Rumah kembali sunyi. Saved for the two of us and the cats. Others have gone back to their nooks far away from here. 3 in KL and Selangor and one in Pahang. Sunyi memang terasa.
Syawal tahun ini disambut sederhana. Tak ada sarung kerusi baru ,curtain baru malah baju raya baru.
Namun cikson amat bersyukur kerana kami berdua suami isteri diberi Allah kesihatan yg baik dan semua anak2 berkesempatan balik . Termasuklah dua cucu kesayangan.Terhibur hati melihat gelagat si abang yg petah walau pelat dan adik yg cool senyum memanjang.
Semasa Ramadhan , banyak hari juga terisi dengan ulang alik ke hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar kerana mm menjalani procedure kesihatan disana. Alhamdulillah.Syukur semua berjalan lancar. Cikli juga ke sana kerana appointment doktor pakar. Dan dua hari berualang alik membeli belah baju raya cikli . Seronok tgk dia segak beraya dengan baju abam Aoooraaon. Hihi. Malangnya cikson terbeli baju satu saiz kecil dan bila kembali hendak menukar , kecewa.sekali. Permintaan tak dilayan. Konon polisi kedai..Wei... Jakel,Gene Martino boleh pun . So Dyana bye bye lah to your stupido polisi.Mujur baju tu dapat tuan baru. Kalau tidak lagi rasa rugi ratus ratus .
Raya tahun ni cikson tak buat mee kuah JPL as usual. Hanya jamu nasi dicater dari Hatijah caterer dan lontong oleh ciklin. Dan raya ketiga kotiau sup siam cara cikson .Raya keempat pula nasi lemak sepriuk.Bolehlah telan...haha.
Raya tahun ni kami masih lakukan seperti tahun2 lalu. Walau kedua ibubapa telah tiada, SP tetap kami kunjungi pada hari Raya Pertama. Ke rumah adik di Puteri Jaya selepas sessi maaf bermaafan dan photoshoot dirumah mertua yg hanya setapak dua dari rumah ciklin.
Tanpa dua beradik tentu hambar raya kami. Keletah siabam pohim left us in stitches. Senak perut gelak tgk dia. Mau masuk maharaja lawak pun boleh budak cilik ni. Ada2 saja dia.
Raya ketujuh ,makan kenduri rumah sepupu di Yan . Pergi diambil adik dan balik naik komuter. That is something new. Riding on the commuter! yehaaa berjaya sampai rumah in one piece.
Thats all folks. My story morry for Raya . Bye.
On another note..kuih raya masih banyak. Jemputlah ke rumah.
Dan dikesempatan ini cikson menyusun sepuluh jari memohon maaf buat kawan2 adik kakak yg sudi mengunjungi blog makcikson yg tak sepertinya. Jumpa lagi..
beraya di rumah mertua |
di rumah adik Puteri Jaya SP |
dua beradik penyeri raya kami |
Nina kesayangan abam |
Selepas anak cucu balik negeri... rumah balik asal |
tiada yg baru... cuma kusyen dari Pahang. |
No more tutup kain biru..haha Abam pohim tak sentuh dah pinggan mangkuk.. dah besar dia |
No comments:
Post a Comment