Pernah kecewa?
Hmm... paling terkesan kecewa akibat putus . Putus tunang,putus cinta ,putus harapan,putus perhubungan. Putus yang tak ada harapan untuk disambung balik. Sekali sekala kenangan datang terimbau rimbau mengetuk pintu ingatan...melankolik.
Putus duit juga boleh mengakibatkan rasa kecewa.
Buka mulut saja orang dah gerun dengan kita. Menyapa saja orang ingat kita nak minta pinjam saja. Masih tebal dalam ingatan seorang ayah meminta tolong RM5 saja dari kawannya untuk mulakan perniagaan yang terbantut.
Saya pun tak ada duit . Susah la ni... jawab sikawan yg didengari oleh sianak. Sedangkan jelas dia bukan orang yang tiada wang dari penampilan dirinya. Sayu dia melihat wajah ayahnya. Short RM 5 saja. Bukan banyak pun. Tapi waktu itu banyak yang dapat dibeli dengan RM5.00.
Kecewa bapanya diterjemah dengan memarahi anak anak yang masa itu sedang membesar. Akibat keputusan wang,sedikit kesalahan anak anak macam menyiram minyak keatas api. Tambah2 lah kesalahan berebut,berkelahi antara anak anak. Maka tiada rasa harmoni dan aman keluarga itu .
Begitu kuasanya wang. Tiada duit kecewa pun datang.Dan kita boleh menjelma jadi beruang.
Cerita cikson sehari lepas.
agaknya apa sebabnya sianak kecil ni begini. Kecewa mungkin. |
Kehulu ke hilir aku lihat pembantu kedai mencari antara timbunan .
Dik.. kala toto tu hijau,biru dgn coklat..seruku bila dia ku lihat tidak berhasil dalam pencariannya. Aku turut sama meninjau ninjau. Aha...nun diatas timbunan bungkusan toto aku ternampak toto2 ku.
Selesai satu bill.
Bill kedua.
Sipembantu kedai naik turun kedai dua tingkat. Turun dengan tangan kosong dan diikuti oleh seorang lagi wanita yg aku berurusan tempoh hari.
Mendung saja aku tgk wajah dia.
Ala makcik...depa x buatlah baju makcik. Saya dah pesan . Dah tulis huruf besar2 pun depa x nampak.
Aku menarik nafas. Dalam2. Kecewa pun menyelinap rasa.
Adoi... saya nak pakai Selasa.
kalau makcik tunggu, saya buat sekarang.
Well... aku tak suka kerja tergesa gesa. Lagi pun menunggu disitu hingga hampir senja bukan pilihan.
So... aku pun pulang dengan rasa kecewa.
Kecewa tak boleh pakai baju baru untuk majlis kenduri nanti... alahai. Kecik saja kata cikli. Tapi bagi seorang wanita, baju yang spesifik ,yg di sukai akan menambah keyakinan diri..
Terperuk dirumah juga buat hati terpalit rasa kecewa. Dah berbulan2 aku tak kemana2. Hanya melunaskan tugas bersangkutan sakit demam suami. Masa2 lalu ,kami ke sana sini melawat sanak saudara dan juga anak anak yang jauh dimata. Sebut saja,duit ada sampailah kami ke sana.
Sekarang... bumi Perlis sajalah nampaknya.
Alaaaa... kecik cenonet sangat kecewa makcik ni.. Sayaaaaaa lagiiiiiii kecewa..bla bla bla.Saya kan.....Tentu akan ada kata kata serupa kalau aku cerita..So .. telan sajalah makcik oooi. Dan aku pun terpaksalah menelan hingga nanti termuntah sendiri akibat kekenyangan melampau..haahaa.
Tertonton video dan terbaca tentang Iqram Dinzly. Iqram Dinzly who? Some might ask. Whos ar u..
Tertanya juga aku..terkenal begitu pun boleh disapa depression. Aksi aksi yang dipertontonkan bagai satu manifestasi kekecewaan yang melanda dirinya. Kecewa kah dia? Apa puncanya? Adakah kerana baju yang dihantar dobi tidak dicuci lagi?
Bagi ku... kena kerja keras kalau nak ku kuak segala reba yang melintang jalan kehadapan..Hidup ini ada penamatnya. Semoga aku selamat menuju ke sana. Bekal perlu ada..tak mau dok kecewa sini kecewa sana yang tak berguna dan berfaedah apa apa..Ingat mati tak mengenal usia. Tapi usia macam makcikni .... hmmm
Lat but not least...
Bye... thats all for this Tuesday..
No comments:
Post a Comment