Membesar berjiran dengan jiran2 yang merayakan CNY, makcikson terimbau kembali ketika masa itu.
Di JPL,rumah cikson sebelah taukeh ikan, taukeh sayur dan berbagai taukeh2 lain. Anak anak mereka pun ada yang bersekolah di sekolah yang sama ..Sekolah Sultan Badlishah.
So come CNY,kami pun tak ketinggalan sama. Hari tu rumah akan lebat dengan kuih bakul,kuih bakar yang ada tet merah kat atas dan juga buah limau.
Dan bila perakan tarian naga mengunjungi rumah rumah mereka,kami pun excited juga. Ternganga tengok naga menganga mulut menelan duit angpow yang ada digantung tinggi di depan rumah.
Bunyi mercun bagai bertih digoreng memeriahkan suasana kampung yang berjiran.
Ya , kami penduduk JPL hidup saling hormat menghormati jiran walau berbilang bangsa semasa itu. Tapi semua itu tinggal kenangan bila tt berpindah ke Lunas dan seterusnya ke SP.
Tinggal di Perlis ,jiran semua sebangsa seagama. Namun kawan kerja ada juga yang merayakan CNY.Juga anak2 murid Stella Maris,Kangar. Rindu pula kat mereka.
Happy Chinese New year.
Gong Xi Fa cai.
No comments:
Post a Comment