Saturday, May 13, 2017

melentur rebung....

 Biasa anak anak kecil begini. Sesuatu yang normal kids that age throwing temper tantrums.

gambar googled

gambar googled.
Sudah dua kali, terserempak dengan kisah budak kecil tu. Kecil sangat. Baru boleh bercakap agaknya. Petah. Kagum cikson.
Dua kali dia di acah bapanya yang rasanya acah acah saja memarahinya. Cute at first sight. Pandai budak tu mematah cakap bapanya.
Tapi bila kali kedua terlihat adigan yg serupa,cikson tak rasa melawak dah. Itu yang dirakam dan disiarka. Entah tiap tiap hari bagaimana agaknya. Tone suara yang tinggi diguna lagak pegawai penyiasat kgb.
Kita memang suka menyakat anak anak kecil begini. Dan anak anak kecil yg ramai orang dewasa sekeliling selain dua ibubapa tentulah dihadapkan dengan sakat menyakat begini. Maka riuhlah teriak tangis anak kecil yang dianggap bahan lawak oleh orang dewasa.
Sedarkah kita, kita menyemai sikap memberontak dalam diri mereka. Teriak tangis mereka yang kita anggap lawak akan jadi sifat mereka.
Biasakan kita mengacah anak anak begini.
Makan cepat nanti kakak/abang/adik makan
Pukul kakak sbb bagi adik jatuh.... sedangkan kakak sebatu dari tempat kejadian.
Jahat depa buat adik sakit...

Well.... apa sebenarnya kita sedang menyemai dalam diri anak kecil ini selain sifat2 yang kita tak suka dan ingini.
Anak jadi suka menyalahkan orang lain walau diri dia yang bersalah.
Anak jadi suka bercakap tidak benar kerana nak menangkan diri sendiri..... etc etc.

Cikson pun banyak buat mistakes dalam membesarkan anak anak. Bertekak dengan cikli depan mereka. Tak sabar dan seribu lagi kebodohan . Out of ignorance atau terikut acuan yang membesarkan... aduhai.

Generasi muda sekarang bertuah kerana ilmu dihujung jari. Tekan saja keyboard ... dirumah pun dah boleh masuk seminar.. tak gitu?

Andai anda dibesarkan dalam situasi yg salah, usah diwariskan kepada anak anak pula. Sekian.

Bye...happy mother's day weekend folks.

Ni antara sebab anak anak se cute mereka meragam... Jenuh lah ibubapa nak mententeramkan.
Mulut T Rex kecil . Tak boleh gigit kepala orang lego

Mana itik getah sayaaaaaaaaaaaaa

Ada hotdog dalam rotiiiiiiiiiiiiiiii

1 comment:

  1. Alhamdulillah
    Part anak tantrum saya berjaya mengatasinya.
    Sampaikan anak saya bila dah besar begini ternampak anak org lain tantrum depa boleh komen
    ' masa saya kecil jika saya buat perangai begitu tentu ibu saya dah cubit dan jegil saya'
    Takut nanti ada cucu neneknya bagi muka lebih pulak nanti. Nak2nya dapat cucu lelaki...... 🙄

    ReplyDelete