Saturday, December 23, 2017
Ribut taufan kehidupan..kisah cikgu.
Dua tiga hari ni kecut perut bila tgk ramalan cuaca Jab Met Msia. Nama2 ribut seperti Kaitak bukan Katak muncul ditimeline. Dan terkini ribut Benin pula... eh betul ke nama nya..nanti google.
Dan lebih mencemaskan katanya ribut2 ini akan membawa angin dan hujan lebat. Di Perlis juga nampaknya termasuk dalam zon berjaga jaga.
Maka berjaga jagalah semalaman cikson. Entah kenapa degil benar mata nak pejam dengan selesanya. Tgh malam terdengar terjunan air dari bumbung mengena tutup tempayan tadahan air hujan. Bangun dan pekena se mug milo dengan harapan dapat melelapkan mata. Dan bila terjaga kembali dah hampir subuh. Hujan masih berdrama dan berirama .
Hari ini 23 hb ada jemputan kenduri di Kulim. Anak sepupu kesayangan . Namun kekangan kesihatan cikli nampaknya membantut kehendak dan keinginan untuk ke sana. Nak drive tiada driver. Nak ber ets tidak berapa kena dgn keadaan cikli. Aduhai.. terlepas peluang utk berjumpa sanak saudara belah cikson. Pada keluarga pengantin , cikson mohon manyak manyak maaf no.
Petang semalam cikson dikunjungi anak buah masa menjadi pentadbir sekolah. Menjemput kami ke walimatulurus anaknya. Eh..cepatnya masa berlalu. Pengantin bekas anak murid sekolah akhir cikson sebelum jadi YB...Yang Bersara.
Mendapat peluang berjumpa selepas hampir sedekad tak bersua,macam 2 pengalaman kami retrokan. Sebak rasa dada dengar pengalamannya. Macam macam ada. Dalam dunia pendidikan ,adakalanya onak dan duri kena harungi bila kita berlainan dari yg lain. Lebih lebih lagi kalau hala tuju kita jitu untuk anak didik. Kita jadi tegas , tak suka remehtemeh kedai kopi juga jaga lipat kain orang. Maka tersisih kita dari khalayak ramai. Dan adakala kita sasaran amarah orang. Thats what I learned.
Kisah cikgu dihadap pengadilan juga jadi selitan bualan. Setuju aku sesuatu isu sekolah boleh diselamatkan bila pentadbir merendah diri, berusaha menjadi pendamai antara guru dan ibubapa. Pengalaman aku dan juga pentadbir2 sekolah yang aku ajar kuat dalam ingatan. Pernah ibubapa datang ke sekolah nak jumpa aku yg katanya garang dan memberi markah corot pada anaknya. Guru Besar masa tu menyelesaikan masaalah itu dipejabat tanpa aku dipanggil pun. Selepas ibubapa balik, GB datang kekelas dan memberi nasihat padaku . Masa itu aku sudah ada sistem rekod walau belum dipraktikkan mana2. Terpegun GB tengok rekod ku....haha. Setiap kerja murid ada bertanda berbentu carta. Dan murid yg ibubapa dtg komplen tu , rekodnya yg paling teruk.
Dalam mesyuarat GB highlight kes aku dan sarankan yg lain ikut contoh aku. Mendapat kau .Ha... tambah kerja kata antara mereka. Namun ada juga yg mengaplikasi buat pendinding diri.
Bagi aku semua kerja susah,tapi adalah cara kita senangkan kerja. Kena kreatif ,proaktif juga rajin membaca.
Lewat kini segala maknenek keluar bila kes dera murid tersebar. SOPlah , undang undang lah dan seribu satu lah yg dibicarakan.
YG satu aku nak ingatkan.... banyak banyak baca doa pendinding. Doa sabar .Dunia pendidikan perlukan banyak banyak SOD BA RO.
Thats all folks.my rambling this cold Saturday morning. Dah 3 hari matahari sembunyi diri.
Bye. Have a nice weekend.
Labels:
as I see it,
Education
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment