Monday, December 25, 2017

Aksi Fohim... rindu nya dia


Semasa bertengahari sebelum tgh hari di Restauran Kuala Hangat, terpandang aku seorang anak kecil bersama keluarganya. Neneknya senyum padaku bila lihat aku senyum pada cucunya.

Baru dua tahun,tapi nak mkn sendiri. Cakap banyak..antara pengenalan diri.

Lantas aku teringat cucu yang jauh dimata. Muhammad Fahim Zaidan sudah tentunya.

Tak berapa hari lagi dia bakal jadi abam. Harap dia tak meragam. Bila tumpuan pada baby baru ,sikit sikit tentu dia merasa tempiasnya. Harap sangat kedua ibubapanya faham kerenah anak kecil yang tempatnya kena share dengan orang baru..Ini semua cabaran.
Teringat keletah anak sulungku bila ada adik. Havoc sunggoh.

Dua minggu dulu, abam Fohim balik Perlis. Waaa... tengok dia hilang rasa rindu dendam terhakis. Tapi bila dia balik KL,mulalah rindu susah nak tepis. Lebih lebih lagi bila ada video dia .


Terhibur hati wan bila dia nyanyikan lagu hari lahir buat wan, jadilah boleh macam tu.

This 25 th December is a public holiday. Happy Holiday dan Merry Christmas buat anak anak murid Stella dan S.Indera yang pernah teacher ajar. Teringat kat depa .... antaranya Wendy yg jadi pencerita terbaik Pertandingan Bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment