Semalam melalui Bersama Mu Tv 3 aku tertonton kisah si kecil Adam.
Allahu.. terembes air mata melihat susuk kecil tubuh itu melalui kehidupan harian nya bersama atuk. Aku sedih sangat melihat anak syurga itu begitu.
Akibat perbuatan manusia yg tidak berhati perut ,dia hilang peluang utk menikmati zaman kanak kanak. Dan mungkin zaman dewasanya pun .
Adam mana? Kalau ada yang bertanya.
Adam ,anak kecil yg diperlakukan dengan kejam . Putus ususnya dan dia koma semasa dirawat dirumah sakit. Akibat perbuatan durjana kawan lelaki ibunya. Dan akibat dari itu dia menghidap cerebral palsy. Hanya boleh berbaring dan merengek saja. Kesiannya. Bertambah kesian bila ibunya menghilang diri tanpa ambil peduli tentang dia dan abangnya.
Nenek yang menjaganya menghidap darah tinggi kerana merindui anak yg menghilang diri dan dia pergi buat selamanya.Yang tinggal hanya datuknya yang telah tua. Maka pada datuknyalah Adam bergantung hidup.
Dan paling aku terkesan,bila abang yg berumur 10 tahun merangkul Adam sambil berbisik manja kepada adiknya.
Adik ,cepat sembuh,jadi sihat boleh jaga datuk..
Aduhai anak sekecil itu dapat berfikir begitu .Jaga datuk...
Susuk tubuh seorang nenek terbayang di ruang mata. Susah payah nenek menjaga , menemani. Namun tak sampai sebulan membela nenek,dah riuh. Dah mengeluh.
Kisah nenek yg merajuk juga buat aku terkedu.
Adam dan abang,
Jadi sihat ya dan membesar dengan sempurna jadi insan yg berguna. Ingat jasa atuk yg menjaga kamu berdua.
Pada tuk Adam, aku salute kamu . Pengorbanan kamu yg maha agung.
Thats all folks.
Sampai pagi ini pun aku masih terbayang wajah Adam.
No comments:
Post a Comment