nanti dapat majikan lagi buruk.Alhamdulillah, mereka dalam safe hands.Setau sayalah...
Haha... teringat simpang siur saya semasa berkhidmat dulu.
Last last terperuk saja kat rumah sekarang ni... hihi.
Cuma sekarang ni,bila anak2 ada kegusaran ditempat kerja, mereka tahu ibu mereka ada trick and treat nya...
Jenuh aaaih..nak cerita semua.
Bye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jasa dan pengorbanan para guru tak terbalas. Sapa la yang cetek akai pi komen tu ya. .
ReplyDeletecetek akal.. tepat buat pengomen begitu. Sedap jari menaip.
Delete