Thursday, March 2, 2017

Pokok mempelam di laman kami..



Antara pokok pokok yang ditanam cikli di halaman rumah ciklin ,termasuk pokok mempelam ini. Baru sangat rasanya ditanam dan tumbuhnya pun baru 2 kaki tinggi. Kalau tak salah pokok ini dari baka harumanis yang famous seluruh negeri.

Satu petang,lepas hujan ,cikson terbelek pokok ini. 
Yehaaaa... dah berbunga rupanya dia
Tak lama lagi bolehlah rasa buahnya.


Antara mempelam ditanam cikli

Pokok pelam ni amat muda umurnya
Tapi dah pun berbunga
Berbanding satu lagi pokok sampai sekarang tak nampak pun tanda2 berbunga.

sudah ada bunga
Begitu juga kita
Usah dipertikai umur , jodoh ,zuriat yang dikurniakan.
Semua tu kuasa tuhan. Bukan kita yang menentukan.
FAHAM!

Usah laju mulut bertanya...bila nak beranak hampa ha? Menikah dah berzaman lamanya.
Juga usah celupar ber kata... awat ha masih tak jumpa jumpa jodoh hidup mereka?

Just saying.... manusia juga macam pokok mempelam ditanam cikli dilaman rumah ciklin.

No comments:

Post a Comment